Rabeah Mohd Ali
MOGA APA YANG DIUSAHAKAN BERJAYA BERKAT TAWAKAL
Pagi Jumaat semalam sebelum Puteri Sulungku keluar bekerja ,
aku berpesan padanya.
"Beli pisang emas tiga sisir, sedekah masjid tanda kesyukuran
Puteraku mendapat pekerjaan yang diminatinya, Zana mendapat
kereta baru dan Alllah sentiasa mengizinkan aku berkarya."
"Baiklah ibu...dan jangan lupa fax kan salinan geran tanah
kepada kawan ibu ...ini nombor faxnya. Mana tahu tanah yang dipromosikan
pada kawannya laku...bertambah rezeki kita..."
"Ibu...tanah yang harga jutaan ringgit tu ...ada ke orang nak beli?
Banyak wangnya ... orang tu..."
"Orang kaya ni...dia tak mahu membanggakan kekayaannya. Dia macam
padi makin berisi makin tunduk ke bumi."
"Ada ke orang kaya macam tu ibu?"
"Ada...orang kaya yang beriman yang takutkan Tuhan..."
"Kalau tak ada pembeli macam mana?"
"Kita ni usaha...ya menentukan Allah. Kita Tawakal ye..."
"Zana doakan segala usaha ibu berjaya. Amin Ya Rabbal A'Lamin."
Zana pulang dari kerja. Dari jauh dia sudah senyum.
"Mengapa senyum ni ada apa-apa ke?"
"Apa yang ibu suruh tu....semuanya Zana dah laksanakan."
"Syukur Alhamdulillah...macam tu lah anak yang soleha tidak akan hampakan
ibu," kataku sambil menunjukkan ,"Good" padanya.
"Ibu tahu...masa sedekah pisang di masjid tu... pakcik masjid tu siap
doakan lagi, "
"Apa doanya."
"Moga segala hajat dimakbulkan Allah dan adik ni dah kahwin ke belum?"
"Belum."
"Moga cepat kahwin dapat suami yang beriman," kata Zana sambil tergelak.
"Baiknya dia..."
"Rasa satu kepuasan pulak apabila bersedekah."
"Itulah ibu dah kata... kita kena kuat usaha...bila ada rezeki senang
kita nak bersedekah..."
"Ibu doakanlah moga Zana dapat kes Takaful Etiqa... ye...nanti senang kita
nak bersedekah..."
"Amin Ya Rabbal A'Lamin. Ha...bila kita nak pergi ke hutan lipur...dah lama
kita tak ke sana...seronok apabila dapat beri makan haiwan di sana."
"Nanti ada masa kita pergi ye...ibu."
Karya Rha NS
8 Oktober 2011- OLDER POSTS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment