Bunga Seroja
Rabeah Mohd Ali Terbanglah merpati putihku
Terbanglah semahumu
Kiranya sayapmu luka
Kan kujahit lukamu itu
Dengan benang cintaku
Jika kiranya tiada juga sembuh
Kan kugantikan sayap yang luka parah itu
Dengan sayap ajaib
Agar kau tiada lagi merasai keperitan luka yang panjang
Terbanglah kau mencari cinta baru
Moga cinta baru mu itu
Membawamu menuju hidayah Nur KasihNya
Dan pasti cintamu akan abadi selamaNya!
Saturday at 8:58pm · · 3
Ayahanda Chik Bunga Seroja....biarkan merpati itu terbang mencari cintanya yang hilang....akan kujahit sayapmu yang terluka dengan jarum perdamaian...terbanglah menongkah awan kerana rinduku telah lama menunggu di situ.....selamat malam Bunga Seroja.....
Yesterday at 7:06pm · · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL BUNGA SEROJA)
12 Disember 2011
0 comments:
Post a Comment