Sunday, 11 December 2011

HIDUPKAN KEMBALI WAJAH ALAM INI DENGAN REDHA DAN BELASKASIHMU YA RABB...KAMI MOHON



Lina Mohamad Lin

Awal pagi ini, lngit seakan masih bersedih ekoran gerhana bulan semalam. Kulihat langit berawan tebal kelabu berkeladak. Dedaunan pohon kelapa di belakang rumah dan dedaunan bunga di laman hadapan rumah terliuk lintuk dihembus bayu longlai tak berseri. Gerhana berlalulah cepat, hidupkan kembali wajah alam ini dengan redha dan belaskasihMu ya Rabb...kami mohon.
· · 13 hours ago ·

  • You and 5 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali
      Gerhana datang adalah atas kehendak PenciptaNya
      yang mahu menunjukkan KebesaranNya
      yang mahu membuktikan segala di langit di bumi patuh pada PenciptaNya
      Beruntunglah sesiapa yang menyaksikan keindahan langit di malam itu
      Kebesaran Tuhan diperlihatkan di depan mata
      Selepas gerhana berlalu pergi kesannya masih ada menandakan bulan masih lagi bersedih dalam kesyukuran...berkat redhanya itu dengan belaskasihNya Tuhan ...akan muncul pelangi indah mengindahkan lagi suasana langit yang menghapus duka bulan yang bersedih! Gerhana kau muncul untuk menginsafkan semua...
      dan pelangi muncullah dikau untuk menghapus duka lara rang bulan!
      Semuanya atas kehendakNya
      Semuanya atas keizinanNya
      8 hours ago · · 2
    • Lina Mohamad Lin Sis Rabeah Mohd Ali: Terima kasih puisinya...indah syahdu.
      10 minutes ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kepadamu duhai sahabatku kerana kaulah pencetus ilhamku untuk berkarya. Moga Allah membalas budi baikmu.
      5 minutes ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL LINA MOHAMAD LIN)
    11 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;