Thursday, 18 April 2013

NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (292) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA Part (9)




Hanya orang yang lemah akan mengalah bila dikeji dan di caci...sebaliknya orang yang hebat akan bertambah kuat apabila orang di luar sana mengata dan mengumpatnya di belakang...dan berusaha memperbaiki dirinya & menerima kritikan musuh-musuhnya dengan positif dengan mencabar dirinya menjadi lebih hebat dan kuat serta membuktikan dirinya bukan selemah yang di sangka walau pon di kritik serta dikeji habis habisan
By: Datuk Mohd Faiz Abdullah Bukhari
2Unlike · ·
  • You, and 22 others like this.

  • Ratu Rimba Niagara SEABADI SYURGA MENANTI

    AKU INGIN BEREHATKAN PENA INI
    SETELAH APA YANG AKU PERJUANGKAN DIPERKENANKAN-NYA

    BERADA DISEBUAH NEGERI
    YANG PENGHUNINYA
    BERAKHLAK PENGHUNI SYURGA
    BERKATA SEMURNI HATI SYURGA
    KATA YANG DILAFAZKAN
    SESEJUK AIR DI KALI SYURGA
    BERCERITA SEMUANYA TENTANG SYURGA ALLAH
    BUKAN SYURGA MATLAMAT HIDUP
    TAPI CINTA DAN REDHA ALLAH YANG INGIN DIFOKUSKAN
    APALAH ERTI HIDUP INI
    JIKA SETIAP AMAL DAN PERKATAAN TIDAK
    SEIRING DENGAN KEHENDAK DIA
    YA DIA KEKASIH PUJAAN SEMUA
    KERANA-NYA KITA SANGGUP KORBANKAN APA SAJA
    TERLARA HATI
    TERKECEWA
    DIDUGA BEGITU HEBAT
    TETAP JUGA REDHA DAN PASRAH
    DIHINA DIKUTUK
    TETAP REDHA DAN PASRAH
    TETAP JUGA BERSANGKA BAIK PADA TAKDIR ILAHI

    MANALAH TAHU DENGAN BELAS KASIHAN-NYA
    AKAN DITEMPATKAN SEBUAH NEGERI
    YANG JAUH DARI HIRUK PIKUK
    GEMA SUARA YANG MELALAIKAN
    DARI TERUS MENGINGATI-NYA

    MATLAMAT HIDUP SEBELUM PERGI KE ALAM BAQA
    BUKAN NAMA YANG DICARI
    BUKAN DARJAT YANG HENDAK DIAGUNG-AGUNGKAN
    BUKAN HARTA BERTIMBUN YANG INGIN DIKUMPULKAN

    CUMA MAHUKAN KETENANGAN IMAN YANG ABADI
    SEABADI SYURGA MENANTI
    IN SHAA ALLAH AAMIIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAHKLUK-NYA

    TERIMA KASIH ATAS KESUDIAAN MENJADI RAKAN FB HAMBA. LAMAN FB HAMBA ADALAH LAMAN SASTERA YANG HAMBA MINATI. MAKANYA SALAH SATU TEMA YANG TERKUMPUL DI LAMAN FB HAMBA INI ADALAH BAHAN-BAHAN
    SEJARAH NENEK MOYANG YANG MAHU HAMBA KARANGKAN BERBENTUK SYAIR ,PANTUN, GURINDAM DAN PUISI. SEBAB ITU SETIAP RAKAN FB HAMBA AMAT BERHARGA DAN PENTING BAGI HAMBA...HAMBA PASTIKAN KEHADIRAN MEREKA SEBAGAI RAKAN FB MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM DUNIA KARYA SASTERA HAMBA. BUKAN TAK MAHU TERIMA RAKAN FB YANG ADD HAMBA ATAU TERPAKSA REMOVEKAN MEREKA TAPI MEMANDANGKAN PEMIKIRAN HAMBA AMAT TERHAD. HAMBA CUMA MAHU MEMFOKUSKAN MATLAMAT KARYA YANG TERBAHAGIA KEPADA PELBAGAI TEMA...
    KETUHANAN
    PEPERANGAN
    INSTITUSI DIRAJA
    KEPAHLAWANAN
    RAKYAT
    KEPUJANGGAAN
    POLITIK TAPI POLITIK YANG MEMBINA
    TUJUAN HAMBA MELANTIK RAKAN FB & GRUP MAHUKAN
    BAHAN-BAHAN BERSANGKUTAN DENGAN MATLAMAT SASTERA
    KOMENTAR YANG BERSANGKUTAN BAHAN YANG DISIARKAN

    JIKA AHLI FB TIDAK MEMBERI APA-APA IMPAK
    MEMANDANGKAN RAKAN FB HAMBA TERLALU TERHAD
    MAKANYA HAMBA TERPAKSA BERUNDUR DIRI
    BUKAN NIAT MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM

    HAMBA CUMA MAHU KOMENTAR YANG BERNAS DAN MANTAP KERANA KOMENTAR TERSEBUT
    AKAN DIBACA OLEH PEMBACA ALAM MAYA DAN BAKAL DITINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU NANTI JADINYA SETIAP KOMEN YANG NEGATIF HARAP DAPAT DIELAKKAN OLEH RAKAN FB DAN GRUP...

    BUDAYA UNTUK MENYEBARKAN FITNAH, KUTUK MENGUTUK, HINA MENGHINA...MENGGUNAKAN BAHASA YANG JELEK LAGI KEJAM....MOHON DIJAUHKAN DARI LAMAN FB HAMBA...

    BAGAIMANA HAMBA HORMAT DAN BERSANGKA BAIK DENGAN SEMUA AHLI GRUP DENGAN HARAPAN SALING BERKONGSI ILMU YANG MEMBERI MANFAAT DUNIA AKHIRAT CUMA ITULAH YANG DIFIKIRKAN....SELAIN DARIPADA ITU MAAFKAN HAMBA......MASA HAMBA UNTUK SANTAI-SANTAIKAN PEMIKIRAN TERLALU TERHAD.

    DUNIA HAMBA ADALAH SASTERA DAN CITA-CITA....
    MAKANYA HANYA MEREKA YANG MEMAHAMI DUNIA HAMBA SAJA YANG BOLEH MENJADI RAKAN FB HAMBA...YANG TAK SUDI MEMAHAMI ....MAAFKAN HAMBA JIKA HAMBA BERLALU PERGI...BUKAN HAMBA TAK SUDI MENERUSKAN PERSAHABATAN ALAM MAYA TAPI TOLONGLAH MAAFKAN HAMBA DAN TOLONGLAH FAHAMI DUNIA HAMBA....KERANA BAGI HAMBA KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN.....BAGI HAMBA ....MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAKHLUK-NYA.

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara RAJA RAKYAT PEMIMPIN TIGA SERANGKAI TAK DAPAT DIPISAHKAN!

    Sejarah adalah sejarah
    Sejarah raja tetap ada di setiap pewarisnya
    Biarpun sudah berkurun lamanya pergi meninggalkan yang hidup

    Tapi darjatnya tetap hidup dihidupkan oleh pewarisnya
    Tapi darjat yang ada bukanlah bertujuan untuk
    Rasa mendabik dada akulah ,
    "Keturunan Raja...
    Darah yang mengalir ditubuhku ini adalah moyangku yang berketurunan raja aku punya segala keistimewaan yang patut
    diakur oleh semua rakyat nusantara...sesiapa yang menderhaka
    akan kena daulatku.."
    Adakah raja begitu yang hendak rakyat sanjung?
    Kerana berdarah raja sewenang-wenangnya memperlekehkan rakyat... sedangkan rakyat selalu menyanjungi institusi diRaja
    setia sesetia Hang Tuah...biarpun dia diperintah dibunuh oleh raja
    tapi tetap setia pada raja kerana tidak mahu menjadi rakyat derhaka.

    Kalau dulu iya daulat raja akan terkena pada rakyat kerana raja yang zalim telah mengaku kesilapannya pada rakyat dan mahu berazam lebih pentingkan rakyat daripada kepentingan sendiri...maknanya raja tersebut telah benar-benar berubah mahu menjadi hamba Allah yang benar-benar soleh ...memiliki kuasa dan darjat untuk membela rakyat dan berbakti kepada rakyat jelata. Rakyat pula hanya akan menyanjungi dan memartabatkan raja yang berjiwa hamba Allah swt...
    yang ego dan sombong suka mengeluarkan bahasa mengherdik, menghina, sombong akan darjat, kekuasaan dan harta yang dimiliki sejujurnya rakyat akan tidak memandang sebelah mata pun pada raja yang sombong.

    Setiap takdir seseorang itu telah tercatat sejak azali.
    Sudah tercatat sejak azali dia bergelar raja biarpun dia bukan keturunan raja
    Raja cumalah gelaran manusia kepada ketua mereka yang digelar raja.
    Raja manusia hanyaLah Allah swt selainnya tidak ada....
    Yang ada di muka bumi ini hanyalah gelaran saja....

    Semuanya boleh menggelarkan dirinya raja...
    tapi jika asalnya berketurunan darah diraja itu adalah tiket
    untuk dia menjadi ketua memerintah rakyatnya
    berkuasa pada rakyatnya bukan untuk menguasai tapi untuk saling
    menyanjungi pengorbanan
    rakyat menyanjungi raja
    raja menyanjungi rakyat
    rakyat membela raja
    raja membela rakyat
    rakyat pula adalah pemimpin
    Pemimpin dan rakyatlah
    yang akan memartabatkan
    Institusi diRaja
    bukan untuk kepentingan raja itu sendiri
    tapi untuk kepenting rakyat seluruhnya
    jika raja faham apa yang dimahukan rakyat
    makanya Institusi diRaja itu dipandang mulia
    dan patut dimartabatkan sepanjang zaman
    barulah sumpah keramat
    Laksamana Hang Tuah...
    TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
    menjadi kenyataan
    dan tak akan berani sesiapa pun memadamkan dalam sejarah melayu
    MELAYU ITU UJUD SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI
    SELAGI DUNIA BELUM QIAMAT
    In Shaa Allah Aamiin

    Makanya
    RAJA PEMIMPIN RAKYAT
    TIGA SERANGKAI YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN
    DARI ALAM NYATA
    KERANA RAJA ITU RAKYAT
    RAKYAT ITU PEMIMPIN
    PEMIMPIN ITU ADALAH KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
    YANG SEIA SEKATA
    SENADA SEIRAMA
    SALING BEKERJASAMA MAHU MENYIAPKAN BEKALAN
    UNTUK DIBAWA PULANG KE NEGERI ABADI
    DAN BEKALAN ITULAH MATLAMAT SEMUA
    YANG BERGELAR KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI

    RATU RIMBA NIAGARA
    16 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara SEORANG RAJA BERJIWA
    HAMBA ALLAH
    MENGUTAMAKAN RAKYAT
    CINTAKAN NEGARA DEMI AGAMA BANGSA DAN ENGARA
    RAKYAT AMAT MENGASIHI BAGINDA...
  • Ratu Rimba Niagara JIKA KAMU SENGAJA MEREJAM PENAKU KURELA BERJUANG TANPAMU

    Bukankah kamu pernah bilang ...penaku bisa menghancurkan alam dan seisinya
    Dan bukankah aku pernah menjawab jika penaku dengan sengaja untuk menghancurkan dunia ini
    Lebih baik aku mati daripada
    hidup.. .. Jangan pernah lupa dengan setiap kata-kata....
    Kerana kau mahu dan sudi meniupkan obor api perjuangan penakulah makanya aku kekalkan kau sebagai pejuang sastera nusantaraku...jika kamu sudah bertukar haluan untuk merejam semula api perjuanganku lebih baik kamu aku ....berjuang tanpamu....

    RATU RIMBA NIAGARA
    16 April 2013
  • Nora Binti Jaamat Aslamulaikum itulah namanya org yg berjaya kental jiwaraga dlm hadapi cabaran
  • Nadia Abdullah perkuat iman, perbanyak ilmu, perteguh peribadi, inshallah..
  • Ratu Rimba Niagara APA YANG MENJADIKAN KAMU BERBEDA DARIPADA DULU DARI SEORANG YANG MENGANGGAP AKU GURUMU SEKARANG DENGAN EGO MENEMPELAK GURUMU SENDIRI...ITULAH YANG MEMBEDANYA KAMU SEKARANG INI ...JIKA KAMU RASA AKU TIDAK LAYAK MENJADI GURUMU LAGI...TERSERAH KEPADA KAMU...
  • Ratu Rimba Niagara LAMAN FBKU ADALAH LAMAN SASTERAKU
    KERJAKU SETIAP HARI MEMERAH OTAK
    JIKA YANG HADIR DI LAMAN SASTRAKU BUKAN
    MEMBERI KOMENTAR YANG KENA MENGENA DENGAN
    TEMA YANG DIUTARAKAN DALAM SASTRA NUSANTARAKU

    SILA MASUKKAN KE INBOX
    KERANA AKU CUMA MAHUKAN KOMENTAR YANG MEMBINA
    BUKAN KOMENTAR YANG MEMBUATKAN OTAKKU BERTAMBAH MEMBERAT
    BOLEH PUTUS OTAK TUH....
    HENDAK MARAHKAN NYAMUK
    JANGAN KELAMBU DIBAKAR
  • Ratu Rimba Niagara SEJARAH SILAM RAJA YANG ZALIM DIPERBETULKAN PADA ZAMAN KINI

    Arjuna Akmaliah seorang raja atau ratu pasti di anugerahi sifat-sifat yang bijak, arif dan selalu penuh santun.bagai mana raja dan ratu mengetahui akan keadaan rakyat nya yang bodoh yang tak
    berilmu pula, rakyat sesekali ingin mendengarkan petuah nya bukan kemarahan nya yang selalu di dapat dari seorang raja dan ratu.
    3 minutes ago · Like

    Ratu Rimba Niagara Jika dalam hati penuh kebencian pada raja atau ratu...apa yang diperbuat semuanya tak kena...buat baik pun dikatakan jahat...buat jahat lagilah jahat....seolah rakyat saja yang betul....cubalah kita mengambil pendekatan saling membetulkan yang khilaf ini...tak habis-habis menunding jari rakyat saja yang betul...raja saja yagn salah...bukankah sejarah raja yagn zalim dulu mahu diperbetulkan oleh generasi sekarang samada raja dan rakyat...ini tidak dendam zaman dulu dibawa hingga ke anak cucu...kalau begitu matilah dalam tulang belulang penuh dengan dendam membara-bara....adakah itu yang hendak kita bawa di alam barzah?

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    17 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara SEBAB ITU KAMU TIDAK DIANGKAT MENJADI RAJA

    Arjuna Akmaliah andai saat ini aku di angkat menjadi raja yang bermahkota, maka akan kusimpan mahkota itu di dalam lemari yang tak mungkin akan buka dan ku pakai lagi. karna manakala aku sematkan mahkota itu
    hatiku akan menjadi kotor karna kebanggan dan penuh dengan kesombongan. lalu.?dapatkah mahkota itu menyelamatkanku dari kehidupan kelak setelah kita mati.

    Ratu Rimba Niagara Sebab itu kamu tidak diangkat menjadi raja...selalu berperasangka kepada raja...sedangkan raja itu adalah Kurniaan dari Ilahi yang kita Syukuri kerana raja ketua yang memakmurkan bumi ini dengan berkembangnya dunia Islam dunia melayu. Jika kamu anti melayu sememangnya nggak suka raja...pikirkan kamu i ni bangsa apa? bangsa melayu rata-ratanya menganuti agama Islam. Menyokong melayu berti menyokong Islam ...

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    17 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara KUNCI TALISIRATURRAHIMI ADALAH KEMAAFAN

