-
-
Menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan adalah
tidak logik? Ini adalah penjelasan bagaimana kerajaan BN merancang untuk
mencapainya. Bagaimana dengan "mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan" di
dalam Manifesto PR? Apa penjelasan mengenai langka...See More
Sebentar tadi, saya telah melancarkan Suara
Generasiku di Bukit Jalil. Suara Generasiku diperkenalkan bertujuan
untuk menyediakan platform kepada generasi muda di negara ini untuk
menyuarakan pandangan mereka menerusi program 1Malaysia For Youth
(1M4U). Kami di Barisan Nasional sedar bahawa pemikiran kritis dan
kreatif yang ada pada generasi muda hari ini perlu dimanfaatkan untuk
kebaikan masa depan negara kita.
SUARA GENERASIKU CITAMU CITAKU
MENGGAPAI BINTANG KEJORA
GENARASIKU SUARAMU AMAT BERHARGA
TERLALU BERNILAI
LEBIH BERNILAI DARIPADA PERMATA BERHARGA
LUAHKAN APA YANG TERSIRAT DI HATIMU
BAGAIMANA AKU BOLEH MEMBANTUMU
MENGGAPAI BINTANG KEJORA
JIKA KAMU LUAHKAN APA YANG KAMU CITAKAN
PASTI BINTANG KEJORA ITU MILIKMU MILIKKU
KERANA KAMU ADALAH ESET NEGARA
SUDILAH BERSAMAKU
KERANA AKU MAHU MEMBANTUMU SEDAYA MAMPUKU
AKU SAYANG KAMU GENERASIKU
KERANA TANPAMU
IBU PERTIWI INI
BERGERHANA
SEGERHANA HATIMU YANG PUTUS ASA ATAS SEGALA CITAMU
AYUH MARI BERSAMAKU
KITA JAYAKAN SAMA-SAMA CITA-CITAMU ITU
AGAR SATU DUNIA INI TAHU
KAULAH NADI DAN NYAWA UNTUK IBU PERTIWI
AYUH KITA BERSAMA JAYAKAN CITA MURNIMU ITU
DI MANA ADA KEMAHUAN
DI SITU ADA JALAN
BERSUARALAH BERSUARALAH BERSUARALAH
KAMI SEDIA MENDENGAR
MENDENGAR MENDENGAR MENDENGAR
MENGHAYATI
MEMAHAMI SETIAP APA YANG KAU SUARAKAN
AKAN KAMI REALISASIKAN
KERANA IMPIANMU ADALAH IMPIANKU
IMPIAN IBU PERTIWI TERCINTA...
RATU RIMBA NIAGARA
17 April 2013
PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA
Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
Maju negara kerana belia positif,
Belia cemerlang itulah yang dihajati.
Hari belia disambut penuh gemilang,
Belia gembira pergi ke sana;
Pergi ke sana merebut peluang,
Masa depan tercerna negara terbina.
Program diatur mengikut citarasa belia.
Asalkan belia jadi cemerlang;
Program diatur dikawal selia,
Agar belia terus gemilang.
Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
Untuk memperingati belia berjasa;
Sayangkan belia sayangkan negara,
Pemimpin hargai setiap belia.
Hari ini belia diraikan,
Dalam suasana penuh ceria;
Jasamu belia tidak dilupakan,
Kerana dirimu harapan negara.
Pelbagai program di hari belia,
Hingga belia rasa teruja;
Tiada belia rasa kecewa,
Kerana minat belia semuanya ada.
Wajah belia berseri-seri,
Belia negara raikan hari belia;
Usaha belia tetap dihargai,
Kerana dirimu harapan negara.
Di hari belia mendapat ilham,
Mendapat ilham menjadi ahli belia;
Di usia muda melabur saham,
Agar tak rugi di hari tua.
Bila menjadi ahli belia,
Hidup berubah merebut peluang;
Belia kreatif majulah negara,
Belia cemerlang negara terbilang.
Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
Ingin membangunkan belia Malaysia;
Program dianjurkan dengan jaya,
Cemerlang belia untuk negara.
Belia produktif negara cemerlang,
Usaha dibina atas keringat;
Jasamu menteri takkan hilang,
Ke mana kau pergi terus diingat.
Bertuahnya hidup belia Malaysia,
Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
Rebutlah peluang selagi ada,
Pastinya dikau menempa kejayaan.
Negara lahirkan ahli sukan,
Ramai sudah menjadi ternama;
Di mata dunia mengharumkan nama negara,
Pingat dirangkul negara berbangga.
Belia bersukan belia cergas,
Segala aktiviti berjalan lancar;
Belia lemah patut bertegas,
Wajah berseri terus terpancar.
Belia digalak aktif bersukan,
Badan sihat minda cergas;
Mahu berjaya tiada alasan,
Tetapkan matlamat biar jelas.
Belia aktif kerana mendapat sokongan,
Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
Belia lemah terus ada kemajuan,
Diberi galakan juga bantuan.
Belia dan kerajaan saling memerlukan,
Kerana belia tiang negara;
Belia berkualiti lagi berwawasan,
Pastinya cemerlang belia 1Malaysia.
Tanpamu menteri siapalah belia,
Harapan belia terpikul di bahumu;
Jasamu menteri tidak dilupa,
Akan dihargai bila bertemu.
Belia kreatif penentu pembangunan negara,
Negara terus gilang gemilang;
Majulah belia majulah negara,
Tercipta sudah belia cemerlang.
Sukanya hati belia berjaya,
Keluarga tersayang turut gembira;
Semuanya gembira tidak terkira,
Kerana belia harapan negara.
Puisi Belia Harapan Negara
Beliaku…
Negara perlukanmu…
Justeru… Bangunlah dari lenamu…
Sedarlah dari lekamu…
Sedarlah dari lalaimu..
Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!
Jangan ada rasa rendah diri…
Jangan ada rasa kecewa…
Berubahlah demi…
Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti.
Aku percaya kau boleh berjaya…
Jika semangat kentalmu datang…
Aku menantimu di sini…
Bersama azammu untuk berjaya…
Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia.
Segalanya akan berubah! Percayalah!
Kerana kau adalah harapan negara!
Karya: Ratu Rimba Niagara
15 Mei 2012
(Sempena Hari Belia Negara )
INDAHNYA TAKDIR SULTAN MELAKA MANGKAT TANPA DARJAT KUASA & HARTA
MOGA SYURGALAH TEMPATNYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
"ALLAHU AKBAR SYUKUR KAMI PADA-MU YA ALLAH MENGURNIAKAN SULTAN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN KAMI DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI....
"DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAUALAT TUANKU!"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 April 2013
Like · · Unfollow Post · April 9 at 4:33pm
Redzuan Bengkeng and 6 others like this.
Mohd Sani Parmon makam sultan melaka yg terakhir telah saya
pergi...melaka yg di kenali kerana kesultananya tapi akhirnya tidak
bersultan...dan...hanya beberapa sultan yg masih berdaulat di tanah
melayu ini...
Ratu Rimba Niagara akan wujudkah sultan melaka?
warisnya di mana menghilang dan adakah sultan melaka berjiwa pahlawan
juga ye...jika tahu sudilah ceritakan pada hamba...sekadar ingin tahu
.....
