Thursday 18 April 2013

NOVEL PUISI CINTA DEMINYA (291) TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA Part (8)




  • GURINDAM SYAIR PANTUN PUISI UNTUK RAJA & NEGARA TERCINTA

    SEORANG SULTAN YANG BERJIWA RAKYAT DAN BERJIWA HAMBA ALLAH SENTIASA MERENDAH DIRI DAN BERBUDI BAHASA PENUH SANTUN.

    Ridzuan Rashidi shared Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah's photo.

    ADMIN :

    Jika anda seorang Rakyat Malaysia, SHARE…

    Marilah kita sebagai rakyat Malaysia hidup dalam semangat kemasyarakatan, berpegang teguh kepada Rukun Negara demi Negara Tercinta Malaysia….

    If you are a citizen of Malaysia, SHARE THIS

    Let us all come together in harmony, fostering greater unity amongst us Malaysians. Up hold the Rukun Negara as pledge for a better Malaysia.

    Ratu Rimba Niagara shared Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah's photo.

    Ratu Rimba Niagara PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.

    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    i) Ampun tuanku beribu ampun,
    khilaf patik harap diampun;
    Di setiap karya patik nyatakan,
    Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    1Malaysia sayangkan negaraku.

    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.

    ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013

    Ridzuan Rashidi LIHAT LAH DALAM FB INI.....DARI AWAL HINGGA SEKARANG...INSYAALLAH APA YANG KAMI INGINKAN AKAN DIFAHAMI OLEH SEMUA PEMBACA...MEMBACA...MELIHAT...MEMAHAMI....DAN SIMPAN DALAM HATI...

    Ratu Rimba Niagara shared Wangsa Mahkota Selangor's photo.


    Ya Allah, Ya Karim, dengan berkat kebesaran Asmaul Husna, dengan berkat kemuliaan nama-nama Mu, hamba Mu ini memohon doa ke hadrat Mu, semoga di bawah naungan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, rakyat berbilang kaum berbilang agama, berbilang budaya - berbilang bahasa, cekal berpadu, hidup saling menghormati antara satu sama lain.
    Semoga tanah air kami dalam sejahtera dan makmur serta dilindungi oleh Mu Yaa Allah, Ya Tuhan ku dari mala petaka dan sebarang bencana... Aamiin....

    Doa rakyat membawa rahmat... insyallah...Like dan Share sebagai tanda doa kepada kesejahteraan Negara..

    MERCHU KEDAULATAN NEGARA TANAH AIR.

    Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...”

    Fasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.

    Jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan Tuanku Abdul Rahman selepas meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan. Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan Undang Yang Empat sebagai ‘Rulers’ atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.

    Seri Paduka Yang Dipertuan Agong adalah mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi ladan Kepala Utama Negara merupakan mercu Kedaulatan Malaysia.

    Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan merupakan adalah Raja bagi Negara Malaysia dan rakyatnya.

    ----------------

    Sumber Sinar Harian :- WARTAWAN SINAR HARIAN - 15 April 2013
    MANILA - Lebih 400 pejuang sukarela pengikut Kiram dikatakan tiba di Lahad Datu, Sabah bagi mengukuhkan lagi legasi pasukan keselamatan diraja.

    Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pejuang mereka semuanya bersenjata tiba di pantai timur Sabah melalui dua kumpulan berlainan di antara 30 Mac dan 5 April lalu.

    “Mereka mahu meneruskan perjuangan pengikut Kiram yang lain di Malaysia walaupun terpaksa melanggar peraturan hak asasi Malaysia,” katanya dipetik Philipine Headline News.
    2Unlike · · Unfollow Post · Share · Promote
    You, Khai Noor, Ridzuan Rashidi and 2 others like this.

    Ratu Rimba Niagara RAJA RAKYAT PEMIMPIN TIGA SERANGKAI TAK DAPAT DIPISAHKAN!

    Sejarah adalah sejarah
    Sejarah raja tetap ada di setiap pewarisnya
    Biarpun sudah berkurun lamanya pergi meninggalkan yang hidup
    Tapi darjatnya tetap hidup dihidupkan oleh pewarisnya
    Tapi darjat yang ada bukanlah bertujuan untuk
    Rasa mendabik dada akulah ,
    "Keturunan Raja...
    Darah yang mengalir ditubuhku ini adalah moyangku yang berketurunan raja aku punya segala keistimewaan yang patut
    diakur oleh semua rakyat nusantara...sesiapa yang menderhaka
    akan kena daulatku.."
    Adakah raja begitu yang hendak rakyat sanjung?
    Kerana berdarah raja sewenang-wenangnya memperlekehkan rakyat... sedangkan rakyat selalu menyanjungi institusi diRaja
    setia sesetia Hang Tuah...biarpun dia diperintah dibunuh oleh raja
    tapi tetap setia pada raja kerana tidak mahu menjadi rakyat derhaka.

    Kalau dulu iya daulat raja akan terkena pada rakyat kerana raja yang zalim telah mengaku kesilapannya pada rakyat dan mahu berazam lebih pentingkan rakyat daripada kepentingan sendiri...maknanya raja tersebut telah benar-benar berubah mahu menjadi hamba Allah yang benar-benar soleh ...memiliki kuasa dan darjat untuk membela rakyat dan berbakti kepada rakyat jelata. Rakyat pula hanya akan menyanjungi dan memartabatkan raja yang berjiwa hamba Allah swt...
    yang ego dan sombong suka mengeluarkan bahasa mengherdik, menghina, sombong akan darjat, kekuasaan dan harta yang dimiliki sejujurnya rakyat akan tidak memandang sebelah mata pun pada raja yang sombong.

    Setiap takdir seseorang itu telah tercatat sejak azali.
    Sudah tercatat sejak azali dia bergelar raja biarpun dia bukan keturunan raja
    Raja cumalah gelaran manusia kepada ketua mereka yang digelar raja.
    Raja manusia hanyaLah Allah swt selainnya tidak ada....
    Yang ada di muka bumi ini hanyalah gelaran saja....

    Semuanya boleh menggelarkan dirinya raja...
    tapi jika asalnya berketurunan darah diraja itu adalah tiket
    untuk dia menjadi ketua memerintah rakyatnya
    berkuasa pada rakyatnya bukan untuk menguasai tapi untuk saling
    menyanjungi pengorbanan
    rakyat menyanjungi raja
    raja menyanjungi rakyat
    rakyat membela raja
    raja membela rakyat
    rakyat pula adalah pemimpin
    Pemimpin dan rakyatlah
    yang akan memartabatkan
    Institusi diRaja
    bukan untuk kepentingan raja itu sendiri
    tapi untuk kepenting rakyat seluruhnya
    jika raja faham apa yang dimahukan rakyat
    makanya Institusi diRaja itu dipandang mulia
    dan patut dimartabatkan sepanjang zaman
    barulah sumpah keramat
    Laksamana Hang Tuah...
    TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
    menjadi kenyataan
    dan tak akan berani sesiapa pun memadamkan dalam sejarah melayu
    MELAYU ITU UJUD SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI
    SELAGI DUNIA BELUM QIAMAT
    In Shaa Allah Aamiin

    Makanya
    RAJA PEMIMPIN RAKYAT
    TIGA SERANGKAI YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN
    DARI ALAM NYATA
    KERANA RAJA ITU RAKYAT
    RAKYAT ITU PEMIMPIN
    PEMIMPIN ITU ADALAH KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
    YANG SEIA SEKATA
    SENADA SEIRAMA
    SALING BEKERJASAMA MAHU MENYIAPKAN BEKALAN
    UNTUK DIBAWA PULANG KE NEGERI ABADI
    DAN BEKALAN ITULAH MATLAMAT SEMUA
    YANG BERGELAR KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI

    RATU RIMBA NIAGARA
    16 April 2013

    (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA & GROUP RAJA AND SULTANE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING)
    16 April 2013

    Ratu Rimba Niagara LEGENDA HANG TUAH DIBAWA HINGGA KE ZAMAN KINI

    RENUNGKAN BETAPA RAKYAT KASIHKAN INSTITUSI BERAJA:-
    By: Wangsa Mahkota Selangor
    Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan,
    Ialah :-
    1. 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang [Di tunaikan]
    2. 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang [Di tunaikan]
    3. 7 dulang hati nyamuk [Di tunaikan]
    4. 7 dulang hati hama [Di tunaikan]
    5. 7 tempayan air mata anak dara [Di tunaikan]
    6. 7 tempayan air pinang muda [Di tunaikan]
    7. 1 mangkuk darah Raja Ahmad [Tidak dapat Di tunaikan]

    Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
    Pada saat Sultan ingin mengambil darah puteranya muncul Puteri Gunung Ledang.
    Lantas berkata - " HEII SULTAN YANG ZALIM, PATIK TAK SUDI MENJADI PERMAISURI TUANKU. TUANKU TERLALU KEJAM INI BERERTI KELEMAHAN TUANKU, SELAMAT TINGGAL".

    Saat rakyat menentang Istana :-
    Sultan Mahmud ingin turun dan berhadapan dengan sekalian rakyat yang MENUNTUT KEADILAN atas KEZALIMAN yang dilakukan.

    Kata-kata Bendahara :
    Tuanku adalah TUAN PATIK, Selagi hidup pacal tua ini. Patik tidak izin kan sesiapa pun menjetik tuanku, patik pohonkan jangan lah Yam Tuan keluar. AMPUN TUANKU...

    Kata-Kata Sultan :
    Bendahara, nyawa beta bukan di tangan mereka, kalau sudah sampai ajal. Di dalam istana mati di luar istana pun mati juga.