    KUNCI MENYAMBUNG TALISIRATURRAHIM ADALAH KEMAAFAN
    DAN JANGAN DIULANGI LAGI KESILAPAN DAHULU
    SALING MENJAGA HATI

    AGAR TALISIRATURAHIM TERSIMPUL MATI
    BAHASA AMAT PENTING DALAM TALISIRATURRAHIMI
    BAHASA SANTUN YANG SENTIASA MENDATANGKAN IMAN MENDENGARNYA
    JIKA BAHASA YANG PASTI MEMBUATKAN YANG MENDENGAR MELEDAK-LEDAK
    HARUSLAH KITA SIMPAN SAJA DI LAUT KALZUM
    BIARLAH JERUNG GERGASI YANG MEMAKAN KATA-KATA ITU
    APAPUN BAHASA YANG INGIN KITA UNGKAPKAN
    PASTIKAN ADA NUR HIDAYAH KASIH YANG MENDENGARNYA
    DAN YANG MENGUNGKAPKAN PUN DAPAT JUGA NUR HIDAYAH ITU
    SAMA-SAMA DAPAT HIDAYAH ITU MATLAMAT KITA BERKOMUNIKASI BIARPUN CUMA DI ALAM MAYA YANG BISU KAKU LESU LESI....
    AGAR KATA-KiTA ITU TAK PERNAH BASI UNTUK DIDENGAR BERULANG-ULANG KALI...
    BEGITULAH HEBATNYA KATA-KATA DARI HATI YANG BERBUNGA IMAN...
    MAKA SAMA-SAMALAH KITA SENTIASA BERBAHASA YANG MENDATANGKAN IMAN
    IMANMU IMANKU MAHU DIPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara KATA-KATA MENGHINA MEMBUNUH OBOR API PERJUANGAN SESUATU BANGSA YANG NIATNYA SUCI HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU.
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    Semua benda ada penciptanya,

    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.

    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    i) Ampun tuanku beribu ampun,
    khilaf patik harap diampun;
    Di setiap karya patik nyatakan,
    Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    1Malaysia sayangkan negaraku.

    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.

    ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara AGAR TALISIRATURRAHIMI SENTIASA MEWANGI BIARPUN DI MUSIM TENGKUJUH

    Tapi di alam maya ini gimana kita hendak tahu seorang itu raja atau pun tidak...
    contoh raja yang tak diiktiraf rakyat dan pemerintah
    tapi masih menggunakan gelaran raja gimana itu


    Bagaimana pula raja yang menyamar?
    Gunakan raja tapi bukan pula keturunan raja

    alam maya semua boleh menyamar
    makanya bila saya berkarya....
    kerana saya tak tahu usul asalnya raja atau pun tidak
    saya bahasakan dalam karya saya...
    pelbagai watak saya, hamba, beta...kita....aku ...awak ...engkau...

    bagaimanakan kedudukan saya...
    adakah saya dikira tak beradap....
    Apapun keadaan kita tak tahu dia raja menyamar, raja betul, raja diiktiraf atau tidak....

    Yang penting kita sentiasa beradap dalam setiap pertuturan kita walaupun dengan siapapun kita bicara dia raja atau orang biasa....
    jika kita berbahasa tak beradap hukum karma akan menjawab dengan bahasa jelek juga. Jika kita tak suka orang berbahasa jelek dengan kita makanya kita jangan berbahasa jelek dengan orang. Setiap orang mempunyai perasaan maka sama-samalah kita menjaga perasan sesama kita agar sentiasa berbahasa santun agar talisiraturrahimi sentiasa mewangi walaupun di musim tengkujuh.

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013
RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN KEJAYAANMU PM

PILIHAN KITA PENENTU GENERASI MASA HADAPAN
PILIHAN KITA PENENTU GENERASI MASA HADAPAN

Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu;
Sudah menjelang tiba PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.

Kuasa rakyat memang berkuasa
rakyatlah yang boleh menentukan parti apa yang bakal
menerajui Malaysia ini.

Jika kita yakin parti yang kita pilih itu boleh membuatkan
kita hidup dalam aman dan sejahtera...itulah parti yang
kita akan pilih tiada siapa yang hendak menghalangnya
kuasa memilih ada di tangan kita...

Sepanjang 55 tahun Malaysia merdeka....
baru sekarang rakyat dapat banyak imbuhan daripda kerajaan
itu pun rakyat masih tidak bersyukur ...
sepatutnya jika sebagai rakyat bersyukur atas pemberiaan
daripada kerajaan...
memanglah pemberian itu adalah duit rakyat
dari rakyat untuk rakyat....
tapi jika kerajaan yang mengendalikan duit rakyat tidak yakin
yang ekonomi negara stabil ...mana mungkin kerajaan mahu memberi bantuan dan apa-apa subsidi kepada rakyat...jika ekonomi tak statbil diberikan juga kepada rakyat , tak sampai 5 tahun negara akan muflis gara-gara ekonomi negara tak stabil tapi mahu menjaga hati rakyat negara jadi mangsa...makanya kerajaan sudah berfikir sedalamnya ekonomi negara sudah stabil sebab itu kerajaan mahu membantu rakyat mengikut kemampuan kerajaan.

Saya pasti bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia secara tidak langsung negara-negara luar akan bertambah yakin dengan Malaysia dengan mahu melabur kepada Malaysia...ini tidak disangkalkan lagi oleh mana-mana pihak.

Bukankah dalam agama menggalakkan jika kita memberi kepada yang memerlukan akan lebih banyak lagi rezeki melimpah ruah...tak pernah ada dalam sejarah dermawan menjadi miskin papa kedana kerana bersedekah.

Jadilah kita hamba Allah yang bersyukur dikurniakan Allah pemimpin yang memahami penderitaan dan kesusahan rakyat...jangan asyik menunding jari ini tak betul itu tak betul...kalau kita rasa kita betul sangat...kita jadilah pemimpin....betulkanlah mana yang tak betul...
sama-samalah kita fikirkan demi kebaikan bersama untuk anak cucu kita ....kita sendiri yang memilih untuk kebahagiaan generasi kita kerana pilihan kita itu adalah takdir generasi kita....bila kita silap membuat pilihan andainya kita sudah mati....pasti tiada harapan untuk kita memulihkan lagi...dan kasihan generasi kita dalam gelap gelita tanpa arah tujuan terpaksa mengharungi hidup tak tahu menuju arah kei mana...dan pastilah negara kita seperti negara komunis tanpa arah tujuan ke mana harus dibawa negara ini pastinya ke arah kehancuran....

Kuasa memilih di tangan kita....
Jika kita rasa Malaysia sejak 55 tahun merdeka masih tak aman dan berada dalam kucar kacir peperangan berlaku sana sini, kebuluran, kemiskinan, pemimpin haprak gila kuasa...berkuasakan kuku besi hinggakan rakyat tidak diendahkan sama sekali...untuk memuaskan hati kita ...kita pilihlah parti mana yang boleh mengamankan Malaysia ini.

Jika kitaa rasa setelah 55 tahun merdeka Malaysia ku ini
Kita dapat beramal dengan aman
mencari rezeki tanpa ada rusuhan kaum berkat ketabahan hati
wira-wira negara yang sentiasa bersiap siaga menjaga keselamatan negara...barisan pemimpin yang sentiasa mendahulukan rakyat daripada kepentingan sendiri....maka kita pilihlah mengikut gerak hati kita yang sedia maklum inginkan kedamaian dan kesejahteraan hidup untuk kita hadiahkan negara yang aman damai lagi diberkati ini kepada generasi akan datang...itulah tanda kasih sayang kita kepada anak cucu kita yang bakal berteduh di bumi Malaysia tercinta.

RATU RIMBA NIAGARA
18 April 2013

KAMI BERSAMAMU PM MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA

KAMI BERSAMAMU PM BAGI MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA MOGA PM TERUS TABAH DAN CEMERLANG DALAM KEMENANGAN PRU KE-13 NANTI. KEMENANGAN PM ADALAH KEMENANGAN UNTUK SELURUH RAKYAT 1MALAYASIA . KAMI RAKYAT MALAYSIA TERHARU DENGAN SEGALA BANTUAN DAN SOKONGAN PEMBELAAN DARIPADA PM UNTUK RAKYAT 1MALAYSIA...PM SELALU INGIN MENGHADIAHKAN SEBUAH SENYUMAN KEHIDUPAN UNTUK KAMI MAKANYA TIBALAH GILIRAN KAMI MAHU MENGHADIAHKAN SEBUAH SENYUMAN UNTUK PM DAN SEMUA JENTERA KEPIMPINAN PM UNTUK TERUS MENERAJUI MALAYSIA INI DENGAN BERKONGSI KUASA ANTARA RAJA PEMIMPIN PAHLAWAN DAN RAKYAT YANG BERJIWA HAMBA-NYA DAN PASTILAH MALAYSIA INI AMAN DAMAI HIDUP DALAM MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT. MALAYSIA DAPAT MENGECAPI KEMERDEKAAN YANG DIWARISI SEJAK TURUN TEMURUN DENGAN RAKYATNYA PELBAGAI KAUM BERSATU HATI MENJAGA KEHARMONIAN HIDUP SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.

RATU RIMBA NIAGARA
18 April 2013

RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN KEJAYAANMU!

Duhai...pahlawanku...
Jangan mudah berputus asa dalam perjuanganmu
Kami di sini sentiasa menyokongmu
Ayuh teruskan perjuanganmu
Rakyat di luar sana menantikan kejayaanmu
Terus.....!!!Terus....!!! Teruskan langkah kepahlawananmu
Kerana kejayaan sedang menantimu...
Kejayaanmu adalah untuk Agama, Rakyat, Pemimpin, Raja & Negara Tercinta!

Karya Ratu Rimba Niagara
18 April 2013
Like ·
  • Ridzuan Rashidi and 3 others like this.
  • Ridzuan Rashidi TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KAMI UCAPKAN.....KEMPEN KESEDARAN TELAH KAMI LAKSANAKAN...TUJUAN UTAMA SEBAGAI KESEDARAN...BUKAN HANYA KAMI SEKUMPULAN.....UNTUK KESEDARAN SEMUA SEKALIAN....BERMULA DARI JAJAHAN PASIR PUTEH KELANTAN...JAJAHAN TAKHLUK LAIN TELAH PUN DILAKSANAKAN...TELAH TERSENARAINYA NAMA PENCALONAN...KINI TIBANYA PENENTUAN PIMPINAN....PILIHLAH PEMIMPIN YANG HATINYA TENANG...INSYAALLAH SELEPAS PILIHAN RAYA SEMUA TUNTUTAN RAKYAT AKAN SESELESAIKAN...AMEEN3...
  • Ratu Rimba Niagara AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
  • Ratu Rimba Niagara Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
    a few seconds ago
    PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

    Transformasi Berjaya,

    Rakyat Sejahtera;
    Hargai Merdeka,
    Sejahtera Malaysia.

    Demi maruah bangsa yang gagah,
    Rela kutempuhi onak dan duri;
    Agar Malaysiaku terus megah,
    Dijajah semula rakyat yang rugi.

    Bekalan warisan anak-anak merdeka,
    Disanjung dipuja setiap masa;
    Semangat patriotik tertanam di jiwa,
    Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.

    Kukuh perpaduan demi 1Malaysia,
    Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
    Mencintai negara terus membara,
    Salam perpaduan penuh keikhlasan.

    Negara maju aman sejahtera,
    Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
    Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

    Aman bahagia rakyat sejahtera,
    Rakyat sepakat dalam perpaduan:
    Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
    Malaysia berada di puncak kejayaan.

    Malaysia perkasa di persada dunia,
    Lambang semangat negara berjaya;
    Rakyat dan Pemimpinnya berubah demi negara,
    Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Misi dan visi 1Malaysia rakyat realisasikan;
    Barulah pemimpin dan rakyat tiada sengketa,
    Negaraku sejahtera dalam keamanan.

    Negaraku sejahtera dalam keamanan,
    Berkat pemerintahan memahami kehendak rakyat;
    Bersatu hati dalam perpaduan,
    Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat.

    Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat,
    Untuk diwarisi zaman berzaman;
    Semua jasa Perdana Menteri tetap di hati rakyat,
    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan.

    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan,
    Pelbagai kaum saling menghormati;
    Kepentingan negara menjadi keutamaan,
    Memadamkan segala kedengkian di hati.

    Memadamkan segala kedengkian di hati,
    Matlamatnya satu biarpun berlain parti;
    Memerintah negara seikhlas hati,
    Demi kerana Malaysia dicintai.

    Demi kerana Malaysia dicintai,
    Yang tua dihormati;
    Yang muda disayangi,
    Barulah aman Malaysiaku ini.

    Barulah aman Malaysiaku ini,
    Pemimpin mementingkan kebajikan rakyatnya;
    Tidak mementingkan diri sendiri,
    Demi kerana negara dan rakyatnya.

    Demi kerana negara dan rakyatnya,
    Perdana Menteri menyeru lakukan transformasi;
    Tranformasi dari akar umbi hingga semua menteri kabinetnya,
    Tranformasi berjaya barulah rakyat berpendapatan tinggi.

