- PANTUN HOSPITAL PENYAYANG PESAKIT DISAYANG
Hospital kerajaan dan swasta berbudaya tinggi,
Kelengkapan merawat serba moden;
Pesakit datang berharapan tinggi,
Kesihatan pesakit kerajaan utamakan.
Klinik 1Malaysia rakyat sanjungi,
Diberi perhatian kerajaan Malaysia;
Menabur budi bukan untuk dipuji,
Demi semata rakyat tercinta.
Kerajaan utamakan kesihatan rakyat Malaysia,
Asalkan rakyat hidup sempurna;
Hospital kerajaan ada di mana-mana,
Diberi rawatan amat sempurna.
Kementerian Kesihatan Malaysia patut dipuji,
Kerana amalkan konsep 1Malaysia;
Pelbagai kaum semua dirawati,
Asalkan rakyat sihat sentiasa.
Kami sedia membantu anda,
Kedatangan anda kami nantikan;
Kami utamakan kesihatan anda,
Kesembuhan anda kami doakan.
Warga hospital kerja secara profesional,
Berkerja berpasukan bersungguh-sungguh;
Pesakit datang saling kenal mengenal,
Sayang menyayang sakit pun sembuh.
Apabila banjir cepatlah bertindak,
Berpindah segera sebelum terlambat;
Itu tandanya orang yang bijak,
Dapat menjauhi segala penyakit.
Apabila sakit berjumpa doktor,
Pergi farmasi mengambil ubat;
Terima kasih kerana bersabar,
Kerana sabar menantikan ubat.
Pesakit sakit doktor rawat,
Pesakit sembuh doktor gembira;
Semua sakit boleh dirawat,
Asalkan usaha tawakal dan doa.
Wad kecemasan sentiasa kesibukan,
Doktor bekerja penuh komitmen;
Dugaan datang penuh kesabaran,
Kesabaran anda mendapat ganjaran.
Bilik pembedahan sunyi sepi,
Pakar bedah bekerja penuh teliti;
Menjalankan pembedahan berhati-hati,
Pesakit sembuh senang hati.
Sabarlah pesakit atas dugaan,
Ku doakan dikau segera sembuh;
Warga hospital penuh sopan,
Penyayang mereka buat mu sembuh.
Cucilah tangan sebelum makan,
Jaga kebersihan mesti diutamakan;
Segala penyakit dapat dijauhkan,
Anda sihat terukir senyuman.
Doktor bekerja tak tentu masa,
Nyawa pesakit amat diutamakan;
Apabila bekerja tidak tergesa-gesa,
Agar pesakit dapat disembuhkan.
Terhibur hati terima senyuman,
Senyuman warga hospital hati terhibur;
Kurangnya sakit bila tersenyum,
Bicaramu sopan lagi teratur.
Tiada langsung bersikap sombong,
Biarpun berjawatan Ketua Pengarah;
Warga hospital hormat kerana penyayang,
Mereka bekerja tanpa diarah.
Ketua Jururawat seorang berpersonaliti,
Menggalakkan jururawat berpekerti tinggi;
Melayani pesakit seperti keluarga sendiri,
Kesembuhan pesakit itu dihajati.
Sabarlah duhai pesakitku,
Sakitmu sakitku juga;
Kudoakan segera sembuh untukmu,
Moga Allah perkenankan semua yang berdoa.
Gembiranya hati dapat layanan,
Warga hospital baik budi;
Semua pesakit mendapat rawatan,
Sakit dialami dapat diubati.
Ucapan terima kasih warga hospital,
Merawat pesakit dalam kesabaran;
Datang ke sini saling kenal-mengenal,
Moga Tuhan membalas segala kebaikan.
Rajinlah makan ubat duhai pesakitku,
Segera sembuh itu doaku;
Sembuhmu kebahagianku,
Kesihatanmu keutamaanku.
Karya: Rha NS
8 Julai 2011
Monday, 3 October 2011
KESIHATANMU KEUTAMAANKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment