- You, Lina Mohamad Lin and 20 others like this.
- Mohd Raffie Rmg Hanya kerana kasihsayangNya kita dilimaphi rahmat untuk menikamti hidup11 hours ago · · 1
- Rabeah Mohd Ali sebenarnya bulan bicara dengan kita
cumanya kita saja yang tak faham bahasa bulan...
kalau tak percaya
bukankah bulan pernah melempar senyumannya pada kita
itu bermakna bulan faham bahasa kita
kerana kita selalu memandangnya
justeru dengan izin PenciptaNya
mengizinkan bulan senyum pada kita
alangkah indahnya pabila bulan tersenyum
seakan kita tidak bicara sendiri
kerana bulan sedia berbicara dengan kita
mendengar dengan tulus ikhlas apa yang ingin disampaikan
dia senyum kerana kita memuji keindahannya lalu kita memuji
Kebesaran Allah Penciptanya ...itulah matlamatnya senyum....5 hours ago · · 1 - Rabeah Mohd Ali MATAHARI ADA GELUNG DAN PELANGI
Jumaat 27 Mei 2011 bersamaan 23 Jamadil Akhir 1432H
pada pukul 1.15 tengahari berlaku kejadian Matahari
ada gelung dan pelangi.
ILHAM PENULIS KEJADIAN TERSEBUT:
Selalunya pelangi menampakkan diri di awan untuk
dilihat kecantikannya kepada penghuni bumi.
Sang Matahari sememangnya memancarkan sinarnya
di seluruh alam tanpa perlukan pertolongan cahaya
daripada planet manapun!
TAPI Sang Matahari tidak selamanya boleh ego dengan
terikkan sinarnya itu kerana Penciptanya menunjukkan
KuasaNya Yang Maha Bijaksana apabila DiPerintahkan
Pelangi mengelilingi Sang Matahari , Dikirimkan juga
gelungan cahaya yang lebih bersinar daripada Sang
Matahari.
SUBHANALLAH!
ALLAHU AKBAR!
Karya: Rha NS
28 Mei 20115 hours ago · · 1 - Rabeah Mohd Ali MATAHARI MENGAKU KEBESARAN PENCIPTANYA
Sang Matahari setiap hari
ego dengan kekuasaan yang dimiliki.
Menyinari bumi
tanpa sinarnya,
bumi ini akan bergelap!
tanpa sinarnya kehidupan
penghuni bumi tergendala,
ini membuatkan Sang Matahari ego!
Sinarnya amat dinantikan penghuni bumi…
Kerana terlalu sombong dengan keterikkan sinarnya itu,
kehadiran Sang Pelangi diperkecilkan,
” Sang Pelangi kau tak perlu muncul kerana
kehadiranmu tidak diperlukan penghuni bumi…
cahayaku sudah cukup menerangi penghuni bumi,”
kata Sang Matahari dengan egonya.
“Walaupun aku tidak diperlukan tapi kehadiranku dapat
memukau mata si penghuni bumi kerana warna
warni pelangiku yang cantik,” kata Sang Pelangi
membela dirinya.
“He… setakat cantik , selepas itu hilang… tiada
gunanya Sang Pelangi… hahaha … kau tengok aku
sentiasa bersinar tanpa henti, penghuni bumi
sentiasa perlukan aku!” kata Sang Matahari
penuh ego.
“Aku hadir atas kehendak Tuhanku,
Aku hilang pun atas kehendak Tuhanku,
dan aku redha asal kejadianku Sang Matahari,”
kata Sang Pelangi penuh kesyukuran.
Bersyukur kepada Tuhan yang menciptanya.
Pada hari Jumaat bertarikh 27 Mei 2011
pada pukul 1.15 tengahari keadaan telah
menundukkan Sang Matahari yang ego selama ini,
apabila Penciptanya menunjukkan kuasaNya
kepada Sang Matahari yang selama ini ego
dengan kekuasaannya, apabila Sang Pelangi
mengelilingi Sang Matahari dan Dikirimkan
juga bulatan cahaya yang lebih bersinar daripada
Sang Matahari!
Sang Matahari hilang egonya… dia bertaubat
kepada Allah kerana selama ini dia sombong
kepada Sang Pelangi dan Penghuni Bumi.
Sehebat mana pun Sang Matahari tidak boleh
menandingi kehebatan Yang Mencipta
kewujudannya !
Karya Rha NS
15 Jun 20114 hours ago · - Rabeah Mohd Ali KEJORA SENYUM PADAKU
ingin kupetik bintang kejora
untuk menerangi kegelapanku
kukumpul segala kudrat
untuk memetik bintang kejora
jutaan bintang kejora senyum padaku
setia menunggu kedatanganku
apalah dayaku untuk ke sana
dalam mimpi aku ke sana
berkejaran dengan bintang kejora
saling silau menyilau kerdipannya
di alam realiti bintang kejora
bertaburan di sekelilingku
Syukurku atas kurniaNya
Karya Rha NS
29 Jun 20114 hours ago ·
(PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR)11 Disember 2011)
Sunday, 11 December 2011
DARI BALIK PANCARAN HIDAYAH LEMBAYUNG KASIHNYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment