Monday, 3 October 2011

SYAIR PENGEMBARA BAHASA





    • SYAIR PENGEMBARA BAHASA

      Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
      Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
      Bijak berkata indah berbahasa,
      Perjuangannya mempertabatkan Warisan Bangsa.

      Sudah bertahun dia mengembara,
      Serata dunia memperkenalkan bahasa;
      Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
      Bahasa kebangsaanku indah bila berkata.

      Ilmu dicurah tak pernah jemu,
      Demi kerana mempertabatkan bahasa ibundaku;
      Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
      Di mana berada Tuhan bersamamu.

      Penat dan lelah tidak dihiraukan,
      Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
      Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
      Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.

      Pelajarmu ramai di serata dunia,
      Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
      Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
      Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

      Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
      Warga dunia mengenal juga negaramu;
      Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
      Mereka melancong ke negaramu.

      Datang mereka disambut gembira,
      Disambut dengan sejambak bahasa;
      Bahasa cinta memukau jiwa,
      Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.

      Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
      Begitu fasih indah tutur kata;
      Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
      Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.

      Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
      Bahasa inbundaku penuh tekun dipelajari;
      Datang melancong ke Malaysia ini,
      Jatuh cinta berbangga mempelajari.

      Ilmu dituntut rasa dibanggai,
      Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
      Akan diungkap apabila sampai di sini,
      Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.

      Indah sungguh Bahasa Melayuku,
      Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
      Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
      Siapa mendengar pasti tak jemu.

      Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
      Ilmu dicurah di serata dunia;
      Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
      Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.

      Budi bahasa indah penenang jiwa,
      Mengungkap kata sepenuh rasa;
      Terpukau mereka keindahan Malaysia,
      Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.

      Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
      Keindahan alam mereka terpukau;
      Menjadi realiti diluar jangkau,
      Dalam indahnya berbahasa mereka terpaku.

      Terpaku mereka keindahan Malaysia,
      Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
      Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
      Menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

      Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
      Datang ke sini berbahasa Melayu;
      Apabila berbahasa penuh yakin tanpa silu,
      Ramai yang mendengar rasa terpukau.

      Penat lelahmu terbalas sudah,
      Namun hatimu tak pernah bermegah;
      Kau seorang yang berhati tabah,
      Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.

      Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
      Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
      Azam mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
      Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.

      Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
      Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
      Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
      Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.

      Diberi sokongan oleh semua pejuang bahasa,
      Tidak kira siapa pun mereka;
      Bersatu hati demi bahasa ibunda,
      Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.

      Pengembara bahasa bersama pejuang bahasa,
      Ingin menjelajahi jabatan kerajaan dan swasta;
      Untuk memupuk budaya bahasa ibunda,
      Bahasa ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.

      Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
      Mencintai Bahasa Kebangsaan kita;
      Bila berbahasa penuh bangga,
      Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.

      Kembara Bahasa dan pejuang bahasa,
      Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
      Moga matlamat kalian akan berjaya,
      Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.

      Bahasa kita warisan kita,
      Warisan seni yang perlu dibangga;
      Marilah kita membudayakannya,
      Pewaris kita turut berbangga.

      Sekian sahaja syair Pengembara Bahasa,
      Dipersembahkan untuk warga dunia;
      Moga gembira dan sentiasa bahagia,
      Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.


      Karya Rha NS
      13 Julai 2011


0 comments:

Post a Comment

 
;