Mohd Sani Parmon saya bukanlah ahli sufi mahupun pengkaji
sejarah...cuma salah seoarang peminat sejarah dan keilmuan
melayu...saya rasa tiada akan wujud lg sultan melaka..yg tinggal
hanyalah fakta sejarah...seringkali kita kaitkan sultan berjiwa
rakyat...tapi pada dasarnya,zaman lampau jika kita berkuasa dan
berpengaruh,maka kita adalah penakluk...contohnya spt yang Ratu Rimba
Niagara nyatakan...sultan melaka berjiwa rakyat,pada saya di sebalik
fakta yg Ratu Rimba Niagara nyatakan ada benar n ada yg
bercanggah...misalnya...sultan melaka membatalkan perkahwinan di saat
akhir persiapan,bertapa aibnya pihak perempuan di mana perkahwinan yg di
agung2 kan di batalkan..kerana kuasa penakluk,sultan membatalkan dgn
sewenag2 nya..tampa memikirkan pihak yg lain..dan yg paling menduka
citakan sultan pergunakan rakyat jelata untuk kepentingan
sendiri..korbankan rakyat jelata untuk memenuhi syarat yg di
tetapkan..sehingakan ramai rakyat jelata yg terkorban dan berpecah
belah...sedangkan syarat puteri gunung ledang itu sedia maklum adalah
untuk menguji sultan melaka..dan akhirnya sultan melaka x dapat memenuhi
syarat yg di tetapkan.."sanggup mahu membunuh anaknda nya sendiri
"untuk setempurung darah ! kerana nafsu serakah dan kuasa penaklukan
sultan menjadi angkuh...sultan menyesali setelah ramai rakyat terkorban
dan berpecah belah..adakah nyawa dan keamanan rakyat itu tidak bernilai ?
tentang pewaris...saya belum pernah dengar ttg pewaris sultan
melaka...walaupun banyak tempat2 yg boleh di katakan sangat rapat ttg
sejarah keperlawahnan melayu saya lingkari...sultan melaka tidak berjiwa
pahlawan..hanya bersandarkan hang tuah,sultan bermegah..walau bagai
manapun saya lebih menyokong hang jebat..kerana dia berjiwa pahlawan
sejati..menegakan keadilan...berjuang kerana khabarnya tuah di
bunuh..tampa usul periksa yg waras oleh sultan melaka..saya yakin jebat x
bersalah dgn amukan yg di lakukan..kerana sahabatnya di bunuh tampa
usul periksa yg sahih...tapi sayangnya dia di bunuh oleh tuah
sendiri...sedangkan dia mahukan keadilan yg khabarnya tuah di bunuh dgn
arah sultan yg kejam dan gila kuasa...umpama melepaskan "anjing
tersepit,diri sendiri di gigit"
Mohd Sani Parmon saya pula bertanya pd Ratu Rimba Niagara..adakah hang tuah itu pahlawan sejati ?
Ratu Rimba Niagara kalau nak tahu Hang Tuah Pahlawan Sejati...kerana
hamba ini adalah pewaris Pahlawan Hang Tuah....sebab apa...hamba
menyahut cabarannya iaitu .'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA....!!'
sejujurnya hamba bukanlah seorang yang sri kandi berjiwa pahlawan...tapi
kerana setiap kali hamba mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah tak
akan hilang melayu di dunia....hamba
mengarang...mengarang...mengarang...puluhan tahun hamba mengarang hingga
sekarang....pelbagai tema yang hamba karangkan semua tema ada...tapi
tiada seorang pun yang mahu menyokong perjuangan hamba....hamba berjuang
kesendirian...biarpun hamba cuba membuka ruang kepada raja, pahlawan,
perwira,laksamana, tentera, pemimpin, dengan menalantik mereka sebagai
rakan fb hamba...tapi mereka terus membisukan ide mereka dan dilantik
sebagai rakan fb mahu pun grup sekadar pepatung bisu yang tak mahu
menyokong atau memberi apa pun ide yang bernas pada dunia sastra
nusantara hamba....yang sedihnya mereka sudahlah tak menyokong tapi
mengutuk menghina hamba seperti hamba ini tak punya perasaan seperti
robot...makanya hamba terus removekan mereka sebagai rakan fb
hamba....kerana tak memberi apa-apa impak dalam dunia sastra nusantara
hamba. Setiap rakan fb hamba adalah pejuang karya sastra nusantara
hamba...jika mereka tidak sudi makanya hamba tiada masa untuk menanti
lagi. Begitu tegasnya hamba dalam memartabatkan karya nusantara hamba
sendiri.
Berkat hamba sabar mendapatkan bahan-bahan sastra
nusantara biarpun terluka hati dan dihina ...hamba relakan kerana ini
jalan yang hamba pilih....di sini hamba petik daripada kisah-kisah benar
Hang Tuah yang setia kepada raja tapi tetap dihalau oleh raja seperti
anjing kurap...saksikan dan hayati setiap baris ayat yang ingin
dikisahkan ini...agar kamu tahu akulah pewaris Laksamana Hang
Tuah...kerana aku mahu menyahut cabarannya, "TAK AKAN HILANG MELAYU DI
DUNIA'
Mohd Sani Parmon dalam keilmuan kebatinan,jurusan,buah
pukul dan lain2..sampailah ke zaman kiai salleh atau nama lainya guru
salleh yg memartabatkan "selendang merah" sesuatu yg sering di ingatkan
dalam keilmuan melayu..JANGAN SESEKALI KITA MENGAMBIL APAPUN DARI PIHAK
LAWAN ATAU PIHAK MUSUH TERUTAMA SEJATANYA ! itu klue dari saya...*pada
saya hang tuah bukanlah pahlawan sejati..kenapa ? hang tuah bukanlah
hebat seperti yg di gembarkan...pertama,dia telah mengambil keris
PANGLIMA TAMING SARI dari MAJAPAHIT..yg ketika itu mereka sedang beradu
tenaga..tindakan itu boleh di anggap BACUL ! kerana mengambil senjata
pihak lawan...sedangkan pada masa itu hang tuah sedang di awangan
kekalahan..lantas akan memalukan tanah MELAKA..kerana hang tuah yg pada
masa itu sering di perkatakan hebat,handal..padahal ramai lagi pahlawan
yg handal2...kehebatan hang tuah hanya ketika keris TAMING SARI di
tanganya...buktinya ketika dia berdebat dgn hang jebat...betapa lemahnya
dia...dan tindakan jebat yg mulia dan pendekar sejati menyerahkan
TAMING SARI pd hang tuah semula...kerana hang jebat sedar TAMING SARI
bukanlah miliknya...walaupun dia tahu dia akan kalah seandainya dia
menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah..tapi..itulah yg di namakan
PENDEKAR SEJATI..kalau hang tuah setia pd sultan,apakah yg dia lakukan
terhadap DANG ANUM sebelum dia menyerahkan DANG ANUM pada sultan MELAKA
?apakah itu yg di namakan setia atau setia kerana nama sahaja?agar di
agung2kan ?..dalam riwayat,KERIS TAMING SARI telah tuah buang ke
sungai..dan bersumpah takan hilang melayu di bumi..akan wujud hang tuah
bila timbulnya KERIS TAMING SARI..tapi kenapa KERIS TAMING SARI di
gunakan setiap kali PERTABALAN YG DI PERTUAN AGONG ?termasuk agong yg
terbaru yg sebagai sultan KEDAH ? dan setahu saya KERIS TAMING SARI di
simpan di istana NEGERI PERAK !pada saya fakta sejarah yg di tokok
tambah..mengarut...sedahgkan pakara yg berlaku tidaklah sehebat
mana...*saya bukanlah keturunan para pendekar,ataupun pahlawan..tapi
sama keturunan dgn WALI SONGO yg telah mengislamkan JAWA..harap Ratu
Rimba Niagara..kaji semula dan mendalami semula fakta sejarah,mana yg
benar,mana yg di tokok tambah dan mana yg mengarut..SEBENARNYA YG
MEMBANTU DAN MENYELAMATKAN TANAH MELAYU DARI PENJAJAH ADALAH "ACEH DAN
MAJAPAHIT"
4 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara saya mahu
tanya mohd Sani Parmon....adakah Hang Tuah itu kisah benar atau kisah
dongengan melayu zaman purba?
Mohd Sani Parmon Ratu Rimba
Niagara..hang tuah adalah kisah benar dan sahabat2nya juga juga
benar..penuh misteri dan konspirasi...tapi sebenar yg berlaku banyak yg
telah di tokok tambah..walaupun yg di tokok tambah itu ada yg benar dan
terlalu banyak yg hanya cerita dusta..
Ratu Rimba Niagara kerna
ada yang kata dongengan kalau benar pastilah Raja melaka ada sampai
sekarang...tapi hingga kini tiada....
tapi apapun kisah ini samada benar atau pun tidak....
kita sebagai hamba-Nya kena percaya qada & qadar
takdir setiap hamba-Nya....
telah ditakdirkan Malaysia ini punyai Raja-Raja
dan telah ditakdirkan melaka tidak beraja walaupun awalnya beraja...
itulah takdir yang setiap daripada kita harus yakin
jika kita pertikaikan takdir Allah
lho boleh jadi kita ini tergolong dari hamba-Nya yang kufur...nauzubillah....
Ratu Rimba Niagara TELAH DITAKDIRKAN SAYA DAN KAMU UNTUK MEMBAHASKAN ISU TAMING SARI & HANG TUAH....
KERANA SETIAP KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL ITULAH TAKDIR KITA
SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PENGATUR TAKDIR YANG SEMPURNA UNTUK SETIAP
HAMBA-NYA CUMA-NYA KITA SEMUA JANGAN SEKALI PERTIKAIKAN TAKDIR YANG
TELAH DITAKDIRKAN...JIKA KITA PERTIKAIKAN BERARTI KITA TIDAK REDHA AKAN
TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN.
Mohd Sani Parmon antara Sultan
melaka dan Hang tuah tiada hubung kait kecuali hubungan antara sultan
dan panglima..maksudnya tuah bukanlah berdarah sultam melaka...makam
sultan melaka yg terakhir berada Di KAMPUNG RAJA PAGOH JOHOR..cuba2 lah
lawati kalau ada kesempatan dan andai berminat mencari bukti..seperti
saya mendalami keilmuan melayu satu masa dulu..sultan melarikan diri ke
pagoh ketika patugis menyerang melaka dan beliau mangakt di pagoh lantas
di kebumikan di tepi satu surau di kampung raja tersebut..tapi kenapa
seoarang sultan di kebumikan hanya di tepi surau ? jawapanya dia mangkat
bukan di negeri melaka tapi di tanah johor..
Mohd Sani Parmon
JANGAN HANYA BERSERAH PADA TAKDIR..KERNA TAKDIR ITU SUNGGUH KEJAM
!SEBABNYA TAKDIR TIADA PUNYA DAYA RASA..TIADA PUNYA RASA SEDIH,GEMBIRA
ATAUPUN MARAH..YANG MENGHADAPI KITA SENDIRI..SUKA MAHUPUN TIDAK KITA
AKAN MENERIMANYA...KECUALI KITA BERUSAHA TIADAAKAN TADIR YG MALANG PERGI
KE KITA..DAN ALLAH ITU TELAH BERKATA 'TIADA AKAN BERUBAH NASIB SESEUMAT
KECUALI UMAT ITU BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI..DAN ITULAH
TAKDIRNYA UNTUK UMAT ITU "
Ratu Rimba Niagara ITULAH TAKDIRNYA
MEMBUKTIKAN SULTAN SUDAH MUHASABAH DIRI MANGKAT DALAM HATI SUCI TANPA
MEMIKIRKAN DARJAT DAN KUASA LAGI...SUBHANALLAH INDAH-NYA
TAKDIR...BIARPUN TIDAK BERGELAR RAJA TAPI BERGELAR HAMBA ALLAH YANG MAHU
PULANG KE PANGKUAN-NYA DALAM HATI YANG SUCI BERSIH DAN TENANG MOGA
SYURGALAH TEMPATNYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
(PETIKAN DARIPADA WALL KERAJAAN RIMBA NIAGARA UNTUK TATAPAN RAKYAT JELATA YANG CINTAKAN BUMI ALLAH AZZAWAJALLAH)
13 April 2013
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
17 April 2013
WWW
0 comments:
Post a Comment