Friday, 11 May 2012

JALAN MENUJU TUHAN ADALAH SEBANYAK JUMLAH NAFAS MANUSIA




Putri Rimba shared Sonny H. Sayangbati's photo.
“Jalan menuju Tuhan adalah sebanyak jumlah nafas manusia.”




-Syeikh Muhammad Nazim
 ·  ·  · Yesterday at 7:37am · 
  • You like this.
    • Rabeah Mohd Ali MEMBURU HIDAYAH ALLAH
      MENGUNDANG REDHA ALLAH

      Duhai...teman...
      Aku selalu berangan-angan
      Agar aku memiliki teman-teman budi bahasanya semurni hati
      Bersih kalbunya seperti bayi baru dilahirkan ke dunia...
      Bukan bermaksud mengatakan aku insan yang terlalu baik
      Tapi niat di hatiku hanyalah mahukan kebaikan
      Baik tutur kata semurni hati...
      Aku impikan bahasa-bahasa Syurga...
      Aku impikan berurusan dengan insan yang berhati murni
      Insan yang impikan hidup di dunia bagaikan Syurga
      Sebelum melangkah ke Syurga sebenar ..Aamin

      Kalau mahu masuk Syurga
      Mesti ikhlas
      Ikhlas bermakna segala yang dilakukan kerana Allah
      Bukan kerna mahu mendapatkan balasan Syurga
      Syurga adalah tempat yang paling istimewa yang dikhususkan
      kepada semua hamba-Nya yang diredhoi-Nya

      Makanya jika mahu redho Allah
      Hidayah perlu ada dalam diri
      Hidayah tak datang sendiri
      Perlu dicari dan diusahakan bersungguh-sungguh
      Bukan sambil lewa
      Kalau sambil lewa ...
      Tahu-tahu sudah ada di alam kubur
      Menyesal pun sudah tak guna lagi

      Makanya semasa ada usia yang tersisa ini
      Dan masih ada peluang
      Kita usahakan sungguh-sungguh
      Untuk mencari hidayah Allah
      Jika hidayah Allah
      Tersirna di qalbu
      Insya-Allah
      Redha Allah dikabulkan Allah
      Itulah yang kita dambakan
      Dalam hidup ini
      Pulang ke negeri abadi
      Dalam redha Ilahi
      Sebuah negeri yang tiada penamatnya
      Yang tiada kematian selepas itu
      Hidup sampai bila....bila....tiada noktah
      Dengan DiKurniakan nikmat Syurga
      Akan tiada penderitaan ujian selepas itu
      Yang ada bahagia abadi selama-Nya
      Dan nikmat paling nikmat di Syurga kelak
      Apabila dapat melihat Allah Azzawajallah
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
      Moga kita terpilih menjadi hamba yang
      DiRedhoi Allah di kala hidup dan mati
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      9 Mei 2012
      (PETIKAN DARIPADA WALL SONNY H SAYANGBATI & PUTRI RIMBA)
      11 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;