    Barulah rakyat berpendapatan tinggi,
    Kehidupan sempurna rakyat sejahtera;
    Jasa pemimpin rakyat hargai,
    Kemajuan negara ke puncak jaya.

    Kemajuan negara ke puncak jaya,
    Rakyatnya gigih membangunkan negara
    Pesat membangun transformasi berjaya,
    Mencipta nama hingga ke antarabangsa.

    Mencipta nama hingga ke antarabangsa,
    Negaraku Malaysia rakyatnya sentosa;
    Hidup aman dan bahagia sentiasa,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

    Merdeka negara mesti dijaga,
    Akan sejahtera kita semua;
    Tutur kata seindah bahasa,
    Barulah negara aman sentosa.

    Pentadbir negara bersatu padu,
    Cemerlang berkerja tidak terburu;
    Lambang utuh ukhwah bersatu,
    Negara makmur negara maju.

    Negara makmur negara maju,
    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu;
    Pemimpin dan rakyat sentiasa berpadu,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu,
    Sanggup berkorban demi memerdekakan negara;
    Generasi pasca merdeka amat terharu,
    Menghargai kemerdekaan sejahtera negara.

    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Pembangunan negara pesat membangun;
    Mercu kejayaan pentadbir negara,
    Malaysiaku maju rakyatnya aman.

    Sanggup terkorban demi memerdekakan negara,
    Lambang patriotik semangat perwira;
    1Malaysia sayangkan negara,
    Jiwa patriotik sentiasa membara.

    Lambang patriotik semangat perwira,
    Jalur semangat gemilanglah bangsa;
    Jalur gemilang tetap dimulia,
    Dipertahankan untuk warisan bangsa.

    Kita anak-anak Malaysia yang gagah,
    Pantang berundur sebelum melangkah;
    Jalur Gemilang berkibar megah,
    Jadikan negara dipandang Gah.

    Demi semangat cintakan negara,
    Jalur Gemilang tak boleh ditukar ganti;
    Lambang kesetiaan rakyat kepada negara,
    Kekal merdeka Malaysia dihormati.

    Kekal merdeka hingga ke akhir zaman,
    Berkat kecintaan rakyat kepada negara;
    Keharmonian negara sejak berzaman,
    Kemajuan negara dipacu terus mara.

    Berkibarlah benderaku penuh bangga,
    Perjuangan dan kesetiaaanmu kami hargai;
    Akan kami pertahankan sepenuh jiwa dan raga,
    Kesetiaan kibaranmu tidak akan kami ragui lagi.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 April 2013

    (PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
    18 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak

    REVOLUSI BERTANJAK

    Revolusi bertanjak

    Raja bertanjak
    Pemimpin bertanjak

    Tak akan berlaku revolusi
    jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

    Suka tak suka
    akan berlaku revolusi
    jika sekiranya
    seluruh rakyat bertanjak
    dan memahkotakan
    tanjak yang terbaik
    bertahtakan
    kekuasaan rakyat memilih
    siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
    dan memartabatkan Raja
    untuk mengukuhkan lagi
    sesebuah negara
    yang sentiasa mengutamakan rakyat
    daripada kepentingan sendiri
    kerana kekuasaan rakyat
    sentiasa dijunjung pada
    tanjak anugerah rakyat
    untuk pemimpin dan Raja
    itulah revolusi yang sebenarnya!
    jika itu terealiti
    makanya
    antara rakyat pemerintah dan Raja
    berpisah tiada
    kerana senada seirama
    memajukan negara
    dalam suasana
    aman harmoni
    tanpa
    mengundang
    ketidakadilan
    dalam memegang tampuk kekuasaan
    kekuasaan adalah milik semua
    dan semua berhak
    untuk hidup dalam
    negara sendiri yang merdeka!
    Revolusilah rakyat
    Revolusilah pemerintah
    Revolusilah Raja
    Revolusilah negara
    Barulah negaraku akan terus merdeka
    Dalam ertikata yang sebenarnya
    Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    18 April 2013

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & DATUK MOHD FAIZ ABDULLAH BUKHARI)
18 April 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;