Sunday, 19 February 2012

CINTA BUKAN ILUSI KARYA NORMAN ATAN

..♥SAYANG.............. DARI SUDUT MANA INGIN KUMULAI DARI HATI YANG DIGELANGI RASA RINDU ATAU DARI HATI YANG KASIH SENTIASA BERTAMU Y...
 ·  ·  · February 14 at 9:56pm
  • You and 6 others like this.
    • Normah Atan thanks allmy friend....
      Friday at 3:19pm ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali 
      MENCINTAIMU DALAM REDHANYA
      DEMI MERAIH CINTANYA

      Yang kutahu cintamu bukan ilusi
      aku yakin itu...
      kiriman jambangan bunga
      membuktikan cintamu setulus hati
      menambat hatiku
      mempersonakan kerana cintamu sudi bertamu di hati

      tika aku membaca kad ucapan di jambangan bunga itu
      kau catatkan
      "kasih...aku cintamu keranaNya"

      kata-katamu itu
      buatkan aku
      terkedu
      syahdu
      syukurku padaNya
      anugerahkan cinta yang aku dambakan selama ini

      terima kasih duhai hamba Allah
      kerana sudi mencintaiku keranaNya
      kucintaimu keranaNya juga

      aku tak perlukan janjimu
      untuk sumpah setia
      cintamu hanya untukku
      kerana kutahu dirimu
      kepunyaan Allah
      takdir bila-bila saja boleh berubah
      hatipun boleh berubah
      untuk memiliki cinta yang telah ditentukanNya

      cuma yang kupinta
      cintailah aku seumur hidupmu
      setulus hati
      agar memudahkan aku
      mencintaimu dalam redhaNya
      demi meraih cintaNya

      Karya Rha NS
      1 Febuari 2012
      Yesterday at 6:58am · 
  • (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUISI ILAHI)
    19 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;