Monday, 13 February 2012

LALU JIWAKU BUNTU MERANA DALAM SEPI



LALU JIWAKU BUNTU MERANA DALAM SEPI

Nanda buah hatiku pengarang jantungku...
Hadirmu bagaikan dibuai-buai dalam mimpi tapi realiti
Serasa setiap denyut nadimu berdegup kencang kudengari
Tapi aneh ...begitu aneh...setiap kali bayanganmu datang
ingin kupeluk agar hilangkan rindu di kalbu...
pasti bayanganmu hilang disapu ombak membadai
dan aku termangu sendiri
menunggumu di gigi pantai
bayanganmu seolah merajuk
tak mahu datang ke aku
lalu jiwaku buntu...merana dalam sepi
dan ku tak pasti rajuk mu sampai bila pada ombak
yang sentiasa menghalang keakraban kita
entah apa salahku...entah apa salahmu pada ombak
hingga sama sekali tidak mengizinkkan kau
bersamaku untuk sentiasa ceria bercanda
namun begitu apapun yang dilakukan ombak padamu
ku pasti kau akan tetap mengunjungiku
biarpun tidak dalam bayangan
memadailah dalam mimpi
dan pabila kau hadir dalam mimpiku
setiap kali itulah kita bisa bercanda
bermain ombak kecil di tepian pantai
tanpa diganggu gugat lagi
dan kita bahagia bersama
mengecapi panorama pantai yang mengasyikkan
mendengar deru ombak
deru angin
berzikir memuji Tuhan tanpa jemu
dan kita juga turut sama berzikir
tanda syukur kita kepada Ilahi.

Karya Rha NS
13 Febuari 2012
 ·  · 11 hours ago
  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD li)
    14 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;