Selamat tinggal 2011...!!! alahai.., bum bam.,bum bam... tak terasa setahun sudah berlalu.. rupanya kita dah nak sampai ke penghujung tahun 2011. Walau macamana pun.., hari-hari yang kita lalui itu penuh bermakna dan banyak kenangan-kenangan manis, suka duka dalam menempuh kehidupan yang penuh mencabar ini. Patah tumbuh hilang berganti., begitulah lumrah alam, namun program kembali lagi..Hehehe.. Kita baru saja dikejutkan program pementasan Teater Berkala Sarawak minggu lalu., minggu depan satu lagi program yang akan datang kepada anda.., Program Pusat Seni Setempat (PSS) bertemakan " Urang Mensia " anjuran JKKN Sarawak mengajak anda bersantai dengan aktiviti2 yang menarik berbentuk persembahan pada 17 Disember 2011 (Sabtu) bertempat di Kuching Waterfront. Pada siangnya di sebelah pagi diadakan pertandingan nyayian Penyerlahan Bintang Lagu 80an & 90an 8.00 pagi, terbuka kepada 2 kategori iaitu Kanak-kanak & katergori terbuka. Pada sebelah petangnya pula jam 4.00 ptg, kita akan disajikan dengan persembahan Deklamasi Puisi dan Lagu Puisi oleh aktivis2 dan Kumpulan lagu puisi Sarawak seperti Kumpulan Anak Alam, Kumpulan Puitika Sigura dan Sabri Latif. Di antara pendeklamasi jemputan itu nanti seperti Johan kebangsaan iaitu Zakaria Abdul Manan, Saiee Driss, Abdillah SM, Anwar Zulkifli dan beberapa orang lagi pemuisi2 terpilih akan turut serta. Yang menariknya program deklamasi puisi pada kali ini., jemputan khas diterbangkan dari Kuala Lumpur.., aktivis popular iaitu Khalid Salleh akan bersama kita bagi memeriahkan lagi persembahan puisi pada petang itu. Jangan lupa disebelah malamnya pula persembahan pentas diadakan seperti tarian, nyayian dan di akhir persembahan kita dihiburkan dengan persembahan 'Bermukun' gendang melayu Sarawak.., Datang...datang..!!! Jangan tak datang.....
— with Jumiah Ngadino and 45 others.
0 comments:
Post a Comment