Sunday, 11 December 2011

TAPAK SULAIMAN BERGEMERLAPANLAH! BERKEDIPANLAH! BERKILAUANLAH!


Rabeah Mohd Ali

Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang

Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
berada di dasar laut.

Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,

‘Sampai bila aku jadi begini?’

Di dasar laut cuma nampak  bebayang

bintang-bintang  disimbahi cahaya rang bulan.

“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!

Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma  aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
 mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.

Setiap hari Tapak Sulaiman

 terus mengeluh...
 Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.

“Kau siapa?

Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar lautan ini…  Tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku..  Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek  Naga Laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu Naga Laut
popular dan dihormati .

“Engkau jangan memperlekehkan

cita-cita aku.  Akan kubuktikan!
 Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
 memecah ketenangan malam itu.

Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai

dengan gelombang ombak mengganas!

Gerakkan dasar  laut telah membawa

Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.

Kini  Tapak Sulaiman berada di tepian pantai

di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

Seakan mimpi Tapak Sulaiman

berjalan ke sana ke mari
menari-nari.

Bila malam tiba Tapak Sulaiman

menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.

Sungguh jelas permandangan tika itu

tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar lautan.

“Bolehkah aku menjadi bintang?

Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”

“ Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi

seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Tapak Sulaiman pada malam itu.

“Pelik ya macam mana bintang boleh

mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit  aku dibumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”

Tiba-tiba kedengaran

gauman entah dari mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di  pantai  berterbangan.

UFO rupanya sedang mendarat

dua makhluk asing datang
menghampiri  Tapak Sulaiman.

“Tapak Sulaiman mahu ke engkau

ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!

Dia telah menjadi bintang!
 Disambut bintang-bintang  yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Tapak Sulaiman!

Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?

Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini  jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji  Tapak Sulaiman pada dirinya.


Karya Rha NS 

23 Januari 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;