Wednesday, 5 October 2011

JIKA USIAKU KAU PANJANGKAN UNTUKKU MENERUSKAN KEHIDUPAN INI



  • JIKA USIAKU KAU PANJANGKAN UNTUKKU MENERUSKAN KEHIDUPAN INI

    Bismillahirrahmanirrahim

    Ya Allah
    Jika usiaku Kau panjangkan untuk aku meneruskan kehidupan ini
    Aku perlukan
    Sinar Hidayah KasihMu hingga nafasku terhenti
    Kekuatan untukku melakukan kebaikan dunia dan akhirat
    Semangat untuk aku berusaha untuk mendapat rezeki yang halal
    Agar aku dapat menjelaskan hutang-hutangku yang tertunggak
    Kerana aku mati tanpa menjelaskan hutang ...rohku akan berawangan
    Jika itu terjadi ....kau bukakan hati-hati warisku menjelaskan hutangku
    agar rohku aman sepertimana yang Kau kehendaki
    Dan bukakan juga hati warisku mengupah haji utukku kerana aku tak kesempatan
    semasa hidup menunaikan haji Rukun Islam yang kelima

    Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar
    Jika usiaku Kau panjang untuk aku meniti hidup hari-hari seterusnya
    Kau jauhkan aku dari
    Segala kejahatan hasutan iblis dan khianat manusia yang boleh merosakkan imanku
    Menzalimi manusia dan menzalimi diriku sendiri
    Sifat membagga diri sombong dan bongkak

    Yang kumahu Ya Allah Kau jauhkan segala sifat mazmumah
    Yang mana menjadi kebencianMu dan juga manusia

    Yang kuhajati jika Kau lanjutkan usiaku...Aku dapat membuat amalan yang Kau Redhai
    Moga Kau Perkenankan hajatku ini Ya Allah Tuhan Yang Sentiasa Kucintai Selamanya.
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Rha NS
    5 Oktober 2011
    · · 12 hours ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 
;