Orang gaji bunda Fatimah namanya Suri
Berasal dari IndonesiaSeorang yang sangat rajin
Hinggakan semua sukakannya
Seorang yang kelakar juga
Ada saja watak lucu yang mengelikan hati semua
Kalau bersama dia tak tergelak tak sah mesti tergelak punya
hingga tak larat nak gelak...
Minggu lepas aku balik kampung
Biasalah kalau balik bunda Fatimah mesti ajak Zana keluar
beli apa yang disukanya dan bersiar di pantai...
Zana cucu kesayangan bunda Fatimah
Tapi petang tu ribut dan hujan renyai-renyai
"Nenek...tak payah pergilah nenek...pantai tu ribut..."
"Suri...nenek tu tak boleh nak dilarang...ribut ke taufan ke...
kang dengan engkau-engkau dilambungnya..." Zana tergelak...Suri pun tergelak...
Suri ada mengadu pada bunda Fatimah yang jiran bunda Fatimah yang terdiri
daripada warga Indonesia juga ada beritahunya.
Bunda Fatimah bertanya dengan jirannya itu.
"Ini ....aku nak tanya....kenapa kata pada si Suri engkau belum kenal
siapa keluarganya lagi...kenapa...di kubur tu dah berapa ramai orang
keluarga aku bunuh? Ha...engkau jangan nak mengapikan si Suri
kalau dia berhenti....aku cari engkau...duit anak aku dah habis dekat RM7,000.00
kalau engkau nak ganti duit tu...ha...engkau apikan dia biar lari..." Marah bunda
Fatimah yang tak dapat dibendung lagi. Senyap jiran tak terkata apa-apa sambil
memandang Suri seakan mahu ditelannya.
(Bersambung)
0 comments:
Post a Comment