KAMI BERSAHABAT UNTUK BERSAMA MENCARI JALAN-JALAN PULANG BERTEMU-MU
KAMI BERSAHABAT UNTUK BERSAMA MENCARI JALAN-JALAN PULANG BERTEMU-MU
Wajahmu wajahku bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah di Syurga Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin berkat persahabatan atas niat suci murni kerana -Nya.
Aamin YRA. Allahu Akbar..
Ya Allah ...redhakan persahabatan kami ini
Moga persahabatan kami seperti persahabatan ahli-ahli Syurga
Tiada akan ada kerapuhan kasih dan sayang
Semakin hari semakin sayang
Bukan semakin hari semakin rapuh
Tiada apa yang ingin kami fokuskan dalam persahabatan yang suci ini
Melainkan ingin mencari jalan-jalan pulang bertemu-MU
Menyebarluaskan ilmu dunia akhirat agar hanya Engkaulah
Menjadi tumpuan semua hamba-Mu
Untuk Meng-Agungkan-MU
Di sebilang masa dan ketika...
Ya Allah...Jauhkan kami...
Daripada segala yang membuatkan
Hatiku terluka
Hatinya terluka
Suburkan hati kami
Saling berkerjasama dalam
Melakukan segala kerja-kerja kebajikan
Yang Kau redhai tanpa ada niat sebesar zarahpun atas
Kerja kebajikan dilakukan
Biarlah kami tidak dikenali di dunia ini
Asalkan hanya Engkau sajahalah yang tahu
Biarlah sampai kami mati pun tidak diketahui
Kerana bukan nama untuk mempopularkan kami
Biarlah kami melenyap di bumi ini tanpa dikesan
Asalkan cita-cita kami untuk menjayakan perjuangan suci ini
Kau makbulkan...
Kami sepenuh yakin pertemuan kami ini adalah atas Kehendak-MU
Maka kami Syukuri dan hargai sehingga akhir nafas kami...
Kami tak mahu berpisah hanya kematian yang memisahkan kami
Andainya salah seorang di antara kami yang pergi dulu bertemu-MU
Kami sebagai kumpulan persahabatan ini akan terus menerus
Menyambungkan perjuangan suci murni ini tanpa henti
Agar dapat diwariskan kepada generasi pelapis
Sehingga dunia ini sampai waktunya tamat
Ya Allah ..dengan niat persahabatan ini hanyalah kerana-MU
Kerana mahu menuju jalan-jalan pulang bertemu-MU
Kau simpulmatikan persahabatan ini
Dengan wangian cinta dari Syurga-MU
Agar sentiasa mewangi di hati kami
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Aamin YRA. Illahi anta maqsudi waredho kamatlubi.. Ya Tuhan hanya Engkaulah tujuanku dan hanya keredhaanMu yang sentiasa menjadi cita-citaku. Berkatilah persahabatan ini wahai kekasihku Yang Satu lindungilah kami di dunia dan di akhirat.
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Hakikatnya dengan persahabatan ini kita telah ditemukan sejak Azali lagi.
Sahabat Dunia Akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara
9 Rejab 1435H
9 Mei 2014M
Sebagai pemimpin harus bisa membebaskan hati dan pikiran dari ganjalan dan kebencian.
- Susilo Bambang Yudhoyono -
Best Model on the World - berussa
PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA
CINTA 5 BENUA & GROUP CURHAT GAYA MATARAM
9 Rejab 1435H
9 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment