TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA Part (1)
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTERA SANG KURIANG DI ZOO NEGARA
Ratu Rimba Niagara:
Apapun aku sangat suka dengan sang syifa, sang amsyar sang
aqmar...nanti ada peluang aku mahu bawa mereka jalan-jalan ke zoo negara
bersama sang kuriangku pasti ramai peminat menyerbu mereka mahu
tandatangan...
di zoo pula segala sang pun suka berkawan dengan mereka...
aduh pasti gamat zoo hari itu dengan hiruk pikuk segala sang
meraikan satu pesta kegembiraan kanak-kanak yang tak terhingga! Apa tidaknya yang
berada di pentas 4 Sahabat mengadakan persembahan teater ,"PERSAHABATAN
INDAH SANG KURIANG DENGAN SANG SYIFA, SANG AMSYAR DAN SANG AQMAR"
Mereka berempat mengadakan persembahan yang begitu mantap hinggakan
panggung bangsawan ZOO NEGARA...hiruk pikuk dengan tempukan paling
gemuruh daripada penonton yang terdiri daripada pengunjung zoo dan
segala sang di zoo negara.
Kerana persembahan mereka begitu
mantap dan tidak dapat dilupakan oleh semua yang menonton...KFC telah
sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut Amat meriah sekali.
Haslie Umar Ratu Rimba hahaha.....mantap..memang mantap...cayalah....nanti mat kr jadi pengarah....
Ratu Rimba Niagara Jadi...jangan tak jadi...sebab ratu rimba ni ini penuntut janji....
PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)
Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku perebutan kuasa di
antara Raja Haslie Umar dengan Raja Ahmad Kamal.Raja Ahmad Kamal adalah
sepupu kepada Raja Haslie Umar.
Raja Haslie Umar berkahwin
dengan Permaisuri Atekah. Mereka dikurniakan dua orang putera dan
seorang puteri. Yang tua bernama Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar
dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia sekeluarga.
"Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja menghantar pesanan
kepada sahabat ayahanda Raja Mat Kr di Rimba Niagara untuk menumpangkan
anakanda bertiga di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di
sana...Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda setelah negari
kita aman damai...sekarang dalam kucar kacir...."
Mereka anak
beranak saling berpelukan dan tangis pilu menyelubungi Istana Rimba
Nilam Puri. Permaisuri Atekah mententeramkan tangisan anakanda Puteri
Sang Syifa.
"Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis
ye...nanti bonda datang..." pujuk Permaisuri Atekah sambil memeluk erat
Puteri Sang Syifa dengan tangisan pilu.
Ketika sampai di Istana
Niagara...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan
keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.
Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar,
Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.
Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama
mempelajari ilmu persilatan mereka mahir dalam ilmu persilatan termasuk
juga dengan Puteri Sang Syifa.
Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Haslie Umar dan Permaisuri Atekah ke Istana Rimba Niagara.
Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan
Raja Haslie Umar.
Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisuri Atekah
disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri
Sang Syifa dengan Putera Sang Kuriang.
Genap tiga bulan
mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkawin dengan Putera Sang
Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang
gemilang.
Karya Ratu Rimba Niagara
3 November 2011
Ratu Rimba Niagara Apa pendapatmu duhai Raja Rimba Nilam Puri Raja Haslie Umar
tentang cerita Putera Sang Kuriang (Bahagian III) ini...ok tak...
Haslie Umar terlebih ok wahai ratu rimba semester alam....buat novel pun ok gak...
Ratu Rimba Niagara Iye ke Raja Haslie Umar Raja Rimba Nilam Puri Yang
Gagah Perkasa Yang Mempunyai Putera & Puteri Berjiwa Pahlawan Rakyat
Rimba Nilam Puri...
(PETIKAN NOVEL TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRA SANG KURIANG)
15 April 2013
PANTUN DINOSAUR SAYA BERNAMA DINO
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya Ratu Rimba Niagara
15 April 2013
(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH KANAK-KANAK DI SELURUH DUNIA
MOGA TERHIBUR DAN CERIA TIKA MEMBACANYA TANDA NENDA SAYANG PADA KAMU
SEMUA.... HINGGA KAPANPUN SAYANG SAMA KAMU DI KALA NENDA HIDUP BIARPUN
NENDA SUDAH TIADA DI DUNIA INI LAGI)
Like · · Share · Promote · 20 minutes ago near Kuala Lumpur ·
GAJAH
Karya Ratu Rimba Niagara
"KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH TIBA MASANYA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU."
Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
diadakan. KUBITAK adalah singkatan
nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
dua tahun yang lalu.
Selama sudah dua puluh dua tahun
bermesyuarat agong, pada kali ini
pemilihannya begitu sengit. Ketua
Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
tercabar tetapi pada kali ini benar-
benar tercabar.
Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
tidak ada harapan untuk menang justeru
mereka secara peribadi berjumpa dengan
Ketua Satu KUBITAK.
"Maafkan saya... saya ingin memberikan
cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
amat berharga tanda terima kasihnya kami
terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
KUBITAK.
"Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
walau apapun yang disogokkan. Hamba
berjuang bukanlah kerana material tapi
adalah minat yang terlalu mendalam,"
tegas Ketua Satu KUBITAK.
"Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
ditubuhkan, banyak rungutan daripada
para ahli yang didengari iaitu tiada
membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
berilah peluang kepada ahli lain untuk
menerajuinya."
"Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
hamba yakin hamba boleh menang."
Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.
Desas desus yang didengari bahawa besar
kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
kumpulan binatang lain dari segi material.
Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
kepada ahli-ahli binatang yang lain.
Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.
Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
hampir memakan masa empat puluh lima minit.
"Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.
"Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.
"Engkau agak siapa yang menang?"
"Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
menang mengikut dari ramalan wakil yang
mengundi."
"Engkau tengok sejak dia memerintah selama
dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
menerima cadangan-cadangan para perwakilan
tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."
"Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"
"Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."
"Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
dan menjadi tontonan manusia."
Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
Yang Mulia Merak pula berucap.
Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
sedia membantu jika ada masalah yang hendak
diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.
Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
penyokongnya begitu banyak.
Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah. Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.
Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia diberi bantuan
baik dari segi moral mahupun materiel agar tidak ketinggalan untuk
dikenali sebagai binatang popular.
Itulah janji gajah sekiranya dia menang.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah yang
dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu KUBITAK yang baru.
Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang 42 undi
manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak percaya dengan
keputusan itu. Tapi itulah yang benar. Suasana yang riuh pada awalnya
menjadi muram. Seakan mereka tidak dapat menerima dengan keputusan itu.
Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
Tidak mahu lebih lama.
Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia takut peristiwa ini berulang kembali.
"Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah tak semestinya
ia tewas! Dan yang menang tak semestinya ia berjaya, justeru marilah
kita sama-sama berganding bahu untuk berkerjasama di antara satu sama
lain. Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk menuju
perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada hari ini sebagai
ikhtibar di masa-masa akan datang."
Ketua Satu RASAKSA keluar
dari dewan. Di wajahnya tidak langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa
wartawan dari pelbagai media massa meluru kepadanya.
"Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.
"Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya perubahan," jawabnya tenang.
"Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?" sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"
"Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK walaubagai manapun
idea yang ingin hamba serapkan kepada KUBITAK akan hamba serapkan kepada
RASAKSA juga. Hamba buat begini asalkan dapat mempopularkan
binatang-binatang
Tasik Kenyir keseluruhannya."
Karya Ratu Rimba Niagara
14 April 2013
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
a few seconds ago near Kuala Lumpur
SURAT CADANGAN KEPADA PM MENGENAI ZOO NEGARA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
YAB Perdana Menteri yang disanjungi,
Di sini saya ingin melahirkan rasa dukacita yang amat sangat pabila
diberitahu keadaan sebenar zoo negara. Luahan hati mereka membuatkan
saya merasa sedih . Antara luahan hati mereka itu:
1) Zoo
Negara sudah diswastakan. Bukankah zoo negara adalah aset negara yang
harus dijagai agar rakyat jelata mengasihi haiwan...memahami kehidupan
haiwan di rimba dan dapat memupuk kasih sayang antara alam manusia dan
alam haiwan.
2) Kerana telah diswastakan bayaran yang dikenakan
terlalu mahal. Ini akan membebankan rakyat...rakyat yang tidak
mempunyai wang pasti tidak mampu
hendak pergi ke zoo negara.
3) Haiwan-haiwan yang ada di zoo negara tidak banyak lagi...suasana tidak seceria dulu ketika zoo negara tidak diswastakan.
4) Kerana zoo negara adalah harta dan aset negara makanya saya harap
ZOO NEGARA diambil semula oleh kerajaan ini bagi menggalakkan rakyat
Malaysia berkunjung ke ZOO NEGARA dengan bayaran yang berpatutan .
5) Haiwan-haiwan hendaklah ditambah dan banyakkan aktiviti persembahan
haiwan-haiwan yang telah dijinakkan ini pasti menceriakan hati
pengunjung yang datang terutama kanak-kanak.
Pertimbangan yang
sewajarnya dari Perdana Menteri amatlah diharapkan untuk mengambil
semula ZOO NEGARA...jika tidak mahu diambil semula tukar sahaja nama ZOO
SWASTA .
"DUNIA HAIWAN ADALAH DUNIAKU MENGHARGAI KUNIAAN TUHAN"
Sekian . Terima Kasih.
RATU RIMBA NIAGARA
18 April 2013
(TUJUAN DISIARKAN KARYA INI AGAR KERAJAAN MENGAMBIL ALIH SEMULA ZOO
NEGARA KERANA ZOO NEGARA ADALAH ASET NEGARA RAKYAT MAHU PERTAHANKAN ZOO
NEGARA DENGAN HARAPAN KERAJAAN JUGA DAPAT MENGEKALKAN ZOO NEGARA ADALAH
ASET NEGARA UNTUK DIWARISI KE ANAK CUCU KITA)
0 comments:
Post a Comment