Ayahanda Chik Kalalu pergi rumah Cik Nyonya,
Bawakan saya si ikan tenggiri;
Sastera tinggi nilai seninya,
Disanjung orang seantero negeri....
19 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Keindahan purnama sumber inspirasiku,
Puisi dicipta di bawah sinar rembulan;
Sasteraku Sastramu adalah minatku,
Puisi penyambung ukhwah berpanjangan.
16 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Indah sungguh pantai Port Dickson,
Kampung halamanku yang kusanjung;
Aku menulis terus terusan,
Budi baik sahabat sastraku tetap kusanjung.
15 hours ago ·
Ayahanda Chik Terbang tinggi si rama-rama,
Terbang sampai ke hujung tanjung;
Aku menulis bukan kerana nama,
Apatah lagi untuk disanjung....
15 hours ago ·
Ayahanda Chik Tenang-tenang air di kali,
Biduk berlalu kiambang bertaut;
Berhenti menulis tidak sesekali,
Berpantang ajal sebelum maut....
15 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali Aku menulis bukan kerana nama,
Apa tah lagi untuk disanjung,
Karya kutulis dengan air mata,
Tanda keabdian cinta kasih sayang.
15 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali AKU TAK MAHU KEHILANGAN DAKWAT
Jangan jadi penyair
jika tak tahu bermetafora dan berrhima
kerana aku pandai bermetafora dan berrhima
justeru aku ternama sampai sekarang
Renyukkankan ajelah
hasil penulisanmu itu
biarkan kubalingkan ke sungai
agar dakwatnya hilang
diresapi derasan sungai
kamu tak boleh jadi penyair
tulisanmu kaku
tak bermetafora
tak berrhima
kerana karya penyair
mesti seperti aku
penyair ternama
sudah mencipta nama
kamu tak layak
menjadi penyair
kamu penulis
jalanan
di bahu jalan
di tepi longkang!
Maka sedarlah dirimu siapa
Aku sedar diriku siapa...
Tulisanku tak setandingmu
tulisanku kaku
tapi takkan kurenyukkan
takkan kubalingkan ke sungai
kerana aku tak mahu kehilangan dakwatnya
Biarpun tak bermetafora dan berrhima
asalkan aku bahagia dengan caraku bekarya
aku yakin pembaca di alam maya
sudi membaca karyaku
yang datang dari
sanubariku
dengan kasih dan sayang!
Mana tahu setelah mereka membaca
meresap ke jantung hati !
Itulah balasan cinta yang kuperolehi
dari pembaca kerana kuhadiah sejambak bunga kasih
berjambak-jambak memenuhi dewan hati
mewangikan hati-hati yang inginkan
hidayah kasih dariNya
itulah hadiahku untuk mereka
dan hadiah yang kuterima dari mereka
berkat hati yang berkasih sayang
dalam redhaNya.
Karya: Rha NS
20 Jun 2011
15 hours ago ·
Ayahanda Chik Kelip-kelip kusangka api,
Nampak terang dari seberang;
Biar karya-karya itu dipandang sepi,
Namun semangat menulis tak pernah goyang...
15 hours ago ·
Rabeah Mohd Ali ASALKAN HIDUPKU TIDAK MELUKAKAN KALBU KALIAN!
Terima kasih sahabat sastraku...
Kalian hadir bagaikan pelangi yang kutunggu
Sungguh indah! Tak jemu memandang...
Indahnya panorama di kala itu
Aman...
Damai...
Tenteram...
Subhanallah aku syukur!
Sebelumnya kufikirkan dalam benak fikiran yang tumpul ini
Kenapakah kalian selama ini tidak memunculkan diri?
Adakah kerana ketidaksempurnaan karyaku?
Atau aku yang tak sempurna berbicara dengan kalian?
Aduh! Kenapa aku suka berperasangka pada kalian?
Maafkan aku kalian
Allah ampunkan aku
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...
Kenapa kalian tega membunuh anganku?
Sedangkan kita perjuangkan pena yang sama
Adakah karyaku tiada seni ? Tiada jiwa?
Bilang sama aku...
Biar aku perbetulkan biar ada seni dan jiwa
Bila mereka membacanya tertusuk
di kalbu dan di jiwa
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa Kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku
Apakah kalian takut ilmumu akan berkurangan jika
dikongsikan samaku?
Aduh! Maafkan aku kerna berperasangka lagi
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa purnama nggak mahu senyum padaku
mungkin karyaku lari dari visi dan misi sebenar
tak sangka aku...
tahukah kalian...
udah kuperahkan sepenuh fikiran untuk mencurahkan
idea dalam berkarya...tapi kalian langsung tak
terihsan pada karyaku malah dipandang jelek
ditertawakan lalu direnyukkan dibalingkan ke sungai rimba
Nangis aku kalian...
Itulah yang membuatkan lukaku bernanah
bertambah parah
hatiku sengaja kau biarkan luka
tanpa sedikitpun ihsan
sejambak bunga kasih yang kuberi pada kalian
racun berbisa yang kau simbahkan ke lukaku
tidak puas lagi dengan itu
kau bebat pula lukaku dengan simbahan asid
Aduh! Sakitnya sampai tak tertahan...!
Tak apalah kalau itu boleh membahagiakan kalian
kurela asalkan hidupku tidak menyakiti hati kalian
apa tah lagi melukakan kalbu kalian!
Tapi pabila kufukirkan dengan cahaya iman
Kalian tidak begitu...
Kalian selalu menghargai karyaku
Menyokong segala cita-cita dan perjuanganku
Hingga aku nangis dalam kesyukuran
Bersyukur aku dikurniakan sahabat sebaik kalian
Kita terikat pada ikatan ukhwah puisi jiwa... puisi qalbu
Moga ikatan
ukhwah puisi jiwa...puisi qalbu
dapat membersihkan sifat mazmumah kita dan mereka yang membacanya
Moga setiap karya kita yang terhasil ada nilaian di SisiNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba Niagara
18 September 2011
14 hours ago ·
- (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
23 Oktober 2011
Tuesday, 8 May 2012
MALAYSIAKU INDONESIAMU TERJALAIN SUDAH IKATAN UKHUWAH SASTRAMU SASTERAKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment