NUR ILAHI MENGIRINGI PEMERGIAN KEKASIH-NYA YANG TERCINTA
Sesungguhnya kami yakin bahawa
Pemergian Tuanku Sheikh Raja
Awliya-Nya tidaklah mangkat
Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana
Berehat sambil menikmati keindahan
Taman-taman Syurga
Yang mengasyikkan
Yang mengujakan
Disamping dikelilingi dengan
Bidadari-bidadari Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Balasan setiap awliya-Nya
Semoga kita ketemu lagi di Syurga
Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
AL FATIHAH UNTUKMU TUANKU SHEIKH RAJA
Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi...
Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja...
Tidak sampai sejam pulang dari zikir
Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu
Pulang ke pangkuan-Nya...
Hujan renyai pun mulai turun
Seolah-olah bumi menangisi permergian
Seorang putera soleh
Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir,
pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai
yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan
Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
Kalimah Allah nampak jelas dan cerah....
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga
Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi
Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan
Nur Illahi mengiringi pemergian
Kekasih-Nya Yang Tercinta
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
ROH SUCIMU MENIKMATI REZEKI TIDAK PUTUS-PUTUS
DAN DIKELILINGI BIADARI SYURGA
Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja...
Beruntung rohmu
Cintamu telah dibalas-Nya
Tika kau hidup
Tika kau mati
Syurga menanti
Syurga dinikmati
Pertemuan di kala itu
Pasti kau
Menangis syahdu
Kerna Kekasih
Yang dirindui dan dicintai
Meredhai rohmu
Indahnya pertemuan
Di kala itu
Hanya kau memahami
Betapa indahnya saat itu
Sebagai balasan cinta-Nya
Roh sucimu dimasukkan
Ke Syurga-Nya
Kau tenang penuh syukur
Menikmati alam Syurga
Dengan rezeki tidak putus-putus
Dikelilingi bidadari Syurga
Yang sedia berbakti padamu
Keindahan dan kenikmatan Syurga
Abadi selama-Nya
Inilah balasan cintamu tika di dunia
Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia
Tapi mohon redha-Nya Ilahi
Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat
Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
(KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK AWLIYA ALLAH SWT
ALMARHUM RAJA DATO' SERI ASHMAN IBNI SULTAN AZLAN SHAH
(28 Disember 1958 - 30 Mac 2012)
BERIBADAT SEMATA KERANA-NYA
Halib KiLah moga dirahmati.. tapi jangan pesongkan persepsi masyarakat. dengan awan yan terukir nama Allah dan mungkin awan tersebut secara kebetulan saja.. saya bibamg pada orang yang jahil akan menganggap si mati memiliki beberapa kelebihan sehgga menyebabkan pemujaan kepadNya.. ini soal aqidah umat islam buktinya cuba anda baca sejarah umat islam yan tersasar dari agama disebabkan apa????..
Yesterday at 3:11am · Like · 2
الآنسة مريم العزباء الماليزية sebab apa??
Yesterday at 3:17am · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wr wb
Kepada Halib Kilah...kenapa kamu kata pesongkan persepsi masyarakat dengan awan yang terukir nama Allah dan mungkin awan tersebut secara kebetulan saja.
Ketahuilah oleh mu dalam membuktikan Kebesaran Allah Azzajawallah kepada semua makhluk alam semesta ini tiada secara kebetulan Kalimah Allah adalah bukti Kebesaran Allah SWT
Memang wajarlah Almarhum Tuanku Sheikh mendapat pembalasan cintanya daripada Kekasih-Nya kerana sepanjang Almarhum hidup hanya untuk diabadikan kepada Allah SWT hinggalah ke nafas terakhir.
Bukti Kebesaran Allah SWT , di hari pemakaman Almarhum terukir nama Allah SWT di langit bertentangan dengan pemakaman Almarhum Tuanku Sheikh Raja . SUBHANALLAH ! Ini bukan satu kebetulan ...ini adalah bukti cinta Allah SWT kepada setiap hamba pilihan-Nya. DIA memilih bukan kerana banyaknya ibadat setiap hamba-Nya tapi dengan Rahmat-Nya kerna keikhlasan hati hamba-Nya dalam melakukan ibadat tanpa niat untuk berbangga diri ...apa lagi untuk mendapat sanjungan daripada manusia.
Jika difikirkan secara lojik ...memang lojiklah baginda tuanku Sheikh mendapat sanjungan dan berbangga dengan darjatnya sebagai seorang kerabat diRaja Yang Mulia pada pandangan masyarakat. Tapi itu tidak difikirkan oleh baginda Tuanku Sheikh Raja...yang difikirkan mahu menjadi hamba Allah SWT yang bersyukur dengan menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.
Hidup baginda zuhud hingga ke nafas terakhir .ALLAHU AKHBAR!
Memang patutlah baginda menjadi hamba Allah yang terpilih dengan diberi Rahmat Kasih-Nya ketika di hari pemakaman Almarhum Tuanku Shiekh dengan diiringi dengan Kalimah Allah SWT di langit yang terbentang luas... tika itu roh Tuanku Sheikh sudah bertemu Allah SWT dan mendapat balasan Syurga...Wallahualam
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Ini bukan satu kebetulan ...ini satu kebuktian cinta Allah kepada hamba-Nya yang dibalas cinta di hari bertemu denga-Nya
Ini bukan satu pemujaan kepada Almarhum Tuanku Sheikh Raja
Ini adalah satu motivasi bagi kita hamba-Nya bahawa hidup ini perlu
membuat persiapan membawa bekalan-bekalan amalan yang diterima-Nya.