    Setiba Sultan di Perkarangan Istana di Hadapan Rakyat yang memberontak menuntut keadilan.

    Kata-Kata Sultan :
    Rakyat Ku Yang Taat Setia, Beta Berasa Megah Kerna Adanya Perpaduan Yang Erat Rakyat Seluruhnya. UNTUK MENUNTUT KEADILAN, Sekarang Beta Telah Insaf.
    Rosaknya Budi Pekerti Sultan Adalah MERUPAKAN SENDI KERUNTUHAN YANG MAHA HEBAT, Sebaliknya Sultan Yang Adil ADALAH MERUPAKAN KUNCI KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT DAN NEGERINYA.
    Sekarang Beta Mengaku Di Atas Kesalahan-Kesalahan Beta Yang Telah Lampau. Sebaliknya Jika kamu Ingin Bunuh Beta, Silakan. Beta Rela...
    Beta Serahkan Nayawa Beta Kepada Kamu Sekalian. Dan Seseorang Yang Hampir Menemui Maut Berhak Memohon Maaf Di Atas Kesalahannya....
    Maka sekalian rakyat pun berseru DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU...

    Seruan DAULAT TUANKU di LAUNGKAN kerna RAKYAT Amat KASIHKAN RAJA YANG SANGGUY MENGAKUI KESILAPANNYA YANG LAMPAU.

    RAJA YANG MENGUTAMAKAN RAKYAT DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI.
    By Ratu Rimba Niagara

    Tersebutlah kisah si Puteri Gunung Ledang
    Pada abad ini
    Cantik jelita bijak bistari
    Hingga ingin dilamar pewaris Sultan Mahmud
    Si Puteri Gunung Ledang meletakkan 7 syarat
    Jika ingin memiliki cintanya

    1. Cincin permata Syurga
    2. Hati berbunga cinta Syurga
    3. Harta diinfakkan ke jalan Allah
    4. Jiwa cintakan rakyat kerana-Nya
    5. Berbahasa ahli Syurga
    6. Pejuang fisabilillah
    7. Menyediakan jambatan ke Syurga Firdausi

    Kesemua syarat itu sanggup sultan laksanakan
    tapi tak tahu apa yang tersirat di sebalik syarat itu
    lalu baginda bertanya kepada bendehara

    "Tuanku...jika tuanku ingin memenuhi semua syarat-syarat
    Si Puteri Gunung Ledang itu
    Bertanyalah kepada ulama istana
    Pasti akan dapat memberi jawapan yang tepat

    Setelah bertanya ulama fahamlah Sultan Mahmud apa
    syarat yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang
    kerana cintanya yang mendalam kepada Puteri Gunung Ledang
    Sultan Mahmud, berlakulah perubahan kepada seluruh rakyat jelata
    rakyat jelata tiada yang susah lagi menderita.....
    semuanya saling bekerjasama bantu membantu
    dalam bahasa yang selalu dijaga setiap masa
    segala masalah rakyat dapat diselesaikan
    rakyat hidup rukun aman dan damai....

    Tiba masanya Sultan Mahmud berjumpa dengan
    Si Puteri Gunung Ledang
    Untuk melamar si Puteri yang dicintainya

    Sultan Mahmud dukacita setelah lamaran ditolak
    oleh si Puteri Gunung Ledang...
    "Patik sudi menjadi permaisuri tuanku jika pilih patik tidak rakyat tuanku"
    "Pastilah beta pilih rakyat daripada cinta beta...bagi beta rakyat adalah lebih utama daripada cinta...."
    "Subhanallah sebab itu patik sudi menjadi permaisuri tuanku kerana-Nya. Patik suka jiwa tuanku yang lebih utamakan rakyat daripada kepentingan sendiri"

    Seluruh rakyat yang mendengar lafaz cinta Sultan Mahmud dengan Puteri Gunung Ledang melaungkan Allahu Akbar ...

    "ALLAHU AKBAR SYUKUR KAMI PADA-MU YA ALLAH MENGURNIAKAN SULTAN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN KAMI DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI....

    "DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAUALAT TUANKU!"

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    9 April 2013
    Like · · Unfollow Post · April 9 at 4:33pm
    6 people like this.

    Ratu Rimba Niagara Mohd Sani Parmon makam sultan melaka yg terakhir telah saya pergi...melaka yg di kenali kerana kesultananya tapi akhirnya tidak bersultan...dan...hanya beberapa sultan yg masih berdaulat di tanah melayu ini...
    April 9 at 5:08pm Like·

    Ratu Rimba Niagara akan wujudkah sultan melaka? warisnya di mana menghilang dan adakah sultan melaka berjiwa pahlawan juga ye...jika tahu sudilah ceritakan pada hamba...sekadar ingin tahu .....
    April 9 at 5:44pm · Like

    Mohd Sani Parmon saya bukanlah ahli sufi mahupun pengkaji sejarah...cuma salah seoarang peminat sejarah dan keilmuan melayu...saya rasa tiada akan wujud lg sultan melaka..yg tinggal hanyalah fakta sejarah...seringkali kita kaitkan sultan berjiwa rakyat...tapi pada dasarnya,zaman lampau jika kita berkuasa dan berpengaruh,maka kita adalah penakluk...contohnya spt yang Ratu Rimba Niagara nyatakan...sultan melaka berjiwa rakyat,pada saya di sebalik fakta yg Ratu Rimba Niagara nyatakan ada benar n ada yg bercanggah...misalnya...sultan melaka membatalkan perkahwinan di saat akhir persiapan,bertapa aibnya pihak perempuan di mana perkahwinan yg di agung2 kan di batalkan..kerana kuasa penakluk,sultan membatalkan dgn sewenag2 nya..tampa memikirkan pihak yg lain..dan yg paling menduka citakan sultan pergunakan rakyat jelata untuk kepentingan sendiri..korbankan rakyat jelata untuk memenuhi syarat yg di tetapkan..sehingakan ramai rakyat jelata yg terkorban dan berpecah belah...sedangkan syarat puteri gunung ledang itu sedia maklum adalah untuk menguji sultan melaka..dan akhirnya sultan melaka x dapat memenuhi syarat yg di tetapkan.."sanggup mahu membunuh anaknda nya sendiri "untuk setempurung darah ! kerana nafsu serakah dan kuasa penaklukan sultan menjadi angkuh...sultan menyesali setelah ramai rakyat terkorban dan berpecah belah..adakah nyawa dan keamanan rakyat itu tidak bernilai ? tentang pewaris...saya belum pernah dengar ttg pewaris sultan melaka...walaupun banyak tempat2 yg boleh di katakan sangat rapat ttg sejarah keperlawahnan melayu saya lingkari...sultan melaka tidak berjiwa pahlawan..hanya bersandarkan hang tuah,sultan bermegah..walau bagai manapun saya lebih menyokong hang jebat..kerana dia berjiwa pahlawan sejati..menegakan keadilan...berjuang kerana khabarnya tuah di bunuh..tampa usul periksa yg waras oleh sultan melaka..saya yakin jebat x bersalah dgn amukan yg di lakukan..kerana sahabatnya di bunuh tampa usul periksa yg sahih...tapi sayangnya dia di bunuh oleh tuah sendiri...sedangkan dia mahukan keadilan yg khabarnya tuah di bunuh dgn arah sultan yg kejam dan gila kuasa...umpama melepaskan "anjing tersepit,diri sendiri di gigit"
    April 10 at 7:15pm · Like

    Mohd Sani Parmon saya pula bertanya pd Ratu Rimba Niagara..adakah hang tuah itu pahlawan sejati ?
    Saturday at 11:36am · Like

    Ratu Rimba Niagara kalau nak tahu Hang Tuah Pahlawan Sejati...kerana hamba ini adalah pewaris Pahlawan Hang Tuah....sebab apa...hamba menyahut cabarannya iaitu .'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA....!!' sejujurnya hamba bukanlah seorang yang sri kandi berjiwa pahlawan...tapi kerana setiap kali hamba mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah tak akan hilang melayu di dunia....hamba mengarang...mengarang...mengarang...puluhan tahun hamba mengarang hingga sekarang....pelbagai tema yang hamba karangkan semua tema ada...tapi tiada seorang pun yang mahu menyokong perjuangan hamba....hamba berjuang kesendirian...biarpun hamba cuba membuka ruang kepada raja, pahlawan, perwira,laksamana, tentera, pemimpin, dengan menalantik mereka sebagai rakan fb hamba...tapi mereka terus membisukan ide mereka dan dilantik sebagai rakan fb mahu pun grup sekadar pepatung bisu yang tak mahu menyokong atau memberi apa pun ide yang bernas pada dunia sastra nusantara hamba....yang sedihnya mereka sudahlah tak menyokong tapi mengutuk menghina hamba seperti hamba ini tak punya perasaan seperti robot...makanya hamba terus removekan mereka sebagai rakan fb hamba....kerana tak memberi apa-apa impak dalam dunia sastra nusantara hamba. Setiap rakan fb hamba adalah pejuang karya sastra nusantara hamba...jika mereka tidak sudi makanya hamba tiada masa untuk menanti lagi. Begitu tegasnya hamba dalam memartabatkan karya nusantara hamba sendiri.

    Berkat hamba sabar mendapatkan bahan-bahan sastra nusantara biarpun terluka hati dan dihina ...hamba relakan kerana ini jalan yang hamba pilih....di sini hamba petik daripada kisah-kisah benar Hang Tuah yang setia kepada raja tapi tetap dihalau oleh raja seperti anjing kurap...saksikan dan hayati setiap baris ayat yang ingin dikisahkan ini...agar kamu tahu akulah pewaris Laksamana Hang Tuah...kerana aku mahu menyahut cabarannya, "TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA'
    Saturday at 12:13pm · Like

    Ratu Rimba Niagara Mohd Sani Parmon dalam keilmuan kebatinan,jurusan,buah pukul dan lain2..sampailah ke zaman kiai salleh atau nama lainya guru salleh yg memartabatkan "selendang merah" sesuatu yg sering di ingatkan dalam keilmuan melayu..JANGAN SESEKALI KITA MENGAMBIL APAPUN DARI PIHAK LAWAN ATAU PIHAK MUSUH TERUTAMA SEJATANYA ! itu klue dari saya...*pada saya hang tuah bukanlah pahlawan sejati..kenapa ? hang tuah bukanlah hebat seperti yg di gembarkan...pertama,dia telah mengambil keris PANGLIMA TAMING SARI dari MAJAPAHIT..yg ketika itu mereka sedang beradu tenaga..tindakan itu boleh di anggap BACUL ! kerana mengambil senjata pihak lawan...sedangkan pada masa itu hang tuah sedang di awangan kekalahan..lantas akan memalukan tanah MELAKA..kerana hang tuah yg pada masa itu sering di perkatakan hebat,handal..padahal ramai lagi pahlawan yg handal2...kehebatan hang tuah hanya ketika keris TAMING SARI di tanganya...buktinya ketika dia berdebat dgn hang jebat...betapa lemahnya dia...dan tindakan jebat yg mulia dan pendekar sejati menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah semula...kerana hang jebat sedar TAMING SARI bukanlah miliknya...walaupun dia tahu dia akan kalah seandainya dia menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah..tapi..itulah yg di namakan PENDEKAR SEJATI..kalau hang tuah setia pd sultan,apakah yg dia lakukan terhadap DANG ANUM sebelum dia menyerahkan DANG ANUM pada sultan MELAKA ?apakah itu yg di namakan setia atau setia kerana nama sahaja?agar di agung2kan ?..dalam riwayat,KERIS TAMING SARI telah tuah buang ke sungai..dan bersumpah takan hilang melayu di bumi..akan wujud hang tuah bila timbulnya KERIS TAMING SARI..tapi kenapa KERIS TAMING SARI di gunakan setiap kali PERTABALAN YG DI PERTUAN AGONG ?termasuk agong yg terbaru yg sebagai sultan KEDAH ? dan setahu saya KERIS TAMING SARI di simpan di istana NEGERI PERAK !pada saya fakta sejarah yg di tokok tambah..mengarut...sedahgkan pakara yg berlaku tidaklah sehebat mana...*saya bukanlah keturunan para pendekar,ataupun pahlawan..tapi sama keturunan dgn WALI SONGO yg telah mengislamkan JAWA..harap Ratu Rimba Niagara..kaji semula dan mendalami semula fakta sejarah,mana yg benar,mana yg di tokok tambah dan mana yg mengarut..SEBENARNYA YG MEMBANTU DAN MENYELAMATKAN TANAH MELAYU DARI PENJAJAH ADALAH "ACEH DAN MAJAPAHIT"
    Saturday at 12:50pm · Like ·

    Ratu Rimba Niagara saya mahu tanya mohd Sani Parmon....adakah Hang Tuah itu kisah benar atau kisah dongengan melayu zaman purba?
    Saturday at 12:57pm · Like

    Mohd Sani Parmon Ratu Rimba Niagara..hang tuah adalah kisah benar dan sahabat2nya juga juga benar..penuh misteri dan konspirasi...tapi sebenar yg berlaku banyak yg telah di tokok tambah..walaupun yg di tokok tambah itu ada yg benar dan terlalu banyak yg hanya cerita dusta..
    Saturday at 1:01pm · Like

    Ratu Rimba Niagara kerna ada yang kata dongengan kalau benar pastilah Raja melaka ada sampai sekarang...tapi hingga kini tiada....

    tapi apapun kisah ini samada benar atau pun tidak....
    kita sebagai hamba-Nya kena percaya qada & qadar
    takdir setiap hamba-Nya....
    telah ditakdirkan Malaysia ini punyai Raja-Raja
    dan telah ditakdirkan melaka tidak beraja walaupun awalnya beraja...
    itulah takdir yang setiap daripada kita harus yakin
    jika kita pertikaikan takdir Allah
    lho boleh jadi kita ini tergolong dari hamba-Nya yang kufur...nauzubillah....
    Saturday at 1:01pm · Like

    Ratu Rimba Niagara TELAH DITAKDIRKAN SAYA DAN KAMU UNTUK MEMBAHASKAN ISU TAMING SARI & HANG TUAH....
    KERANA SETIAP KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL ITULAH TAKDIR KITA
    SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PENGATUR TAKDIR YANG SEMPURNA UNTUK SETIAP HAMBA-NYA CUMA-NYA KITA SEMUA JANGAN SEKALI PERTIKAIKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN...JIKA KITA PERTIKAIKAN BERARTI KITA TIDAK REDHA AKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN.
    Saturday at 1:05pm · Like

    Mohd Sani Parmon antara Sultan melaka dan Hang tuah tiada hubung kait kecuali hubungan antara sultan dan panglima..maksudnya tuah bukanlah berdarah sultam melaka...makam sultan melaka yg terakhir berada Di KAMPUNG RAJA PAGOH JOHOR..cuba2 lah lawati kalau ada kesempatan dan andai berminat mencari bukti..seperti saya mendalami keilmuan melayu satu masa dulu..sultan melarikan diri ke pagoh ketika patugis menyerang melaka dan beliau mangakt di pagoh lantas di kebumikan di tepi satu surau di kampung raja tersebut..tapi kenapa seoarang sultan di kebumikan hanya di tepi surau ? jawapanya dia mangkat bukan di negeri melaka tapi di tanah johor..
    Saturday at 1:11pm · Like

    Mohd Sani Parmon JANGAN HANYA BERSERAH PADA TAKDIR..KERNA TAKDIR ITU SUNGGUH KEJAM !SEBABNYA TAKDIR TIADA PUNYA DAYA RASA..TIADA PUNYA RASA SEDIH,GEMBIRA ATAUPUN MARAH..YANG MENGHADAPI KITA SENDIRI..SUKA MAHUPUN TIDAK KITA AKAN MENERIMANYA...KECUALI KITA BERUSAHA TIADAAKAN TADIR YG MALANG PERGI KE KITA..DAN ALLAH ITU TELAH BERKATA 'TIADA AKAN BERUBAH NASIB SESEUMAT KECUALI UMAT ITU BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI..DAN ITULAH TAKDIRNYA UNTUK UMAT ITU "
    Saturday at 1:15pm · Like

    Ratu Rimba Niagara ITULAH TAKDIRNYA MEMBUKTIKAN SULTAN SUDAH MUHASABAH DIRI MANGKAT DALAM HATI SUCI TANPA MEMIKIRKAN DARJAT DAN KUASA LAGI...SUBHANALLAH INDAH-NYA TAKDIR...BIARPUN TIDAK BERGELAR RAJA TAPI BERGELAR HAMBA ALLAH YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-NYA DALAM HATI YANG SUCI BERSIH DAN TENANG MOGA SYURGALAH TEMPATNYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
    Saturday at 1:51pm · Like

    Mohd Sani Parmon setelah ramai rakyat jelata terbunuh dan porak peranda ? baru nak meyedari akan kesilapan yg selama ini rakus dgn gila kuasa dan lupa diri ? umpama menepuk air di dalam dulang..kelak tempias ke muka sendir !

    Ratu Rimba Niagara RAJA YANG BERJIWA HAMBA ALLAH & BERJIWA RAKYAT YANG INGIN DIMARTABATKAN RAKYAT NUSANTARA

    Biar tempias ke muka sendiri mengaku kesilapan sendiri daripada sombong dan ego akan diri sendiri yang tak mahu memaafkan...itu kurang bijak namanya sebab Allah pun Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang inikan kita yang cuma bergelar hamba-Nya bukan hamba raja. Jika raja sanggup minta maaf kepada rakyatnya kita pulak ego mana boleh. Maka kita sama-sama fikirkan alam kubur kita bagaimana...dengan hanya saling memaafkan alangkah indahnya alam kubur kita nanti ...In Shaa Allah. Aamiin.

    'BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH'

    Pasti akan hilang segala dendam kesumat walaupun sudah berkurun bersarang di hati.
    Jika hati kita masih lagi tidak mahu tunduk kerana takutkan azab Allah perlulah kita muhasabah diri kenapa kita jadi begitu keras hati....

    'JIKA KITA RASA DIRI KITA SEMPURNA DARIPADA ORANG LAIN SEBAB ITU ORANG LAIN SELALU KITA PERLEKEHKAN RASANYA KITALAH YANG HEBAT DI DUNIA INI AMAT MALANGLAH JIKA BEGITIU'

    Demi alam akhirat kita apalah salahnya kita pujuk hati kita...kisah silam kezaliman raja kepada rakyatnya jangan dibawa ke zaman kita dikuatiri dendam membara rakyat dibawa hingga ke anak cucu kita....adakah sebelum kita mati kita mahu membina generasi yang pendendam? OH! Tidak ....tentunya kita tidak mahu mati membawa tulang belulang yang penuh dendam kesumat....makanya sebelum kita mati....ayuh lupakan kisah silam diRaja di zaman Hang Tuah itu dan kita bawa kisah silam itu ke zaman kita bahawa Raja sudah insaf atas kekhilafannya pada rakyat jelata....raja pada zaman ini adalah yang berjiwa rakyat dan berjiwa hamba Allah.... sentiasa mengutamakan agama dan rakyatnya.

    'RAJA YANG BERJIWA HAMBA ALLAH DAN BERJIWA RAKYAT INILAH YANG HENDAK KITA MARTABATKAN AGAR KATA KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA MENJADI KENYATAAN' IN SHAA ALLAH AAMIIN.'
    Yesterday at 2:49am · Like

    KITA HIDUP ATAS SEJARAH NENEK MOYANG KITA

    Mohd Sani Parmon jujurnya saya x larat nak bc karangan yg berjela2 ni..tapi saya rasa Ratu Rimba Niagara perlu tgk semula ttg fakta sejarah...jgn asik mengagungkan yg kononya perlu di sanjungi..tapi jgn terlupa kepincangan sejarah yg perlu di ketahui...dalam malaysia negeri lain jg ada kisah sultanya tapi...rileks aje...so...kaji la semula...salam

    Ratu Rimba Niagara x larat nak baca tak apalah...sayapun tak larat nak jawab komen anda...anda yang masuk ke gelanggang sastera saya...tujuan saya berdebat dengan anda bukan hendak menunjuk hebat tapi mencari kebenaran sesebuah kisah sejarah yang mahu diketahui oleh generasi sekarang dan akan datang ...kerana kita hidup atas sejarah nenek moyang kita.

    Cuba kita bayangkan andainya nenek moyang kita masih hidup ...apa yang ingin dilakukan sebelum mati...pastinya mahu membetulkan kekhilafannya betul tak? Sekarang nenek moyang kita berada di alam barzah pasti rohnya sedang meronta-ronta mahu anak cucunya membetulkan kekhilafannya dan jika kita telah membetulkan kekhilafannya pasti anak cucu tidak menyalahkan mereka lagi....malah anak cucu terpanggil untuk menghadiahkan sepotong fatihah untuknya di mana sepotong fatihah itu lebih berharga dari alam dan seisinya.

    Cuba pula kita bayangkan ...kita yang hidup ini sudah mati seperti nenek moyang kita....pasti-pastinya kita akan segera memaafkan nenek moyang kita dan sentiasa mahu berbakti kepada anak cucu kita agar jangan diulangi kekhilafan nenek moyang kita ....betul tak? apapun terpulang kepada anda Mohd Sani Parmon. Lain kali kalau tak larat nak baca karangan saya yang berjela-jela ni...jangan berani berumah ditepi pantai kalau tidak sanggup dilambung ombat tsunami sastera ye....

    Salam penuh santun maaf dari saya ....apapun terima kasih atas kesudian Mohd Sani Parmon turun ke gelanggang sastera saya...saya amat menyanjunginya...untuk pengetahuan anda...saya bukanlah seorang yang berani untuk berdebat dengan sesiapa kerana saya sentiasa sedar ilmu saya tidaklah banyak mana jika hendak dibandingkan dengan mereka sebagai rakan fb atau grup...saya rasa amat khuawatir apa yang saya tulis di setiap komentar saya pada rakan fb mahu pun grup membuatkan mereka tidak suka kerana mengganggu keakraban mereka dengan kawan-kawan ahli ahli grup ...tapi oleh kerana saya mahukan sangat bahan-bahan sastera nusantara ...saya pecahkan tembok ketakutan itu ...semata-mata mahukan mendapat bahan-bahan sastera....jika sepanjang saya mendapatkan bahan-bahan sastera penuh dengan penghinaan dan kutukan dari mereka...saya terus tidak akan berdebat dengan mereka lagi....tapi bilamana karya yang saya siarkan di grup dikejam habis jika dibaca menjadi bahan yang penuh dengan bahasa-bahasa yang kejam...makanya saya akan padamkan bahan sastera yang saya siarkan itu. Saya tak mahu berkarya sastera tapi membuatkan orang tak suka...Bila orang dah benci akan karya saya barulah saya berlalu pergi untuk merawat luka sastera sendiri.

    RATU RIMBA NIAGARA
    16 April 2013

    KITALAH YANG MEWARISI KEPAHLAWANAN HANG TUAH

    Dtk Haji AB Latiff Tahniah krn info-maklumat yg jelas-baik ini.

    Ratu Rimba Niagara Terima kasih Dtk Haji AB Latif kerana sudi menghayati kisah Hang Tuah Zaman Silam. Dibawa kisahnya ke zaman kini agar generasi tahu bahawa Hang Tuah adalah pahlawan sejati tanpa perjuangannya yang tidak berbelah bahagi kepada dunia melayu...pastinya melayu akan pupus di dunia ini. Makanya kitalah yang mewarisi kepahlawanannya kerana kita menyahut SUMPAH KERAMATNYA, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA,' sesiapa yang menafikan perjuangan HANG TUAH dialah pertualang bangsa melayu itu sendiri...

    RATU RIMBA NIAGARA
    16 Apr 2013

    Ratu Rimba Niagara Ridzuan Rashidi shared Abd Jamil Lam Al-Qadiri's photo.

    Laksamana Hang Tuah

    Ratu Rimba Niagara ADAKAH INI WAJAH LAKSAMANA HANG TUAH SEBENARNYA
    ATAU CUMA GAMBARAN PELUKIS?

    Ridzuan Rashidi KAMI TIDAK MENGETAHUINYA LAGI....KAMI HANYA MENGUMPULKAN SEBERAPA MAKLUMAT DAN FAKTA-FAKTA DALAM BENTUK TIORI SECEPAT YANG MUNGKIN....KAMI HANYA MENJALANKAN AMANAH...SALAH SATU KEMPEN KESEDARAN....SALAH SATU KERJA AMAL KAMI....KESEDARAN KEPADA SEMUA RAKYAT KAWASAN KAJIAN DI KELANTAN (IAITU PERPADUAN)...INSYAALLAH DENGAN IZIN MAHA ESA KAMI AKAN MENJUMPAINYA....INI SELEPAS PILIHAN RAYA....INSYAALLAH KAJIAN PREKTIKAL AKAN KAMI JALANKAN...INSYAALLAH...SEMOGA MENDOAKAN KAMI HATI YANG TENANG MENJALANKAN KERJA-KERJA YANG TELAH DIAMANAHKAN...DAN BERPEGANG KEPADA ALLAH MAHA ESA....TERIMA KASIH...

    Ratu Rimba Niagara MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAHKLUK-NYA

    TERIMA KASIH ATAS KESUDIAAN MENJADI RAKAN FB HAMBA. LAMAN FB HAMBA ADALAH LAMAN SASTERA YANG HAMBA MINATI. MAKANYA SALAH SATU TEMA YANG TERKUMPUL DI LAMAN FB HAMBA INI ADALAH BAHAN-BAHAN SEJARAH NENEK MOYANG YANG MAHU HAMBA KARANGKAN BERBENTUK SYAIR ,PANTUN, GURINDAM DAN PUISI. SEBAB ITU SETIAP RAKAN FB HAMBA AMAT BERHARGA DAN PENTING BAGI HAMBA...HAMBA PASTIKAN KEHADIRAN MEREKA SEBAGAI RAKAN FB MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM DUNIA KARYA SASTERA HAMBA. BUKAN TAK MAHU TERIMA RAKAN FB YANG ADD HAMBA ATAU TERPAKSA REMOVEKAN MEREKA TAPI MEMANDANGKAN PEMIKIRAN HAMBA AMAT TERHAD. HAMBA CUMA MAHU MEMFOKUSKAN MATLAMAT KARYA YANG TERBAHAGIA KEPADA PELBAGAI TEMA...
    KETUHANAN
    PEPERANGAN
    INSTITUSI DIRAJA
    KEPAHLAWANAN
    RAKYAT
    KEPUJANGGAAN
    POLITIK TAPI POLITIK YANG MEMBINA
    TUJUAN HAMBA MELANTIK RAKAN FB & GRUP MAHUKAN
    BAHAN-BAHAN BERSANGKUTAN DENGAN MATLAMAT SASTERA
    KOMENTAR YANG BERSANGKUTAN BAHAN YANG DISIARKAN

    JIKA AHLI FB TIDAK MEMBERI APA-APA IMPAK
    MEMANDANGKAN RAKAN FB HAMBA TERLALU TERHAD
    MAKANYA HAMBA TERPAKSA BERUNDUR DIRI
    BUKAN NIAT MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM

    HAMBA CUMA MAHU KOMENTAR YANG BERNAS DAN MANTAP KERANA KOMENTAR TERSEBUT
    AKAN DIBACA OLEH PEMBACA ALAM MAYA DAN BAKAL DITINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU NANTI JADINYA SETIAP KOMEN YANG NEGATIF HARAP DAPAT DIELAKKAN OLEH RAKAN FB DAN GRUP...

    BUDAYA UNTUK MENYEBARKAN FITNAH, KUTUK MENGUTUK, HINA MENGHINA...MENGGUNAKAN BAHASA YANG JELEK LAGI KEJAM....MOHON DIJAUHKAN DARI LAMAN FB HAMBA...

    BAGAIMANA HAMBA HORMAT DAN BERSANGKA BAIK DENGAN SEMUA AHLI GRUP DENGAN HARAPAN SALING BERKONGSI ILMU YANG MEMBERI MANFAAT DUNIA AKHIRAT CUMA ITULAH YANG DIFIKIRKAN....SELAIN DARIPADA ITU MAAFKAN HAMBA......MASA HAMBA UNTUK SANTAI-SANTAIKAN PEMIKIRAN TERLALU TERHAD.

    DUNIA HAMBA ADALAH SASTERA DAN CITA-CITA....
    MAKANYA HANYA MEREKA YANG MEMAHAMI DUNIA HAMBA SAJA YANG BOLEH MENJADI RAKAN FB HAMBA...YANG TAK SUDI MEMAHAMI ....MAAFKAN HAMBA JIKA HAMBA BERLALU PERGI...BUKAN HAMBA TAK SUDI MENERUSKAN PERSAHABATAN ALAM MAYA TAPI TOLONGLAH MAAFKAN HAMBA DAN TOLONGLAH FAHAMI DUNIA HAMBA....KERANA BAGI HAMBA KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN.....BAGI HAMBA ....MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAKHLUK-NYA.

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013

    GURINDAM ANTARA RAJA DAN RAKYAT JELATA

    Ampun Tuanku Khilaf Bicara Patik Harap Diampun
    Di sini patik mengucapkan jutaan terima kasih
    yang tidak terhingga kerana kesudian Tuanku
    membalas Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dan
    Ucapan Kemerdekaan Ke-54 negara tercinta.

    Terharu rasa hati patik tak dapat hendak
    diungkapkan dengan kata-kata kerana
    siapalah patik...
    Tapi itu semua tidak Tuanku pentingkan.

    Terbukti sudah kesemua Raja-Raja Di Malaysia
    begitu prihatin dan sayangkan semua rakyat baginda
    tidak sama sekali membeza-bezakan siapa pun rakyat,
    baginda terima dengan penuh kasih sayang
    antara Raja dengan kesemua rakyat baginda.

    Selama ini yang ada di benak pemikiran rakyat
    antara Raja-Raja dengan rakyat ada jurang perbezaan
    Darjat Kebesaran kerana ada rasa jurang perbezaan
    darjat kebesaran hubungan rakyat dengan raja renggang
    Hakikatnya tidak begitu duhai rakyat Malaysia!

    Hati nurani semua Raja sememangnya mengasihi rakyat
    jelata tanpa ada rasa membezakan siapa pun rakyat
    yang menaungi negeri jajahan baginda rela berkorban
    demi rakyat dan negara tercinta, kesusahan rakyat
    dan derita rakyat baginda terpanggil untuk menghulurkan
    bantuan.

    Negara ditimpa bencana alam ...baginda turut merasai
    penderitaan rakyat yang ditimpa musibah baginda bantu
    terdaya mampu kesusahan rakyat kesusahan baginda juga.

    Kesempurnaan hidup rakyat dan kesejahteraan negara
    tercinta ini sentiasa diikuti dan dalam perhatian semua
    Raja-Raja. Bilamana rakyat dan pemerintah tidak bersatu hati
    tentunya kegusaran di hati baginda Sultan kerana hanya
    yang difikirkan melainkan keamanan negara tercinta!
    Baginda mahu tiada jurang antara rakyat, pemimpin dan Raja.

    Ampun Tuanku Daulat Tuanku
    Sembah patik harap diampun
    Semuanya bersatu hati mengekalkan Kemerdekaan Negara Tercinta

    Makanya keamanan negara tercinta ini
    sentiasa dalam perhatian semua Raja-Raja di Malaysia

    Semangat patriotik Ke Bawah Duli Tuanku
    amat rakyat jelata kagumi
    rakyat jelata bersumpah setia dan
    akan taat setia kepada kesemua Ke bawah Duli Tuanku
    keperihatinan ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat
    di Malaysia membuatkan kesemua rakyat jelata terharu
    dan menghargai kasih sayang Ke Bawah Duli Tuanku.

    Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54
    Malaysia Negara Tercinta ini ..Rakyat Malaysia kesemuanya mengaku
    akan taat setia kepada kesemua Raja-Raja Di Malaysia sepertimana
    Yang termaktub dalam Rukun Negara Yang Kedua ,
    "KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
    MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 September 2011
    (Diilhamkan Bersempena Meraikan Sambutan Hari Malaysia &
    Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Pada 16 September 2011)

    DISIARKAN TERISTIMEWA UNTUK:

    SEMUA KE BAWAH DULI TUANKU DI MALAYSIA
    TUAN YANG TERUTAMA NEGERI SABAH, SARAWAK MELAKA DAN PULAU PINANG
    PERDANA MENTERI DAN SEMUA MENTERI
    SEMUA PARTI KERAJAAN DAN PEMBANGKANG
    DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
    Semua Rakyat Malaysia Yang Cintakan Negara!
    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    7 Mei 2012

    PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH

    Sekalung tahniah di atas pertabalan,
    Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
    Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

    Yang di-Petuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
    Pengorbanan Tuanku membuatkan rakyat terharu.

    Berat sungguh hendak melepaskan,
    Kerana negara dilepaskan juga;
    Sultan Kedah yang budiman,
    Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.

    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

    Agong kami Raja yang penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.

    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Disember 2011
    (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)

    PANTUN SULTAN-SULTAN 1MALAYSIA TERCINTA

    Sultan Abdul Halim Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tecinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
    Sultan Mizan bersopan santun,
    Rakyat Terengganu amat terpesona.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    7 Mei 2012

    SYAIR TUANKU MIZAN SENTIASA DI HATI RAKYAT MALAYSIA

    Tersebutlah kisah Agong tersohor,
    Tuanku Mizan yang penuh sabar;
    Biarpun hidup penuh mencabar,
    Agar rakyat tidak terbiar.

    Permaisuri Nur Zahirah yang bijaksana,
    Cantik rupawan bagai bulan purnama;
    Memberi sokongan kepada baginda,
    Agar rakyat terus terbela.

    Bahagia hidup keluarga Diraja,
    Dikurniakan puteri dan juga putera;
    Dibesarkan dalam adat istana,
    Ayahanda dan bonda jadi idola.

    Genap 49 Tahun Tuanku Mizan diputerakan,
    Disambut keputeraaan penuh kesyukuran;
    Semua rakyat gembira meraikan,
    Raja dan rakyat tidak dapat dipisahkan.

    Terengganu negeri keputeraan baginda,
    Mempunyai ilmu penuh di dada;
    Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
    Raja dan rakyat berpisah tiada.

    Berbudi bahasa berhemah tinggi,
    Baginda bertitah rakyat dengari;
    Semua jemputan baginda hadiri,
    Asalkan rakyat rasa dihargai.

    Tuanku Mizan mencemar Duli,
    Menziarahi rakyat bantuan diberi;
    Rakyat gembira tiada terperi,
    Kebaikan baginda lekat di hati.

    Sultan Mizan bertitah memuji,
    Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
    Memerintah negara amanlah damai,
    Rakyat terbela itulah dihajati.

    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Masalah rakyat dikongsi bersama;
    Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
    Raja dan rakyat rasa bahagia.

    Tuanku Mizan selalu menyeru,
    Inginkan rakyat bersatu padu;
    Buat keputusan tidak terburu,
    Asalkan rakyat terus maju.

    Tuanku Mizan percaya rancangan kerajaan,
    Mampu dinikmati segenap lapisan;
    Rakyat bersatu dalam perpaduan,
    Negara makmur dalam kemajuan.

    Raja dan rakyat amat rapat,
    Ke mana pergi rakyat diingat;
    Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
    Tuanku datang disambut hormat.

    Tuanku Mizan Agong ketiga belas,
    Dengan rakyat berkasihan belas;
    Tidak pernah rasa malas,
    Rakyat berpadu rasa terbalas.

    Istana Agong tersegam indah,
    Bila bertitah penuh bermadah;
    Kuasa yang tinggi tiada diendah,
    Bersama rakyat tetap merendah.

    Bersemayam baginda dalam istana,
    Rakyat diundang pergi ke sana;
    Raja kami yang bijaksana,
    Ikatan raja dan rakyat terus terbina.

    Masalah rakyat sama dikongsi,
    Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
    Ikatan terus jadi serasi,
    Tercipta nostalgia untuk generasi.

    Sukacita Agong negara maju,
    Pemerintahan Agong terus dipacu;
    Warkah dihantar Agong dituju,
    Mendoakan Agong terus di mercu.

    Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
    Cemerlang negara amat sukacita;
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Bijaksana memerintah negara tercinta.

    Sejarah kesultanan patut dihayati,
    Dipelajari oleh generasi terkini;
    Persenoliti Raja amat dikagumi,
    Ke mana pergi tetap dihormati.

    Pemerintahan Agong adil saksama,
    Cadangan rakyat semua diterima;
    Perintahkan Memanda Perdana Menteri beri kerjasama,
    Agar negara jadi ternama.

    Tuanku Mizan Raja kesayangan rakyat,
    Ke mana pergi pentingkan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Tuanku sentiasa di hati rakyat.

    Tuanku Mizan Zainal Abidin Agong ternama,
    Berjiwa rakyat adil dan saksama;
    Pentingkan rakyat walau di mana,
    Galakkan rakyat sentiasa berkerjasama.

    Selamat menyambut Hari Keputeraan tuanku Mizan,
    Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
    Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
    Dilanjutkan usia dalam keberkatan.

    Sekian sahaja syair Tuanku Mizan sentiasa di hati rakyat,
    Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
    Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
    Ampun Tuanku! Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.

    Ampun Tuanku,
    Daulat Tuanku,
    Sembah patik harap diampun.
    Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan,
    ‘Syair Tuanku Mizan Sentiasa Di Hati Rakyat untuk tatapan
    rakyat Malaysia tercinta.

    Patik percaya Syair ini dapat mencetuskan rasa cinta
    yang amat mendalam kepada Institusi Di Raja dan secara
    tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan
    Institusi Di Raja walaupun ke titisan darah terakhir.

    Ampun Tuanku.
    Sembah patik harap diampun.
    Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga
    dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
    Amin Ya Rabbal A' Lamin.

    KARYA Ratu Rimba Niagara
    4 Jun 2010

    KITA BEKERJA MENGAMANKAN MALAYSIA

    Perhimpunan 9 Julai 2011

    TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG

    "Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan
    cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan bertujuan untuk perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan menyuarakan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

    Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

    Beta menyeru didalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitk menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagisesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

    Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesasama sendiri ataupun sebahagiaan rakyatnya bermusuh dengan kerajaaan atas apa jua alasan pun.

    Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat
    bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan
    tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ,
    'Yang DiKejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'

    Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan
    daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

    Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama
    memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuatkan negara berada terbelakang. Ingatlah, 'Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.'

    Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang
    telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara."

    Sekian,

    "DI MANA BUMI DIPIJAK , DI SITU LANGIT DIJUNJUNG!"

    DAULAT TUANKU!

    PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG

    Beta selaku Yang di-Pertuan Agong negara ini,
    Mahukan kerajaan dan agensi terlibat menangani isu ini;
    Kumpulan Bersih Berhimpunan Beramai-ramai,
    Akan mengganggu ketenteraman rakyat yang Beta cintai.

    Beta yakin kepiminan YAB Perdana Menteri,
    Boleh menangani masalah ini sebaik mungkin;
    Demi keharmonian dan kestabilan negara dicintai,
    Berpakat bersama-sama memajukan negara tercinta ini.

    Beta menyeru kepada pihak kerajaan,
    Melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat;
    Secara adil dan penuh kebijaksanaan,
    Agar permusuhan dengan kerajaan tiada wujud di hati rakyat.

    Kita sebagai masyarakat yang bertamadun,
    Boleh menyelesaikan masalah secara rundingan;
    Tidak mengikut segala perasaan,
    'Yang DiKejar Tak Dapat Yang DiKendong Berciciran'.

    Demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan,
    Walaupun niat asalnya untuk kebaikan;
    Apa pun alasan semuanya demi kesejahteraan,
    Semua perkara dirunding demi keharmonian.

    Semua pihak haruslah memikir memajukan negara,
    Bukan mencipta masalah membuatkan negara terkebelakang;
    Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan Lautan Mana Tidak Bergelora,
    Justeru bermuafakat bersama mencipta negara Gemilang.

    Yang penting adalah sifat kesederhanaan,
    Bertolak ansur demi kesejanteraan negara;
    Sabarnya pemimpin terdahulu dalam perjuangan,
    Diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

    Sekian sahaja pantun Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong,
    Daulat Tuanku Ampun Tuanku;
    Patik karangkan bagi pihak Yang Di-Pertuan Agong,
    Demi semata keharmonian negara patik dan juga Tuanku.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    4 Julai 2011

    (PETIKAN DARIPADA WALL FERIZ OMAR & RATU RIMBA NIAGARA)
    4 Julai 2012

    SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
    TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    8 hours ago ·
    (PETIKAN DARIPADA WALL KERABAT D'RAJA KELANTAN & KHAI NOOR & RATU RIMBA NIAGARA)
    8 Mei 2012

    Ridzuan Rashidi shared Kerabat D' Raja Kelantan's album: Untitled Album.

    Untitled Album
    DIRGAHAYU KENANGAN KELANTAN
    By: Kerabat D' Raja Kelantan
    Photos: 21

    Ridzuan Rashidi shared Kdymm Raja Melaka's status update.

    Kdymm Raja Melaka
    7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin telah dibuat semasa kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 seperti berikut :-

    Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

    7 perkara itu adalah :-

    Pertama :-
    Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
    Kedua :-
    Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain ;
    Ketiga :-
    Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar negara ;
    Keempat :-
    Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini ;
    Kelima :-
    Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan ;
    Keenam :-
    Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU ; dan
    Ketujuh :-
    Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTEMEWA ORANG-ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istemewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

    K.D.Y.M.M RAJA Melaka-Malaysia ke 22 TUANKU MUHAMMAD ALMAHDI ibni Tuanku Raja MAT Isa Alhaj ke 21 ibni Paduka Sri Tengku Raja Mahdi Abdul.Malik Alam Shah Alhaj ibni Tengku Mahkota Istana Besar Selangor dan Tengku Panglima Besar Selangor Raja Sulaiman Shah Alhaj ibni Sultan Muhammad Shah Alhaj Raja Selangor III, serta Waris Raja Besar Sultan Agong Melaka-Malaysia ke 20 Tengku Mahkota Istana Besar Melaka dan Tengku Panglima Besar Melaka Raja Abdullah ibni Sultan Ali Iskandar Syah Alhaj Raja Melaka dan Johor ke 19.

    Ridzuan Rashidi shared Abd Jamil Lam Al-Qadiri's photo.

    Laksamana Hang Tuah

    Ratu Rimba Niagara ADAKAH INI WAJAH LAKSAMANA HANG TUAH SEBENARNYA
    ATAU CUMA GAMBARAN PELUKIS?

    Ridzuan Rashidi KAMI TIDAK MENGETAHUINYA LAGI....KAMI HANYA MENGUMPULKAN SEBERAPA MAKLUMAT DAN FAKTA-FAKTA DALAM BENTUK TIORI SECEPAT YANG MUNGKIN....KAMI HANYA MENJALANKAN AMANAH...SALAH SATU KEMPEN KESEDARAN....SALAH SATU KERJA AMAL KAMI....KESEDARAN KEPADA SEMUA RAKYAT KAWASAN KAJIAN DI KELANTAN (IAITU PERPADUAN)...INSYAALLAH DENGAN IZIN MAHA ESA KAMI AKAN MENJUMPAINYA....INI SELEPAS PILIHAN RAYA....INSYAALLAH KAJIAN PREKTIKAL AKAN KAMI JALANKAN...INSYAALLAH...SEMOGA MENDOAKAN KAMI HATI YANG TENANG MENJALANKAN KERJA-KERJA YANG TELAH DIAMANAHKAN...DAN BERPEGANG KEPADA ALLAH MAHA ESA....TERIMA KASIH...

    KITA BERSYUKUR DILAHIRKAN MELAYU BERJIWA ISLAM

    DUHAI SULTAN APA PERJUANGAN TUANKU
    PATIK SOKONG ASALKAN PERJUANGAN TUANKU
    SELARI DENGAN KEHENDAK ALLAH
    PENTINGKAN RAKYAT MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI
    TUANKU PERJUANGKAN BANGSA MELAYU
    KERANA HANYA MELAYU FAHAM MELAYU
    HANYA MELAYU YANG EHSAN MENOLONG MELAYU
    TOLONG MENOLONG ATAS DASAR KERANA ALLAH
    BUKAN MAHU MENGEJAR DARJAT
    BUKAN MAHU MEMBURU NAMA AGAR BERJENAMA
    BUKAN MAHU MENDAPAT SANJUNGAN AGAR BOLEH BERBANGGA
    HANYA YANG DIMAHUKAN
    MENOLONG BANGSA MELAYU
    MENOLONG BANGSA MELAYU BERERTI MENOLONG ISLAM
    ISLAM AGAMA BANGSA MELAYU
    JIKA MENOLONG MELAYU
    JIKA MENOLONG RAJA MELAYU
    JIKA MENOLONG USAHAWAN MELAYU
    JIKA MENOLONG BANGSA MELAYU
    KITA SENDIRI MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU SEIRING ISLAM
    AGAR AJARAN ISLAM BERKEMBANG
    DIJAGA DIPELIHARA AGAR TIDAK DIMUSNAHKAN OLEH BANGSA MELAYU ITU SENDIRI
    BARU KITA FAHAM KENAPA LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH
    TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
    DI SEBALIK KATA-KATA YANG TERSIRAT ITU
    'TAK AKAN ISLAM HILANG DI DUNIA'
    MULIA SUNGGUH HATI MOYANG KITA LAKSAMANA HANG TUAH
    MAKA AYUH MARI KITA BERSAMA MENYOKONG BANGSA KITA
    BANGSA MELAYU AGAR ISLAM TIDAK HILANG DI BUMI ALLAH INI
    SENTIASA DIJAGA DIPELIHARA DIPANDANG MULIA
    KITA ORANG MELAYU
    MAHU HIDUP DALAM ISLAM DAN MATIPUN DALAM ISLAM
    MAHU MEWARISKAN BANGSA MELAYU KITA KEPADA
    ANAK CUCU KITA YANG BERAGAMA ISLAM JUGA
    MEMANG LAYAKLAH PEMERINTAH
    KITA ORANG MELAYU
    RAJA KITA ORANG MELAYU
    KITA SEBAGAI RAKYAT MENYOKONG 100%
    KERANA KITA TINGGAL DI TANAH MELAYU
    NENEK MOYANG KITA MELAYU
    BAHASA DITUTURKAN BAHASA MELAYU
    KITA BERSYUKUR KITA DILAHIRKAN MELAYU
    MELAYU BERJIWA ISLAM
    SENTIASA MERASAKAN DIRI KERDIL
    YANG AKAN PULANG KE PANGKUAN-NYA
    MEMBAWA HATI DAN JIWA
    YANG SUCI MURNI BERCAHAYAKAN IMAN
    TENANG TIKA ROH MENINGGALKAN JASAD
    IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013
    (PETIKAN DARIPADA WALL SAHABAT YM TENGKU PENGERAN KAMARUDDIN YUSOF
    AL-HAJ)

    MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAHKLUK-NYA

    TERIMA KASIH ATAS KESUDIAAN MENJADI RAKAN FB HAMBA. LAMAN FB HAMBA ADALAH LAMAN SASTERA YANG HAMBA MINATI. MAKANYA SALAH SATU TEMA YANG TERKUMPUL DI LAMAN FB HAMBA INI ADALAH BAHAN-BAHAN SEJARAH NENEK MOYANG YANG MAHU HAMBA KARANGKAN BERBENTUK SYAIR ,PANTUN, GURINDAM DAN PUISI. SEBAB ITU SETIAP RAKAN FB HAMBA AMAT BERHARGA DAN PENTING BAGI HAMBA...HAMBA PASTIKAN KEHADIRAN MEREKA SEBAGAI RAKAN FB MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM DUNIA KARYA SASTERA HAMBA. BUKAN TAK MAHU TERIMA RAKAN FB YANG ADD HAMBA ATAU TERPAKSA REMOVEKAN MEREKA TAPI MEMANDANGKAN PEMIKIRAN HAMBA AMAT TERHAD. HAMBA CUMA MAHU MEMFOKUSKAN MATLAMAT KARYA YANG TERBAHAGIA KEPADA PELBAGAI TEMA...
    KETUHANAN
    PEPERANGAN
    INSTITUSI DIRAJA
    KEPAHLAWANAN
    RAKYAT
    KEPUJANGGAAN
    POLITIK TAPI POLITIK YANG MEMBINA
    TUJUAN HAMBA MELANTIK RAKAN FB & GRUP MAHUKAN
    BAHAN-BAHAN BERSANGKUTAN DENGAN MATLAMAT SASTERA
    KOMENTAR YANG BERSANGKUTAN BAHAN YANG DISIARKAN

    JIKA AHLI FB TIDAK MEMBERI APA-APA IMPAK
    MEMANDANGKAN RAKAN FB HAMBA TERLALU TERHAD
    MAKANYA HAMBA TERPAKSA BERUNDUR DIRI
    BUKAN NIAT MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM

    HAMBA CUMA MAHU KOMENTAR YANG BERNAS DAN MANTAP KERANA KOMENTAR TERSEBUT
    AKAN DIBACA OLEH PEMBACA ALAM MAYA DAN BAKAL DITINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU NANTI JADINYA SETIAP KOMEN YANG NEGATIF HARAP DAPAT DIELAKKAN OLEH RAKAN FB DAN GRUP...

    BUDAYA UNTUK MENYEBARKAN FITNAH, KUTUK MENGUTUK, HINA MENGHINA...MENGGUNAKAN BAHASA YANG JELEK LAGI KEJAM....MOHON DIJAUHKAN DARI LAMAN FB HAMBA...

    BAGAIMANA HAMBA HORMAT DAN BERSANGKA BAIK DENGAN SEMUA AHLI GRUP DENGAN HARAPAN SALING BERKONGSI ILMU YANG MEMBERI MANFAAT DUNIA AKHIRAT CUMA ITULAH YANG DIFIKIRKAN....SELAIN DARIPADA ITU MAAFKAN HAMBA......MASA HAMBA UNTUK SANTAI-SANTAIKAN PEMIKIRAN TERLALU TERHAD.

    DUNIA HAMBA ADALAH SASTERA DAN CITA-CITA....
    MAKANYA HANYA MEREKA YANG MEMAHAMI DUNIA HAMBA SAJA YANG BOLEH MENJADI RAKAN FB HAMBA...YANG TAK SUDI MEMAHAMI ....MAAFKAN HAMBA JIKA HAMBA BERLALU PERGI...BUKAN HAMBA TAK SUDI MENERUSKAN PERSAHABATAN ALAM MAYA TAPI TOLONGLAH MAAFKAN HAMBA DAN TOLONGLAH FAHAMI DUNIA HAMBA....KERANA BAGI HAMBA KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN.....BAGI HAMBA ....MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAKHLUK-NYA.

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013

    (PETIKAN DARIPADA WALL WANGSA MAHKOTA SELANGOR. KHAI NOOR
    RIDZUAN RASHIDI & RATU RIMBA NIAGARA)
    17 April 2013

  • Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak



    Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak

    REVOLUSI BERTANJAK

    Revolusi bertanjak
    Raja bertanjak
    Pemimpin bertanjak

    Tak akan berlaku revolusi
    jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

    Suka tak suka
    akan berlaku revolusi
    jika sekiranya
    seluruh rakyat bertanjak
    dan memahkotakan
    tanjak yang terbaik
    bertahtakan
    kekuasaan rakyat memilih
    siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
    dan memartabatkan Raja
    untuk mengukuhkan lagi
    sesebuah negara
    yang sentiasa mengutamakan rakyat
    daripada kepentingan sendiri
    kerana kekuasaan rakyat
    sentiasa dijunjung pada
    tanjak anugerah rakyat
    untuk pemimpin dan Raja
    itulah revolusi yang sebenarnya!
    jika itu terealiti
    makanya
    antara rakyat pemerintah dan Raja
    berpisah tiada
    kerana senada seirama
    memajukan negara
    dalam suasana
    aman harmoni
    tanpa
    mengundang
    ketidakadilan
    dalam memegang tampuk kekuasaan
    kekuasaan adalah milik semua
    dan semua berhak
    untuk hidup dalam
    negara sendiri yang merdeka!
    Revolusilah rakyat
    Revolusilah pemerintah
    Revolusilah Raja
    Revolusilah negara
    Barulah negaraku akan terus merdeka
    Dalam ertikata yang sebenarnya
    Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012
    Like · · · Promote · 26 minutes ago ·
  • UNTUK KEBAIKAN SEMUA....INSYAALLAH...
    Tahukah Anda Keburukan Kacang Soya? [MESTI BACA]

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! banyak tu…

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
    Tahukah Anda Keburukan Kacang Soya? [MESTI BACA]

    Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain.

  • Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
    Kerajaan Barisan Nasional mengiktiraf dan menghargai peranan perkhidmatan awam sebagai peneraju perubahan Malaysia. Usaha untuk meningkatkan potensi, kemampuan ...See More
    Like · · · Promote · 29 minutes ago ·
  • Ratu Rimba Niagara shared Najib Razak's photo.
    Kerajaan Barisan Nasional menyedari usaha pemuliharaan sumber semulajadi perlu dilakukan secara kolektif oleh semua pihak. Masanya sudah tiba untuk membina cara...See More
    Like · · · Promote · 30 minutes ago ·
  • Ratu Rimba Niagara shared Have Faith | Yakin's photo.
    Jadikan Prinsip-Prinsip Berikut Sebagai Panduan | Let Us Keep These Principles in Mind | YAKIN!
    Jadikan Prinsip-Prinsip Berikut Sebagai Panduan | Let Us Keep These Principles in Mind | YAKIN!
    Like · · · Promote · 30 minutes ago ·
  • Najib Razak shared a link.

  • Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
    a few seconds ago

    PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

    ...Continue Reading
    Like · · · Promote · about an hour ago ·
  • JIKA KITA MAHU CEMERLANGKAN MALAYSIA INI SI PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA DIHAPUSKAN TERLEBIH DAHULU TERUTAMA SEKALI DI WALL PM JIKA INI TIDAK DICANTAS DARI AWAL MEREKA AKAN BERBAHARAJA LELA DAN NIAT KERAJAAN UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA DAN RAKYAT HANCUR MUSNAH GARA-GARA SI PENGKHIANAT YANG SENGAJA MAHUKAN NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA INI MUSNAH.
    Like · · · Promote · about an hour ago ·
  • KELEMAHAN ORANG BN

    KELEMAHAN ORANG BN ADALAH
    MEMBENARKAN SI PENGKHINAT BERMAHARAJA LELA DI WALL INI

    KELEMAHAN ORANG BN ADALAH
    DIHINA DICELA OLEH PENGHIANAT MASIH TIDAK MAHU MEMBELA DIRI
    DIBIARKAN BERKATA SESUKA HATI MEREKA
    TAPI BILA MEREKA BUAT RUSUHAN PANDAI PULAK MAHU MEMBANTERAS
    SEPATUTNYA DARI SEKARANG DICANTAS HABIS HABISAN...AGAR SEBELUM
    MEREKA KO KAN PERJUANGAN BN

    KELEMAHAN ORANG BN
    TIDAK SATU HATI MEMBELA ORANG YANG PATUT DIBELA...
    JIKA WALL INI DIBIARKAN TANPA PENGAWASAN
    MAAF CAKAPLAH MEREKA AKAN BERMAHARAJA LELA
    KERANA ORANG SEPERTI MEREKA BERKATA MACAM MANA BAIK PUN
    TAK BOLEH DIBAWA BERUNDING...MEREKA SENDIRI MENGGELARKAN DIRI MEREKA
    KEPALA BESI BERAPI ....PAHAM SAJALAH APA YANG TERSIRAT ....

    (PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK)
    18 April 2013
    Like · · · Promote · about an hour ago ·
SEKALUNG BUNGA IBU PERTIWI UNTUK SEMUA RAKAN FB & GRUP YANG SUDI MEMBERI SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGIA PADA SASTERA NUSANTARA KARYA RATU RIMBA NIAGARA. MOGA ALLAH SAJA MEMBALAS KEBAIKANMU.AAMIIN.


Ridzuan Rashidi likes your comment: "PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA 1)..." 4:18pm
Ridzuan Rashidi and Kepala Besi Berapi like your Wall post: "REVOLUSI BERTANJAK Revolusi bertanjak..." 4:09pm
Falfindo Mandiri Teknik posted in FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI PEMBANGUNANMASYARAKAT: "WATERPROOFING COATING KASA MAT SKOPE ..." 4:06pm
Ridzuan Rashidi likes your status: "Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak ..." 4:04pm
Ridzuan Rashidi likes your comment: "Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak ..." 4:03pm
Ridzuan Rashidi shared your status. 4:01pm
Ridzuan Rashidi likes your link. 3:56pm
Ridzuan Rashidi likes your link. 3:56pm
Ridzuan Rashidi likes your link. 3:56pm
Ridzuan Rashidi likes your status: "SALING BERBAKTI ITULAH HIDUP SEORANG..." 3:53pm
Ridzuan Rashidi, Badar Al-ahmadi and 2 other people like your status: "INDAHNYA TAKDIR SULTAN MELAKA MANGKAT..." 3:52pm
Ridzuan Rashidi likes your status: "SEKALIAN ALAM MILIK TUHAN Puisi..." 3:48pm
Ridzuan Rashidi likes your status: "MARILAH SAMA-SAMA FIKIRKAN MASALAH..." 3:47pm
Ridzuan Rashidi likes your status: "BERBAKTI BUKAN UNTUK MENDAPAT UPAH DARI..." 3:47pm
Muhammad Hazri and Kepala Besi Berapi commented on your Wall post. 3:47pm
Ridzuan Rashidi likes your status: "JANGAN JADI PENGHIANAT BANGSA DAN..." 3:47pm
Ridzuan Rashidi likes your status: "KELEMAHAN ORANG BN KELEMAHAN ORANG BN..." 3:47pm
Ridzuan Rashidi and Kumbang Segak like your status: "JIKA KITA MAHU CEMERLANGKAN MALAYSIA..." 3:47pm
Ridzuan Rashidi likes your Wall post: "PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT..." 3:46pm
Ridzuan Rashidi likes your status: "Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak..." 3:45pm
Ridzuan Rashidi likes your comment: "Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak..." 3:42pm
Ridzuan Rashidi likes your comment: "AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin." 3:42pm
Rokiah Abu Bakar and Kepala Besi Berapi commented on your Wall post. 3:27pm
Sam Nhk likes your Wall post: "JIKA KITA MAHU CEMERLANGKAN MALAYSIA..." 2:49pm
Kepala Besi Berapi and Waja Timur commented on your Wall post. 2:24pm
Shendy Samber Nyawa, Kisastro Sutikno and 6 other people like your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya. 1:36pm
Badar Al-ahmadi likes your link. 12:53pm
Badar Al-ahmadi likes your status: "PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK MINDA..." 12:52pm
Badar Al-ahmadi, Ridzuan Rashidi and Andi Aspar Arung Didi like your status: "TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA Part..." 12:52pm
Badar Al-ahmadi, Ridzuan Rashidi and Karaeng Khamshah like your status: "RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN..." 12:51pm
Halid Daled likes your post in 360 TIGER MERAH SLIM RIVER. 12:48pm
Yen Basis Mizie likes your Wall post: "PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK MINDA..." 12:19pm
Ridzuan Rashidi commented on your Wall post: "TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KAMI..." 11:55am
Ridzuan Rashidi, HeiQal HAtta and 2 other people like your Wall post: "RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN..." 11:40am
Wong Apek likes your Wall post: "PILIHAN KITA PENENTU GENERASI MASA..." 10:29am
Mohd Ridhwan Azemi, Siput Berlari and 10 others commented on Pedagang Merantau's photo of you. 7:23am
Badar Al-ahmadi, Braja Azzena and 3 other people like your status: "KITA BERSYUKUR DILAHIRKAN MELAYU..." 7:15am
IeNa ZeSs AriFin and Shahnaim D'Carbo posted in RAHSIA KOTA CINTA. 6:58am
Mohd Azwan (friends with Datuk Setia Panglima Hanif) likes your link on Kumbang Segak's timeline. 1:06am
Karaeng Khamshah and Kumbang Segak like your post in Sri Pemangku Adat. 1:05am
Karaeng Khamshah and Braja Azzena like your status: "jangan suka bersangka buruk, kerana..." 1:03am
Sent Yesterday
Kamaruddin Haji Sani likes your link on his own timeline. 11:55pm
Braja Azzena and Kumbang Segak like your status: "GURINDAM SYAIR PANTUN PUISI UNTUK RAJA..." 11:52pm
Braja Azzena commented on your status: "╔╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╦╗ ╠┼┼┼┼┼█┼┼┼┼┼┼┼┼█┼┼┼┼╣ ..." 11:26pm
Ridzuan Rashidi likes your Wall post: "PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA Menteri..." 11:20pm
Ridzuan Rashidi likes your Wall post: "SUARA GENERASIKU CITAMU CITAKU ..." 11:18pm
Tetty Rukiah and Ika Johara like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 10:45pm
Mohamad Azhar, Ghazali Ismail and Jejak Petunjuk commented on your Wall post. 10:21pm
Iman Ideal commented on your Wall post: "Setiausha Politik Menteri KBS jugak terbaik..." 10:15pm
Ridzuan Rashidi likes your comment: "KITA BERSYUKUR DILAHIRKAN MELAYU..." 9:41pm
Ridzuan Rashidi likes a photo on your timeline. 9:41pm
Ridzuan Rashidi likes your comment: "KITA BERSYUKUR DILAHIRKAN MELAYU..." 9:41pm
Ridzuan Rashidi, Khai Noor and 2 other people like your status: "MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI..." 9:38pm
Ridzuan Rashidi, Ahmad Tajuddin and 2 other people like your link. 9:38pm
Ridzuan Rashidi likes a photo on your timeline. 9:37pm
Pg Abd Rahim Pht and Badar Al-ahmadi like your post in MAJLIS PANGKUAN diRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA. 9:23pm
Pg Abd Rahim Pht likes your post in MAJLIS PANGKUAN diRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA. 9:23pm
Pg Abd Rahim Pht, Khai Noor and Badar Al-ahmadi like your post in MAJLIS PANGKUAN diRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA. 9:23pm
Ridzuan Rashidi likes your link. 9:21pm
Andi Tamsil (friends with Tengku Shawal Tengku Aziz) likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 9:15pm
Andi Tamsil and Andi Aspar Arung Didi like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 9:14pm
Ridzuan Rashidi likes your link on his own timeline. 8:35pm
Yen Basis Mizie likes your Wall post: "PILIHAN KITA PENENTU GENERASI MASA..." 8:23pm
Hrh Raja Mohd Said also commented on a post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "Dunia ini sandiwara orang2 kafir & dunia ini juga..." 8:00pm
Rusdal Fajr St Inayatsyah likes your comment: "RAJA BERJIWA PAHALWAN RAJA BERJIWA..." 7:39pm
Daeng SI Jaya also commented on a photo in Sri Pemangku Adat. 6:09pm
Ridzuan Rashidi, Kamaruddin Haji Yusof Sani and Kumbang Segak like your link. 5:04pm
Ridzuan Rashidi likes your comment: "MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI..." 4:38pm
Khai Noor commented on your link: "MOHONSHARE" 4:11pm
Khai Noor and Ridzuan Rashidi shared your photo. 4:11pm
Khai Noor, Ridzuan Rashidi and Kumbang Segak like your link. 4:11pm
Khai Noor shared your photo. 4:11pm
Khai Noor and Kumbang Segak like your link. 4:10pm
Khai Noor shared your photo. 4:09pm
Kamaruddin Haji Yusof Sani posted on your timeline. 4:03pm
Bengkel Studi Budaya likes your comment: "PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA 1)..." 4:01pm
Bengkel Studi Budaya, Kumbang Segak and Andi Aspar Arung Didi like your link. 4:01pm
Khai Noor shared your status. 3:33pm
Khai Noor and Badar Al-ahmadi shared your status. 3:15pm
Khai Noor, Kumbang Segak and 2 other people like your status: "BAHASA ISTANA PENUH SANTUN BERBUNGA..." 3:15pm
Khai Noor likes your comment: "KUNCI MENYAMBUNG TALISIRATURRAHIM..." 3:10pm
Khai Noor likes your comment: "PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA 1)..." 3:08pm
Andi Tamsil and Star Samu Samu like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 2:08pm
Andi Tamsil and Andi Aspar Arung Didi like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 2:06pm
Syekh Hermawan Hidayatullah commented on your post in Sri Pemangku Adat: "YA MAAF UNTUK SEMUA SAUDARAKU YANG ADA DI GROUP..." 2:04pm
Syekh Hermawan Hidayatullah and Andi Aspar Arung Didi like your post in Sri Pemangku Adat. 2:04pm
Setiajaya Satria Rassidy likes your comment: "AKU BUKAN TAKUT DIBUNUH TAPI AKU..." 1:50pm
Setiajaya Satria Rassidy likes your comment: "kenapa ye berjabat gangan tapi ada..." 1:50pm
Setiajaya Satria Rassidy also commented on Bengkel Studi Budaya's photo. 1:48pm
Setiajaya Satria Rassidy likes your comment: "JADIKAN HATI SEINDAH BERLIAN SYURGA! ..." 1:47pm
Tun Azizi Golok Rimau also commented on Muhammad Abdul Quyum's photo: "mau kena potong kaki ni.." 1:21pm
Kumbang Segak likes your link. 12:38pm
Kumbang Segak likes your status: "KUNCI TALISIRATURRAHIMI ADALAH KEMAAFAN..." 12:38pm
Kumbang Segak likes your status: "PUISI PANTUN KEINDAHAN BULAN Malam..." 12:38pm
Kumbang Segak likes your status: "PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA 1)..." 12:38pm
Kumbang Segak likes your link. 12:37pm
Kumbang Segak likes your link. 12:37pm
Kumbang Segak likes your link. 12:37pm
Kumbang Segak likes your link. 12:37pm

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
18 April 2013


WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;