Salah satu aksi & teknik efek ditampilkan dalam babak teater "Jalan Ke Syurga" Grup Teater Ngoncong yang dipentaskan pada 3 Disember 2011, bertempat di Balai Budaya, DBP, Anjuran JKKN Sarawak dengan kerjasama DBP & MANTERA. Alhamdulillah... Program Pementasan Teater Berkala Sarawak semuanya berjalan dengan lancar dan berkesan dengan adanya kerjasama yang erat oleh tenaga produksi teater serta semua pihak yang terlibat secara langsung @ tidak langsung. Apa yang ingin kita kongsikan bersama ialah tujuan program pementasan Teater Berkala Sarawak di buat adalah untuk mengangkat & memartabatkan teater di Malaysia, khususnya di Negeri Sarawak. Diantara tujuannya adalah seperti berikut :— with Chiew Ta Hua and 47 others.
Menyediakan ruang kepada ahli-ahli kumpulan sebagai satu media seni yang dapat menyalurkan mesej yang boleh menyedarkan masyarakat dengan berbagai persoalan hidup manusia melalui pementasan teater.
Menggarap kepekaan terhadap keperluan persekitaran, yang diharap dapat mendidik generasi muda ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan berbudi pekerti mulia.
Menyedarkan masyarakat tentang pelbagai matlumat dan informasi yang boleh disampaikan dalam sesebuah pementasan agar dapat digunakan ke dalam kehidupan yang sebenar.
Melahirkan dan mengiatkan bakat baru melalui penglibatan mereka dalam apa juga kegiatan teater demi untuk membangunkan seni teater tanah air, terutamanya di negeri Sarawak disamping meluaskan khalayak teater itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment