Wednesday 14 December 2011

PANTUN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14


Rabeah Mohd Ali
Sekalung tahniah di atas pertabalan,
Sultan Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong;
Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Petuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Pengorbanan Tuanku membuatkan rakyat terharu.

Berat sungguh hendak melepaskan,
Kerana negara dilepaskan juga;
Sultan Kedah yang budiman,
Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.

Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

Agong kami Raja yang penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.

Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Rakyat Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Karya Rha NS
13 Disember 2011
(Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14)

0 comments:

Post a Comment

 
;