ANAKANDA SAYANGI BONDA ABADI SELAMANYA!
Aku agak sibuk menguruskan bonda yang datang ke rumah ku ...melayani makan minumnya. Memasakkan segala kegemaran yang disukain bonda. Syukurlah apa yang dimasak di sukai sangat bonda. Masakan yang digemari bonda sambal jering ikan bilis, masak asam rebus, kerabu peraga, ayam goreng KFC, nasi lemak. Bonda begitu berselera makan. Suka sangat tengok bonda makan masakanku.
Yang peliknya adik beradik lainku masak bonda tak suka. Bondaku memang seorang yang amat cerewet tentang masakan. Kalau makan di mana-mana kedai makan bonda tak akan makan. "Katanya tak boleh masuk...tekaknya kembanglah...nak loyalah ...tak lalulah..."
Nak masakkan untuk lauknya mesti basuh ikan bersih-bersih hendak hilangkan bau hanyirnya ikan dicuci dengan limau kasturi dan direndam dengan air garam. Ayam pula dicusi dengan sedikit tepung gandum. Ketika masak banyakkan berselawat , berzikir dan berdoa agar siapa yang makan masakkanku mendapat hidayah dari Allah, lembutkan hati-hati, sembuhkan segala penyakit.
Setelah makanan terhidang....bonda akan mengangkat tangan berdoa,Ya Allah Ya Tuhanku apa yang kumakan ni sihatkan tubuh badanku...jauhkan segala penyakit...janganlah apa yang hambaMu makan ini memberi kemudaratan pada hamba, berkat apa yang hamba makan ini dapatlah hamba beribadat padaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Nak tahu bunda selera makan atau tak...kalau dia selalu cuci tangan...itu bermakna masakan tidak memenuhi citarasanya. Bekas air basuh tangan ada berdekatan dengan tangan kanannya. Bila sesuap nasi dimasukkan ke mulut dah masuk ke tekak... bila rasa tak sedap...mulalah dia makan sesuap... basuh tangan, sesuap basuh tangan lagi. Kalau tekaknya selera makan...bertambah-tambah...tia da cuci tangan.
Satu lagi bondaku kalau hendak hidangkannya makanan ...pinggan mangkuk tak boleh campur-campur warna bunganya. Kalau warnya biru...biru semuanya...jangan campur warna lain.Ketika bapaku masih hidup pinggan hidangan mesti 1 set. Begitulah bondaku seorang yang cerewet tentang makan minum. Kena banyak bersabar tika melayaninya. Namun kurasa amat bahagia kerana bonda suka masakanku yang dapat memenuhi citarasanya. Syukur Alhamdulillah.
Ada peristiwa yang tak dapat dilupakan ketika malam di malam itu...tika kedatangan kawan Zana. Aku memasakkan ikan siakap 3 Rasa. Dihias dengan daun salat...hirisan tomato.
"Engkau tengok Pah....ikan berselimut lada....ha kau tengok matanya tu...kalau nenek tak boleh makan....sebab matanya tu ..."
Semuanya tergelak. Pah tergelak...aku tergelak...Zana tergelak....
"Pah kau tengok tu...matanya sedang memandang kau Pah...." kataku pada Pah sambil tergelak.
"Ye lah kak...." Pah tergelak.
"Dia ucapkan selamat makan duhai tetamu Rabeah Mohd Ali..."
Semuanya tergelak . Suasana makan malam ketika itu amat meriah sekali!
Karya Rha NS
2 Oktober 2011
· · October 2 at 9:30am near Kuala LumpurANAKANDA SAYANGI BONDA ABADI SELAMANYA!
Aku agak sibuk menguruskan bonda yang datang ke rumah ku ...melayani makan minumnya. Memasakkan segala kegemaran yang disukain bonda. Syukurlah apa yang dimasak di sukai sangat bonda. Masakan yang digemari bonda sambal jering ikan bilis, masak asam rebus, kerabu peraga, ayam goreng KFC, nasi lemak. Bonda begitu berselera makan. Suka sangat tengok bonda makan masakanku.
Yang peliknya adik beradik lainku masak bonda tak suka. Bondaku memang seorang yang amat cerewet tentang masakan. Kalau makan di mana-mana kedai makan bonda tak akan makan. "Katanya tak boleh masuk...tekaknya kembanglah...nak loyalah ...tak lalulah..."
Nak masakkan untuk lauknya mesti basuh ikan bersih-bersih hendak hilangkan bau hanyirnya ikan dicuci dengan limau kasturi dan direndam dengan air garam. Ayam pula dicusi dengan sedikit tepung gandum. Ketika masak banyakkan berselawat , berzikir dan berdoa agar siapa yang makan masakkanku mendapat hidayah dari Allah, lembutkan hati-hati, sembuhkan segala penyakit.
Setelah makanan terhidang....bonda akan mengangkat tangan berdoa,Ya Allah Ya Tuhanku apa yang kumakan ni sihatkan tubuh badanku...jauhkan segala penyakit...janganlah apa yang hambaMu makan ini memberi kemudaratan pada hamba, berkat apa yang hamba makan ini dapatlah hamba beribadat padaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Nak tahu bunda selera makan atau tak...kalau dia selalu cuci tangan...itu bermakna masakan tidak memenuhi citarasanya. Bekas air basuh tangan ada berdekatan dengan tangan kanannya. Bila sesuap nasi dimasukkan ke mulut dah masuk ke tekak... bila rasa tak sedap...mulalah dia makan sesuap... basuh tangan, sesuap basuh tangan lagi. Kalau tekaknya selera makan...bertambah-tambah...tia
Satu lagi bondaku kalau hendak hidangkannya makanan ...pinggan mangkuk tak boleh campur-campur warna bunganya. Kalau warnya biru...biru semuanya...jangan campur warna lain.Ketika bapaku masih hidup pinggan hidangan mesti 1 set. Begitulah bondaku seorang yang cerewet tentang makan minum. Kena banyak bersabar tika melayaninya. Namun kurasa amat bahagia kerana bonda suka masakanku yang dapat memenuhi citarasanya. Syukur Alhamdulillah.
Ada peristiwa yang tak dapat dilupakan ketika malam di malam itu...tika kedatangan kawan Zana. Aku memasakkan ikan siakap 3 Rasa. Dihias dengan daun salat...hirisan tomato.
"Engkau tengok Pah....ikan berselimut lada....ha kau tengok matanya tu...kalau nenek tak boleh makan....sebab matanya tu ..."
Semuanya tergelak. Pah tergelak...aku tergelak...Zana tergelak....
"Pah kau tengok tu...matanya sedang memandang kau Pah...." kataku pada Pah sambil tergelak.
"Ye lah kak...." Pah tergelak.
"Dia ucapkan selamat makan duhai tetamu Rabeah Mohd Ali..."
Semuanya tergelak . Suasana makan malam ketika itu amat meriah sekali!
Karya Rha NS
2 Oktober 2011
0 comments:
Post a Comment