Sunday, 6 May 2012

PUTRI DIKURNIAKAN KELEBIHAN UNTUK BERKARYA OLEH ALLAH SWT




SAYANG SEMUA KHAZANAH WARISAN BANGSA

Yang Di Hormati Prabu Sri Narayana KusumaKuningan
Di wajahmu ada ketenangan
Di hatimu ada kelembutan
Di jiwamu penuh kasih sayang
Sayang semua khazanah warisan bangsa
Agar tak hilang di telan zaman
Agar dapat dihargai generasi kini dan akan datang
Agar dapat diwarisi zaman berzaman
Besarnya pengorbananmu
Pada bangsa dan negara

Perjuanganmu suci murni
Dan aku terharu
Dengan susah payahmu itu
Dan ku tahu
Hidupmu penuh dengan perjuangan
Perjuangan yang tak mengenal erti jemu
Dan putus asa
Demi menjaga khazanah warisan bangsa

Kaulah moyang yang bertanggungjawab
Kepada anak cucu mu
Makanya
Anak cucu sentiasa menghargai jasamu
Yang mengharum di hati mereka
Seharum ambar kasturi

Moga Allah Azzajawallah meredhoi hidup matimu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
3 Mei 2012
 ·  ·  · See Friendship
    • Prabu Sri Narayana KusumaKuningan Assalamualaikum wbh.. Salam hormat.. Salam sejahtera.. Tkasih dgn nukilan karya Putri Rimba Niagara tu.. saya amat kagum dan menghormatinya..
      about an hour ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Walaikummussalam Warahmatullahiwabaratuh
      Terima kasih kerana sudi menyokong dan menghargai
      Karya-karya saya...
      Sebenarnya sudah lama saya ingin mengarangkan karya
      YM Prabu Sri Narayana KusumaKuningan kerana terasa
      Terharu saya kepada perjuangan YB Prabu yang tak pernah rasa jemu...
      Setelah melihat gambar YM Prabu datang ilham spontan
      Dan saya bersyukur padaNya
      Sampai juga hajat saya untuk mengarang sebuah puisi untuk YM Prabu...
      Moga YM Prabu berjaya dalam segala apa yang diperjuangkan. Aamin.
      56 minutes ago ·  ·  1
    • Prabu Sri Narayana KusumaKuningan T.kasih Tuan Putri.. memang..saya jugak tertarik membaca karya2 Putri tu.. mendalam makna terjemahannya.. dan syukur alhamdulillah.. sebab Putri dikurniakn satu kelebihan dan kebolehan oleh Allah SWT utk berkarya yang saya rasa bukan memerlukn satu ilmu pemikiran yang tinggi.. tapi sahaya selamba sahaja ilham-ilham tu terukil didlm fikiran..
      22 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Semua-NYa dengan izin-Nya YM Prabu...
      Tanpa izin-Nya
      Saya tak bisa mengarang walaupun sebaris ayat
      Moga saya dapat berkarya sehingga
      Terhenti nafas terhentilah pena
      Aamin Ya Rabbal A'lamin.
      6 minutes ago · 
  • (PETIKAN DARIPADA WALL PRABU SRI NARAYANA KUSUMAKUNINGAN)
    6 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;