KITA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI INSAN YANG BAIK
KITA BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA BAIK
TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA
MENJADI BAIK KERANA SYURGA ADALAH
BAGI ORANG YANG BAIK -BAIK. BERSANGKA BAIK
DAN SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK
MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BAIK
PADA PANDANGAN ALLAH SWT. SEISI BUMI
DAN LANGIT MENDOAKAN KITA AGAR MENJADI
PENGHUNI SYURGA BERKAT KEBAIKAN KITA
PADA ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK TUHAN
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Rabeah Mohd Ali
7 Mei 2012
SIAPAPUN KAU SIAPAPUN KITA TETAP SAMA DI SISI ALLAH SWT
YANG MEMBEDAKAN CUMA KETAQWAAN
BERTEMU DI SYURGA-NYA
Kau adalah kau
Kau tak boleh berubah menjadi orang lain
Tika kau ditiupkan roh suci di alam kandungan ibumu
Telah dicatatkan segala takdir untukmu
Sepanjang kau berhidup hinggalah nafas terakhirmu
Makanya kau adalah kau
Kau yang memilih hala tujumu
Di dunia ini
Ke Syurga atau ke neraka
Adalah pilihanmu
Tapi aku yakin kau akan
Pilih jalan-jalan ke Syurga-Nya
Seperti hamba-hamba-Nya yang lain juga
Moga kau , aku dan semua muslimin muslimat
Bertemu di Syurga-Nya
Berkat tika hidup
Percaya kewujudan Syurga
Dan fisabilillah jalan-jalan ke Syurga-Nya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba Niagara
4 Mei 2012
MOGA ALLAH MEMBANTU KITA KE JALAN-JALAN-NYA
Kita memang hamba-Nya yang tak sempurna
Tapi demi cinta kita pada-Nya kita cuba sedaya upaya menjadi hamba-Nya yang sempurna
Moga Allah membantu kita ke jalan-jalan-Nya sebelum bertemu-Nya
Aamin
Like · · Friday at 11:43am ·
Prabu Sri Narayana KusumaKuningan and Ahmad Tajuddin like this.
KITA SEMUA PASTI AKAN MENINGGALKAN DUNIA INI
Percayalah setiap yang baik itu daripada-Nya
Yang kurang itu daripada saya
Ilmu jika ingin disampaikan jangan seperti kita mengajar mereka
Kalau mengajar mereka lebih tahu daripada segala ilmu...
Tapi kalau mendidik....meresap ke kalbu kerana kita saling merasa diri kita kerdil dan mereka yang membaca menerima dengan rasa rendah hati kerana kita semua pasti akan meninggalkan dunia ini .
JIKA KITA KEJAR DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA
Karya Putri Rimba.
4 Mei 2012
SEBAGAI ROH DI KALANGAN HAMBAMU YANG BERIMAN
Sahabat...
Biarpun nyawa kita sudah habis
Tapi roh kita masih hidup
Hidup dan terus hidup
Tika jasadmu hidup...
Kita tahu wujudnya roh
Tapi kita tiada rasa kehadirannya hidup bersama kita selama kita hidup
Pabila kita solat bertemu Tuhan
Allah nampak kita
Dan kita rasakan kehadiran Tuhan
Cumanya jika kita tidak lalai dalam solat
Bila kita sudah bergelar roh
Roh cuma melihat jasad yang terbaring kaku
Sebelum dimandikan dikafankan disembahyangkan dikebumikan
Kini barulah kita yakin seratus peratus kita adalah roh
Bukan manusia lagi yang hidup
Mereka yang hidup tak nampak kita
Tapi kita nampak mereka
Sedang meratapi kematian kita
Kita ...bercakap-cakap dengan mereka
Tapi mereka tidak mendengar apa yang kita cakapkan ...
semuanya sudah tiada apa-apa makna lagi...
Yang bermakna sekarang...
Bekalan yang di bawa...
Ye bekalan...
Allahu Akhbar ....
Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Tuhanku
Yang menciptakan aku...
Yang memberi peluang ketika aku hidup di dunia
Ya Allah berkat aku bersangka baik denga-Mu Ya Allah
Terimalah segala bekalan yang kubawa ini
Biarpun bekalan ini... malu untuk aku persembahkan pada-Mu
Serasa mahu aku dihidupkan semula
Agar aku masih berkesempatan mengumpul lagi sebanyak bekalan
Walaupun dengan menyebut sepatah perkataan Allahu Akhbar
Tapi mana bisa mungkin aku dihidupkan semula
Masa untukku sudah tamat
Sudah tercatat aku ditakdirkan hari ini adalah hari terakhir aku
Berhidup di bumi Tuhan.
Hari ini mahu tak mahu aku akan berjumpa dengan Tuhanku
Aku akan ditanya soalan kubur dan hari ini bersedia atau tidak aku mesti bersedia apa saja yang berlaku ke atas aku ...tak boleh sebut redha kerna redha itu hanya diberi peluang tika hidup di dunia saja.
Apa saja setelah mati adalah balasan yang setimpal dengan amalan ketika berhidup di dunia....
Allahu Akbar semasa hidupku yang aku pasakkan di kalbu bahawa
Kau sentiasa mengikut prasangka hamba-Mu...aku selalu berperasangka baik padaMu Ya Allah makanya terimalah rohku ini
Sebagai roh-roh di kalangan hamba-Mu yang beramal soleh.
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Putri Rimba.
16 April 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
7 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL ANDA BUAT ANDA DAPAT)
7 Mei 2012
Like · · Unfollow Post · May 7 at 11:11am
Seghayo SuttanPesirah Dipuncak Nur likes this.
(PETIKAN DARIPADA GROUP KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA)
10 Mei 2012
;
0 comments:
Post a Comment