Sunday 6 May 2012

AAMIN YA RABBAL A'LAMIN, AL-FATIHAH UNTUK BAGINDA




SELAMAT MENIKMATI KEINDAHAN SYURGA DUHAI TUANKU SHEIKH RAJA

Masya Allah thumma Masya-Allah,
kemangkatannya selepas zikir,
pada malam Jumaat disertai
hujan renyai-renyai mengiringi
pemergian baginda Tuanku...

Sesungguhnya kami yakin bahawa
Pemergian Tuanku Sheikh Raja
Awliya-Nya tidaklah mangkat
Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana
Berehat sambil menikmati keindahan
Taman-taman Syurga
Yang mengasyikkan
Yang mengujakan
Disamping dikelilingi dengan
Bidadari-bidadari Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Balasan setiap awliya-Nya

Tika di dunia
Tuanku Sheikh Raja
Puluhan tahun tidak tidur..
Bersengkang mata menjaga anak-anak muridmu
Kini berehatlah
Tuanku Sheikh Raja dengan tenang...

Ampunkan kami wahai Tuanku Sheikh Raja
Guru yang kami sayangi dunia akhirat

Selamat menikmati Syurga di alam sana.....

Semoga kita ketemu lagi di Syurga
Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..

Al Fatihah...

PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012

KALIMAH ALLAH MENGIRINGI PEMAKAMAN TUANKU SHEIKH RAJA

Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi...
Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja...
Tidak sampai sejam pulang dari zikir
Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu
Pulang ke pangkuan-Nya...

Kami dikejutkan di zawiyah
Berita menggemparkan
Bagaikan petir menggegarkan seluruh sel di tubuh
Kami bergegas ke teratak Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia
Ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja...
Selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakai
Terletak kesunyian di satu penjuru..

Kami bergegas ke bilik Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia
Sekujur tubuh yang mulia terbaring di pembaringan.
3 kali bacaan Yaasin bergema di kamar Tuanku Sheikh Raja
Sebelum meninggalkan Tuanku Shekh Raja yang tenang di pembaringan dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....

Hujan renyai pun mulai turun
Seolah-olah bumi menangisi permergian
Seorang putera soleh

Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami,
segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda.
Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak-anak dan nama-nama mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...

Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan..
Insya Allah.. Doakan...

Tidaklah disangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda
sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..

Dan tidaklah disangka-sangka pula, rupa-rupanya, bacaan doa yang
mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.

Dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir
Dan anak-anak buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah rupa-rupanya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya...
Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...

Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan
Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
Kalimah Allah nampak jelas dan cerah....
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga
Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi
Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan
Nur Illahi mengiringi pemergian
Kekasih-Nya Yang Tercinta

PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012

MOGA ROH SUCIMU DIMASUKKAN KE SYURGA-NYA

Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja...
Beruntung rohmu
Cintamu telah dibalas-Nya
Tika kau hidup
Tika kau mati
Syurga menanti
Syurga dinikmati
Pertemuan di kala itu
Pasti kau
Menangis syahdu
Kerna Kekasih
Yang dirindui dan dicintai
Meredhai rohmu
Indahnya pertemuan
Di kala itu
Hanya kau memahami
Betapa indahnya saat itu
Sebagai balasan cinta-Nya
Roh sucimu dimasukkan
Ke Syurga-Nya
Kau tenang penuh syukur
Menikmati alam Syurga
Dengan rezeki tidak putus-putus
Dikelilingi bidadari Syurga
Yang sedia berbakti padamu
Keindahan dan kenikmatan Syurga
Abadi selama-Nya
Inilah balasan cintamu tika di dunia
Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia
Tapi mohon redha-Nya Ilahi
Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat
Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei

DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK TEMAN FBKU & GROUPKU YANG DISANJUNGI & DISAYANGI:

PUISI ILAHI
MELAYU ISLAM BERSATU
KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA
FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
MASYARAKAT ADAT MATARAM
PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
MEMBACA KARYA PN
DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR
MELA AYU RADIO ONLINE
SSLfm
AKU DIA PUISI CINTA DAN LAGU
PUISI LOVERS (INDONESIA)
OMBAK RINDU

SEMUA KERABAT DIRAJA MALAYSIA & INDONESIA
SEMUA RAKYAT MALAYSIA & INDONESIA
SEMUA PENGHUNI BUMI DAN LANGIT YANG TERCINTA

MOGA ROH RAJA DATO' SERI ASHMAN IBNI SULTAN AZLAN SHAH DIMASUKKAN DI KALANGAN HAMBANYA YANG BERIMAN DAN
DENGAN LIMPAH DAN RAHMAT DARI-NYA DIMASUKKAN
KE SYURGAWI
AAMIN YA RABBAL A'LAMIN

RABEAH MOHD ALI
PUTRI RIMBA NIAGARA
MALAYSIA
5 Mei 2012
 ·  ·  · Yesterday at 9:47am

0 comments:

Post a Comment

 
;