Friday, 7 October 2011

JIKA INI TAKDIR UNTUKKU KUREDHA

  • JIKA INI TAKDIR UNTUKKU KUREDHA

    Petang itu Syamsul bersama tiga sahabatnya ditimpa kemalangan
    yang amat ngeri.

    Mereka baru saja membincangkan tentang kejayaan! Tentang kebahagiaan!
    Dalam empat bersahabat itu Syamsullah yang paling tampan hinggakan
    ada artis jatuh cinta padanya.

    "Untung kau Syam...ada jawatan...ada rupa...hinggakan artis pun
    suka pada kau ..."

    "Badrul aku bersyukur apa yang Allah Kurniakan padaku. Ini semua
    Kurnian dariNya untukku.." kata Syamsul penuh kesyukuran.

    Sejurus selepas itu terdengar satu dentuman yang amat kuat.
    Kemalangan yang tidak diduga itu melibatkan kereta yang dipandu
    oleh kawan Syamsul dengan sebuah lori membawa kayu balak.

    Tiga orang sahabat Syamsul dapat dikeluarkan cuma cedera ringan
    sahaja tapi Syamsul cedera parah dan kepalanya tersepit . Ini
    telah menyukar orang ramai untuk membantunya keluar dari kereta
    tersebut...sedangkan masa terlalu suntuk kerana tangki minyak
    telah pecah dan bila-bila saja kereta akan terbakar.
    Mahu tak mahu Syamsul ditarik keluar dengan agak kasar untuk
    melepaskan Syamsul dari tersepit. Akhirnya Syamsul berjaya
    dikeluarkan. Syamsul terus dibawa ke hospital dimasukkan ke
    Wad Kecemasan.

    Menurut kata doktor akibat daripada tarikan yang kuat salah satu
    urat sarat di leher Syamsul putus dan menyebabkan Syamsul lumpuh
    dari leher hingga ke kaki. Kepala Syamsul ditebuk dan dimasukkan
    besi.

    Syamsul dibenarkan pulang setelah setahun mendapat rawatan di
    hospital.

    Syamsul tinggal bersama dengan kedua orang tuanya di kampung.
    Orang tuanyalah yang menguruskan keperluan Syamsul. Memelihara
    Syamsul seperti memelihara seorang bayi kerana Syamsul hidupnya
    habis di pembaringan. Jika ibu bapa yang sudah warga emas itu
    tidak uruskannya makanya berlumuranlah dia dengan berak kencing.
    Tubuh Syamsul hingga melecet kemerah-merahan kerana terlalu lama
    di pembaringan. Air mata Syamsul sudah kering untuk menangisi
    ujian yang dilaluinya. Kadang kala terdetik hatinya kenapa
    Allah tidak ambil saja nyawanya tidak dia ditimpa kemalangan.
    Kenapa dia yang diuji begini hebat?Kenapa tidak orang lain?
    "Ya Allah apakah ini ujian untukku? Ya Allah berilah kekuatan padaku...
    Aku takut aku tak kuat Ya Allah...Aku lemah... Kau kuatkan aku
    hadapi ujianMu, jika ini takdir untukku, kuredha.

    Karya Rha NS
    7 Oktober 2011
    · · · 12 hours ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 
;