Sunday, 11 December 2011

SUBUH TAK PERNAH GERHANA; BULAN PUN TAK PERNAH BICARA

  • GERHANA

    Subuh tak pernah gerhana; bulan pun tak pernah bicara. Hanya matahari yang tersembunyi di balik jasad bumi. Kita yang mencari cahaya bulan, sang mentari tersenyum dan berbisik pada diri; ini hanyalah pertembungan waktu dan saat peredaran masa. Sekadar peringatan bahawa ada cahaya yang melampiaskan sinar, lambung kegelapan adalah dunia sementara, dan kita mencari nikmat purnama bulan dari pancaran matahari. Makhluk alam yang memikul hakikat rahsia; kebenaran Ilmu-Nya. Dan kita harus mengenal ilmu-Nya dengan cahaya ilmu; dari balik pancaran hidayah lembayung kasih-Nya...
    · · · Yesterday at 5:43am ·

    • You, Lina Mohamad Lin and 20 others like this.
      • Mohd Raffie Rmg Hanya kerana kasihsayangNya kita dilimpahi rahmat untuk menikamti hidup
        19 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali sebenarnya bulan bicara dengan kita
        cumanya kita saja yang tak faham bahasa bulan...
        kalau tak percaya
        bukankah bulan pernah melempar senyumannya pada kita
        itu bermakna bulan faham bahasa kita
        kerana kita selalu memandangnya
        justeru dengan izin PenciptaNya
        mengizinkan bulan senyum pada kita
        alangkah indahnya pabila bulan tersenyum
        seakan kita tidak bicara sendiri
        kerana bulan sedia berbicara dengan kita
        mendengar dengan tulus ikhlas apa yang ingin disampaikan
        dia senyum kerana kita memuji keindahannya lalu kita memuji
        Kebesaran Allah Penciptanya ...itulah matlamatnya senyum....
        13 hours ago · · 1


      • (PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR)
        12 Disember 2011)

0 comments:

Post a Comment

 
;