Monday, 12 December 2011

KEJORA HADIRMU KUSYUKURI DALAM SUJUDKU

KEJORA SENYUM PADAKU


ingin kupetik bintang kejora
untuk menerangi kegelapanku
kukumpul segala kudrat
untuk memetik bintang kejora
jutaan bintang kejora senyum padaku
setia menunggu kedatanganku
apalah dayaku untuk ke sana

dalam mimpi aku ke sana
berkejaran dengan bintang kejora
saling silau menyilau kerdipannya

di alam realiti bintang kejora
bertaburan di sekelilingku
Syukurku atas kurniaNya

Karya Rha NS
29 Jun 2011
· · Yesterday at 5:57pm

    • Lina Mohamad Lin Dalam anganan, kuingin selalu ingin mencapai bintang kejora nun jauh di langit tinggi bak menggapai cinta tak pernah kulepaskannya...
      23 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Itulah cinta seutuhnya....
      Seikhlas hati terima apa adanya...
      22 hours ago · · 1


  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    12 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;