Thursday, 18 April 2013

NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (290) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA Part (7)




  1. REVOLUSI BERTANJAK

    Revolusi bertanjak
    Raja bertanjak
    Pemimpin bertanjak

    Tak akan berlaku revolusi
    jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

    Suka tak suka
    akan berlaku revolusi
    jika sekiranya
    seluruh rakyat bertanjak
    dan memahkotakan
    tanjak yang terbaik
    bertahtakan
    kekuasaan rakyat memilih
    siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
    dan memartabatkan Raja
    untuk mengukuhkan lagi
    sesebuah negara
    yang sentiasa mengutamakan rakyat
    daripada kepentingan sendiri
    kerana kekuasaan rakyat
    sentiasa dijunjung pada
    tanjak anugerah rakyat
    untuk pemimpin dan Raja
    itulah revolusi yang sebenarnya!
    jika itu terealiti
    makanya
    antara rakyat pemerintah dan Raja
    berpisah tiada
    kerana senada seirama
    memajukan negara
    dalam suasana
    aman harmoni
    tanpa
    mengundang
    ketidakadilan
    dalam memegang tampuk kekuasaan
    kekuasaan adalah milik semua
    dan semua berhak
    untuk hidup dalam
    negara sendiri yang merdeka!
    Revolusilah rakyat
    Revolusilah pemerintah
    Revolusilah Raja
    Revolusilah negara
    Barulah negaraku akan terus merdeka
    Dalam ertikata yang sebenarnya
    Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA)
    (DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13)
    18 April 2013
    Like · · Promote
  2. PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

    Transformasi Berjaya,
    Rakyat Sejahtera;
    Hargai Merdeka,
    Sejahtera Malaysia.

    Demi maruah bangsa yang gagah,
    Rela kutempuhi onak dan duri;
    Agar Malaysiaku terus megah,
    Dijajah semula rakyat yang rugi.

    Bekalan warisan anak-anak merdeka,
    Disanjung dipuja setiap masa;
    Semangat patriotik tertanam di jiwa,
    Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.

    Kukuh perpaduan demi 1Malaysia,
    Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
    Mencintai negara terus membara,
    Salam perpaduan penuh keikhlasan.

    Negara maju aman sejahtera,
    Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
    Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

    Aman bahagia rakyat sejahtera,
    Rakyat sepakat dalam perpaduan:
    Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
    Malaysia berada di puncak kejayaan.

    Malaysia perkasa di persada dunia,
    Lambang semangat negara berjaya;
    Rakyat dan Pemimpinnya berubah demi negara,
    Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Misi dan visi 1Malaysia rakyat realisasikan;
    Barulah pemimpin dan rakyat tiada sengketa,
    Negaraku sejahtera dalam keamanan.

    Negaraku sejahtera dalam keamanan,
    Berkat pemerintahan memahami kehendak rakyat;
    Bersatu hati dalam perpaduan,
    Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat.

    Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat,
    Untuk diwarisi zaman berzaman;
    Semua jasa Perdana Menteri tetap di hati rakyat,
    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan.

    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan,
    Pelbagai kaum saling menghormati;
    Kepentingan negara menjadi keutamaan,
    Memadamkan segala kedengkian di hati.

    Memadamkan segala kedengkian di hati,
    Matlamatnya satu biarpun berlain parti;
    Memerintah negara seikhlas hati,
    Demi kerana Malaysia dicintai.

    Demi kerana Malaysia dicintai,
    Yang tua dihormati;
    Yang muda disayangi,
    Barulah aman Malaysiaku ini.

    Barulah aman Malaysiaku ini,
    Pemimpin mementingkan kebajikan rakyatnya;
    Tidak mementingkan diri sendiri,
    Demi kerana negara dan rakyatnya.

    Demi kerana negara dan rakyatnya,
    Perdana Menteri menyeru lakukan transformasi;
    Tranformasi dari akar umbi hingga semua menteri kabinetnya,
    Tranformasi berjaya barulah rakyat berpendapatan tinggi.

    Barulah rakyat berpendapatan tinggi,
    Kehidupan sempurna rakyat sejahtera;
    Jasa pemimpin rakyat hargai,
    Kemajuan negara ke puncak jaya.

    Kemajuan negara ke puncak jaya,
    Rakyatnya gigih membangunkan negara
    Pesat membangun transformasi berjaya,
    Mencipta nama hingga ke antarabangsa.

    Mencipta nama hingga ke antarabangsa,
    Negaraku Malaysia rakyatnya sentosa;
    Hidup aman dan bahagia sentiasa,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

    Merdeka negara mesti dijaga,
    Akan sejahtera kita semua;
    Tutur kata seindah bahasa,
    Barulah negara aman sentosa.

    Pentadbir negara bersatu padu,
    Cemerlang berkerja tidak terburu;
    Lambang utuh ukhwah bersatu,
    Negara makmur negara maju.

    Negara makmur negara maju,
    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu;
    Pemimpin dan rakyat sentiasa berpadu,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu,
    Sanggup berkorban demi memerdekakan negara;
    Generasi pasca merdeka amat terharu,
    Menghargai kemerdekaan sejahtera negara.

    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Pembangunan negara pesat membangun;
    Mercu kejayaan pentadbir negara,
    Malaysiaku maju rakyatnya aman.

    Sanggup terkorban demi memerdekakan negara,
    Lambang patriotik semangat perwira;
    1Malaysia sayangkan negara,
    Jiwa patriotik sentiasa membara.

    Lambang patriotik semangat perwira,
    Jalur semangat gemilanglah bangsa;
    Jalur gemilang tetap dimulia,
    Dipertahankan untuk warisan bangsa.

    Kita anak-anak Malaysia yang gagah,
    Pantang berundur sebelum melangkah;
    Jalur Gemilang berkibar megah,
    Jadikan negara dipandang Gah.

    Demi semangat cintakan negara,
    Jalur Gemilang tak boleh ditukar ganti;
    Lambang kesetiaan rakyat kepada negara,
    Kekal merdeka Malaysia dihormati.

    Kekal merdeka hingga ke akhir zaman,
    Berkat kecintaan rakyat kepada negara;
    Keharmonian negara sejak berzaman,
    Kemajuan negara dipacu terus mara.

    Berkibarlah benderaku penuh bangga,
    Perjuangan dan kesetiaaanmu kami hargai;
    Akan kami pertahankan sepenuh jiwa dan raga,
    Kesetiaan kibaranmu tidak akan kami ragui lagi.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    18 April 2013
    Like · · Promote
  3. MARILAH SAMA-SAMA FIKIRKAN MASALAH RAKYAT
    AGAR BERSAMA DAPAT JAYAKAN CITA-CITA & HASRAT MURNI

    Duhai rakyat Malaysia yang dikasihi....
    di saat-saat genting begini
    marilah sama-sama kita fikirkan
    masalah rakyat...
    masalah rakyat adalah masalah kita juga
    masalah kita adalah masalah anak cucu kita juga...

    Janganlah kita asyik hendak menunding jari
    kerajaan tak betul
    parti bembangkang yang betul
    kalau sama-sama tak betul
    sama-samalah kita berbetulkan
    bila di hari mengundi nanti
    Kita pilihlah parti mana yang boleh membawa
    arah tuju negara kita yang terarah
    puas hati kan!

    Ini tidak setiap kata-kata baik daripada pemimpin
    samada pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang
    kita cantas habis-habisan
    sudahlah cantas
    kita kutuk pulak sampai KO
    padan dengan muka dia
    adakah itu boleh memuaskan hatimu?
    hina orang
    fitnah orang
    ketawakan orang
    apabila sudah kata mengata akan berlakulah
    perang komunikasi alammaya
    dendam membara-bara
    selepas perang komunikasi alam maya
    pakat ramai-ramai keluar buat rusuhan
    di masa hari mengundi nanti...nauzubillah
    adakah budaya samseng ini yang hendak kita bina?
    jika ini berlaku
    kitalah sendiri perosak bangsa kita sendiri
    dan adakah kita layak tinggal
    di bumi Malaysia yang tak aman lagi
    gara-gara keburukan dan kejahatan hati kita yang tak
    senang hati dengan orang yang ingin buat kebaikan....
    adakah kita terlalu baik sangat untukmenghina kebaikan orang
    jika kita baik sangat apakah sumbangan kita kepada anak bangsa kita dan negara kita?
    jika benarlah kita penyokong parti pembangkang masuk saja semua cadangan kita ke wall pemimpin yang kita sanjungi itu...kemukakan segala cadangan kita untuk rakyat dan negara...itu barulah dinamakan pejuang hak rakyat pembangkang... tak payah sibuk-sibuk mengutuk menghina di wall pemimpin kerajaan yang kita benci....kenapa tak mahu?
    Jika betul kerajaan yang diyakini itu...selepas 5 tahun pembangkang memerintah 5 negeri adakah ada pembaruan adakah pemimpinnya kotakan janji dan rakyat selesa hidup dengan parti pembangkang...cubalah tanya orang melayu di Pulau Pinang...adakah terbela nasib orang melayu?
    jika kita sendiri mahu melihat bangsa kita berpecah belah dan permusuhan dan menimbulkan dendam membara-bara di kalangan hati sesama rakyat Malaysia sebenarnya kita sendirilah pertualang bangsa dan agama. Jika negara kita ini huru hara salahkan diri sendiri dan pasti anak cucumu akan tidak mengaku kamu moyang mereka kerana pendehaka kepada anak cucu sendiri....
    Pengkhianat di luar sana menunggu kemusnahan kita...amat malanglah kita juga mengjadi pengkhianat bangsa kita sendiri
    pengkhianat anak cucu kita sendiri.....daripada hidup lebih baik mati jika begitu.....kerana kita sendiri yang memilih untuk kedamaian bumi ini atau kemusnahan.....
    saya yakin semua mahu memilih kedamaian kerana kedamaian adalah lambang ketenangan jiwa untuk menumpang di bumi Allah ini agar mati pun dalam tenang juga tika bertemu dengan-Nya...
    In Shaa Allah AAmiin.

    Jika anda mahu komen karya ini pastikan komen yang positif jika tujuan untuk menyakitkan hati si pembacanya harap lupakan...kerana sudah pastilah andalah si pengkhinat bangsa dan negara anda sendiri...hidup melayu penuh dengan budi pekerti luhur...sentiasalah bersantun bila bicara setiap kali mengutarakan pendapat anda....pendapat anda melambangkan pemikiran anda samada anda seorang penghianat bangsa ataupun tidak....
    moga anda selalu menuangkan pendapat yang boleh diterima lojik akal bukan macam orang tak ada akal....kitakan manusia.....yang diberi Allah kelebihan darjat ytang tinggi jika dibandingkan dengan haiwan. Kita dikurniakan akal maka gunakanlah akalmu sebaik mungkin In Shaa Allah diberkati akal kita nanti. AAmiiin.

    Ratu Rimba Niagara
    18 April 2013
    Like · · Promote

  4. Saya telah melancarkan Manifesto Barisan Nasional Selangor semalam, yang dianggap sebagai Aku Janji kami kepada rakyat di negeri Selangor. Dalam manifesto itu, ia mengandungi tujuh teras iaitu masa depan lebih cerah, masyarakat lebih prihatin, kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera, perumahan mampu milik, menjadikan Selangor lebih inovatif, Selangor lebih progresif serta Selangor yang lebih mesra alam. Ia adalah komitmen kami di BN kepada rakyat Selangor untuk lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kerajaan negeri Selangor. Saya harap rakyat Selangor dapat memberi sokongan kepada kami pada pilihan raya umum ke-13 akan datang agar kita dapat sama-sama memastikan kemajuan di negeri Selangor yang kita cintai ini terus berkekalan.

  5. Senarai calon yang akan mewakili Barisan Nasional di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti kebanyakkannya adalah muka baru. Mereka ini adalah wakil BN Baru yang akan mendokong prinsip transformasi kami sekali gus menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang lebih baik berbanding sebelum ini. Malam ini, saya akan melancarkan manifesto untuk negeri Selangor yang menjanjikan kehidupan lebih baik buat rakyat berbilang kaum di Selangor. Marilah kita sama-sama bertindak untuk kemajuan Selangor yang berterusan.



Kerajaan Barisan Nasional menyedari usaha pemuliharaan sumber semulajadi perlu dilakukan secara kolektif oleh semua pihak. Masanya sudah tiba untuk membina cara pemikiran yang baru dikalangan rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil kira keselamatan dan kemakmuran alam semulajadi.

Sila kongsikan infografik ini bersama rakan-rakan anda. Untuk maklumat terperinci mengenai Manifesto Barisan Nasional, layari www.1Malaysia.com.my/manifesto
Sebentar tadi, saya telah melancarkan Suara Generasiku di Bukit Jalil. Suara Generasiku diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan platform kepada generasi muda di negara ini untuk menyuarakan pandangan mereka menerusi program 1Malaysia For Youth (1M4U). Kami di Barisan Nasional sedar bahawa pemikiran kritis dan kreatif yang ada pada generasi muda hari ini perlu dimanfaatkan untuk kebaikan masa depan negara kita.


Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
a few seconds ago near Kuala Lumpur

SURAT CADANGAN KEPADA PM MENGENAI ZOO NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

YAB Perdana Menteri yang disnjungi,

Di sini saya ingin melahirkan rasa dukacita yang amat sangat pabila diberitahu keadaan sebenar zoo negara. Luahan hati mereka membuatkan saya merasa sedih . Antara luahan hati mereka itu:

1) Zoo Negara sudah diswastakan. Bukankah zoo negara adalah aset negara yang harus dijagai agar rakyat jelata mesa alam...memahami kehidupan haiwan di rimba dan dapat memupuk kasih sayang antara alam manusia dan alam haiwan.

2) Kerana telah diswastakan bayaran yang dikenakan terlalu mahal. Ini akan membebankan rakyat...rakyat yang tidak mempunyai wang pasti tidak mampu
hendak pergi ke zoo negara.

3) Haiwan-haiwan yang ada di zoo negara tidak banyak lagi...suasana tidak seceria dulu ketika zoo negara tidak diswastakan.

4) Kerana zoo negara adalah harta dan aset negara makanya saya harap ZOO NEGARA diambil semula oleh kerajaan ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke ZOO NEGARA dengan bayaran yang berpatutan .

5) Haiwan-haiwan hendaklah ditambah dan banyakkan aktiviti persembahan haiwan-haiwan yang telah dijinakkan ini pasti menceriakan hati pengunjung yang datang terutama kanak-kanak.

Pertimbangan yang sewajarnya dari Perdana Menteri amatlah diharapkan untuk mengambil semula ZOO NEGARA...jika tidak mahu diambil semula tukar sahaja nama ZOO SWASTA .

"DUNIA HAIWAN ADALAH DUNIAKU MENGHARGAI KUNIAAN TUHAN"

Sekian . Wassallam.

RATU RIMBA NIAGARA
18 April 2013




(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
18 April 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;