Friday, 16 December 2011

KAULAH IDOLA TAKDIR CINTA

  • JIKA SUDAH TERCATAT CINTA KITA DI LAUHMAHFUZ

    Memang dia takdir cintamu
    Sudah tercipta dia untuk kamu
    Tapi kau hadir dalam cintaku

    Ku cuba lari dari cintamu
    Makin kulari bayangan cintamu mengejarku
    Hingga ke hujung dunia kau jejakiku

    Kerna tiada mahu merampas cintanya ke kamu
    Aku lari hingga ke kaki langit biarpun
    bayangan cintamu hilang ditelan senja
    Namun pabila terbitnya mentari cintamu datang lagi
    dan aku tak tahu gimana lagi kubawa diri

    Sampai bila aku harus begini
    Cinta bayanganmu wujud di siang hari
    Cinta bayanganmu hilang di malam hari
    Sampai kapan bila aku harus begini
    Dan aku pasrah
    Aku redha
    Jika sudah tercatat cinta kita di Lohmahfuz
    aku terima kamu apa adanya
    biarpun kau telah memiliki dia

    Maafkan aku kerana mencintaimu
    yang telah ditakdirkan untuk bersamamu
    mencintaimu seumur hidupku

    Karya Rha NS
    16 Disember 2011
    · · 7 hours ago

    • Athaya Nabila likes this.
      • Athaya Nabila hemmmm i like this bunda...hehee gambaran arti dari ketulusan cinta..memberi tanpa meminta dan menuntut ...semoga semuanya ikhlas karena Allah...
        4 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Aku mewakili luahan rasa pecinta-pecinta yang mencintai dia keranaNya...apa pandanganmu tentang ini duhai nanda Nabilaku...hihihi
        3 hours ago ·
      • Athaya Nabila tentang pengorbanan cinta tanpa bisa memiliki cinta seutuhnya...menerima takdir cinta dengan ikhlas..lainnya seperti komen yang diatas.
        2 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Nanda seorang wanita yang faham apa itu takdir cinta...bersyukurlah suami nanda memiliki cinta nanda yang sebenarnya seutuh cintamu padaNya.
        2 hours ago · · 1
      • Athaya Nabila hehhe pembelajaran untuk hidup dan cinta yang telah mengajari nanda untuk selalu ikhlas menjalanin apa yang telah tersurat olehNYa..dan Alhamdulillah atas ujianNya
        2 hours ago · · 1
      • Athaya Nabila Alhamudlillah juga atas semua anugerah sampai detik ini ...hehe jadi curhat dunk!
        2 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Alhamdulillah Allah telah Sinarkan Nur Hidayah KasihNya padamu...duhai nandaku...apalah ada cinta yang cuma sementara di dunia ini makin kita tamak memilikinya makin kita akan terlepas cinta dariNya yang abadi selamaNya...yakinlah cinta yang kau korbankan itu akan kau bawa hingga ke SyurgaNya bersamanya nanti. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
        2 hours ago · · 1
      • Athaya Nabila Insyaallah Amin Yaa Rabbal A'lamain...terima kasih akan doannya..semoga..
        2 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Semoga semua wanita-wanita di luar sana sepertimu sentiasa redha dan pasrah jika diuji dengan takdir cinta dariNya.
        2 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali ‎'Kaulah Idola Takdir Cinta' Dan ' Kaulah Idola Pengabdi CintaNya Tanpa Memikirkan Cintamu Yang Terluka' Dan Takkan Terluka Demi Meraih CintaNya!'
        2 hours ago · · 1
      • Athaya Nabila Amiiiinnn!tapi kadang kan nanda juga wanita yang lemah masih cengeng juga..tapi semuanya membuat kita semakin kuat!
        about an hour ago · · 1
      • Athaya Nabila Tapi..Idola Takdir Cintanya boleh juga tu bunda hehhe
        about an hour ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Kau seperti memahami lirik lagu yang ingin kukarangkan dan jika siap nanti ku perdengarkan padamu dulu untuk mendapat kelulusan darimu samaada enak didengar dan enak juga dihayati oleh pendengar nanti....hihihi...moga apa yang kita bicarakan ini ada nilaian di SisiNya dan moga juga setiap butir kata-kata kita adalah mutiara yang berharga untuk kita duhai Nabilaku dan bertambah bahagia jika kata-kata kita dapat dikongsi bersama mereka yang sudi membacanya dan terpulanglah kepada mereka untuk menerimanya atau ngak...kan...kan...kan...
        about an hour ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      16 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;