Wednesday, 5 October 2011

DI TENGAH LAUT MENCARI REZEKI



Nelayan berlabuh diwaktu senja
membawa rezeki membela keluarga
laut umpama sahabat setia
dalam membelai suka dan duka
nasib keluarga perlu dibela
miskin itu bukan pusaka
perahu tua mengubah muka
derita bonda pasti terbela
anak laut pasti berjaya
kerna lumpur hanyir
bukan pusaka....
· · · Share · 14 hours ago


  • 16 people like this.

    • Kabus Pagi
      DiTengah Laut Mencari Rezeki..
      Hujan Panas Mentari Tak diPerduli
      Golombang datang mengecil diri..
      Pada Illahi..doa diberi..
      Nasib boleh mengubah kita..
      Jika berusah sekuat yang ada
      Tapi keringat dicuri orang
      Ada yang tengah menjilat keringat
      Anak laut akan berjaya
      Dari derita ini semua
      kerana kita dibesar
      Dilumpur hanyir
      Milik Kita...

      14 hours ago ·

    • Rohaini Mohammad Lani kejarlah kejayaan anak-anak ,,,bela nasib bangsa...
      14 hours ago ·

    • Ellieyana Othman cukup mengharukan hati nan sayu....
      13 hours ago ·

    • Diari Perantau Hidup dan perjuangan perlu diteruskan...
      13 hours ago · · 1 person

    • Diari Perantau Perjuangan membebaskan diri dari belenggu kekulian adalah satu jihad
      dalam kehidupan
      13 hours ago ·

    • Siti Fadilah perjuangan bagi membela nasib keluarga melalui rezeki yg halal & diredhai olehNYA...
      13 hours ago ·

    • Kasih Ziela cantik...suasana di waktu senja kan....
      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali
      BAPAKU SEORANG NELAYAN


      Bapaku seorang nelayan,
      Pergi ke laut menangkap ikan;
      Suka hati bapa mendapat hasilan,
      Hasil jualan untuk saraan.

      Duduk di pantai menanti bapa,
      Menanti bapa bersama ibu;
      Dari jauh senyumnya bapa,
      Senyuman disambut dengan hati terharu.

      Rehat bapa bersama kami,
      Keringat mengalir di dahi bapa;
      Kulap peluh bapa masih kuingati,
      Bapa suka ibu pun suka.

      Bekalan dari rumah sudah terhidang,
      Kami makan di bawah pohon rendang;
      Penuh selera tak hiraukan orang ,
      Berlaukkan sambal belacan juga rendang.

      Seronok sungguh di kala itu,
      Kami makan ditiup angin sepoi-sepoi ;
      Selera sungguh bapa dan ibu,
      Sambil makan memandang keindahan pantai.

      Sungguh lucu melihat bapa,
      Sudah kenyang lalu mengantuk;
      Tertidur bapa penuh lena,
      Nun di sana daunan kelapa terlentuk-lentuk.

      Kenangan bersama bapa takkan kulupa,
      Amat indah untuk dikenangi;
      Moga bahagia bapa di alam Sana,
      Ya Allah Kau Perkenankan Doaku ini.

      Karya Rha NS
      6 Oktober 2011

      23 minutes ago ·

    • Rogayah Hamid

      Sri mersing nama lagunya,
      Pantainya bersih tambatan jiwa;
      Sungguh asing jauh jaraknya,
      Demi kasih ku tunggu jua...

      16 minutes ago ·


  • (PETIKAN DARIPADA DIARI PERANTAU WALL)
    6 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;