JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumiMu ini ingin berbuat baik denganMu dan hambaMu
Tiada niat untuk berlaku zalim padaMu dan pada sekalian hamba-hambaMu
Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumiMu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud padaMu
membaca QalamMu
berzikir padaMu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di SisiMu
berbuat kebaikan
bersangka baik denganMu dan manusia
Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hambaMu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redhaMu
Ya Allah Aku HambaMu Yang Terlalu Hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk SyurgaMu
Amalan tak setimpal dengan balasan SyurgaMu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya keranaMu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan SyurgaMu
Tapi semata kerana mendapat redhaMu ...mendapat balasan cinta dariMu
Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redhaMu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka
yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaanMu ini
Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redhamu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumiMu ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
5 Oktober 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment