Friday, 7 October 2011

KECANTIKKAN CUMA SEMENTARA

KECANTIKKAN CUMA SEMENTARA

'Nur Eqa Seri Andaman Pengantin', itulah nama syarikat
Puteri Bongsuku. Atas sokongan yang tidak berbelah bahagi
maka tertubuhnya syarikat itu.

Sememangnya  dari kecil Eqa sukakan kecantikkan. Kalau nak
bersiap ke sekolah berdandan punyalah lama...bercermin
makan masa lama juga. Sebagai seorang ibu hilang kesabaranku.

Pernah jerawat tumbuh di wajahnya. Dia tak akan boleh terima
hakikat. Dia sanggup tak hadir ke sekolah. Kalau sehari dua
tak ke sekolah aku boleh bersabar tapi kalau sudah seminggu
hilang sabarku.

Puaslah aku mencari produk kecantikan untuk mengubati jerawatnya
itu. Sudahlah tak ke sekolah kerana jerawat...asyik-asyik
tengok cermin lepas tu menangis hingga tak lalu makan.

"Eqa suka cantik kan...ini cream ibu beli...mana tahu elok
jerawat Eqa tu....mari ibu sapukan.." Eqa tersemnyum gembira.

"Iye ke ibu boleh hilang jerawat ni?"

"Insya-Allah..." Sambil menyapu cream aku bercakap dengan Eqa.
"Kecantikkan ini cuma sementara je nak... tapi tak pe...mana
tahu cream yang ibu beli ini dengan Izin Allah sembuh tapi
hari ini Eqa pergi sekolah ye..."

"Eqa malu..."

"Dah seminggu Eqa tak ke sekolah...rugi...ibu temankan Eqa ke
sekolah ye. "

Aku selalu nasihatkan Eqa...walaupun kita ke sekolah tidak
menjadi pelajar yang cemerlang jadi insan yang baik pun
sudah memadai. Jadi anak soleha itulah idamanku sebagai seorang
ibu.

Kerana dunia kecantikkan dunia Eqa....wang gajinya habis dengan
membeli makeup tambahan pula dia bekerja sebagai perunding kecantikkan.

Eqa mengambil keputusan berhenti kerja kerana mahu menjalankan
perniagaannya sendiri. Akulah yang menjadi penyokong kuatnya.
Mengantar Eqa menghadiri kurus-kursus mahupun bengkel kecantikkan.
Sebagaimana aku dengan, "Sasteraku Duniaku Eqa, "Makeup Duniaku"

Kerana terlalu faham dengan dunia , "Makeup Eqa" aku menjadi model
makeup pengantinnya.

"Ibu dah tua Eqa...kulit dah berkedut..."

"Ibu... kecantikan cuma sementara aje ibu...tapi ibu masih cantik lagi..."
kata Eqa sambil tangannya memakeupkanku." Eqa menyolekkan wajahku penuh
kusyuk memakan masa selama  dua jam setengah. Kerana hendak memberi
sokongan kepada Eqa aku bersabar saja, maklumlah sudah puluhan tahun
aku tak bermakeup.

"Ibu tengok cermin ni..."

"Subhanallah ..." Keajaiban bakat terpendam anakku Eqa membuatkan aku
cantik dan muda .

"Kalau Putera nak melamar..macam mana" usik Eqa.

"Ini cuma kecantikkan sementara aje.."

"Ye...ibu kecantikan sementara tapi kecantikan dalaman yang penting kan ibu..."

"Wah...pandai anak ibu ni," gelakku.

Eqa mengambil puluhan keping gambar-gambarku hasil kerja seni kecantikannya.

"Puas pula aku nak bergaya macam model pengantin."

Duhai anakku Eqa....ibu doakan kau berjaya dalam kerjaya yang kau minati ini,
'Makeup Duniaku,' seperti , 'Sasteraku Duniaku".

Karya Rha NS
8 Oktober 2011
· · 31 minutes ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 
;