Wednesday, 5 October 2011

SYURGANYA DIBALAS TANDA KASIH SAYANG

FROM EARLIER TODAY
Assalamualaikum Bonda..
Ape Kabar nih....??
· · See Friendship · 4 hours ago · 


  • Rans Romeo likes this.

    • Rabeah Mohd Ali Waalaikumussalam warahmatullahiwarakatuh. Kabar baik...lama tak dengan berita...nanda apa perkembangan sekarang ye...mesti dan berjaya dan bahagia...Amin.
      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Sahabat apa kabarmu di sana,
      Sudah lama tak dengar berita;
      Kalau sibuk ku tak tanya,
      Ada masa hantarlah berita.

      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Kerjayamu sekarang gimana,
      Kudoakan usahamu selalu berjaya;
      Berjaya dalam hidup dan bahagia,
      Bahagia dunia akhirat dalam redhaNya.

      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Dalam gambar macam marah saja,
      Adakah marah pada sahabatmu ini,
      hati dah marah nak buat macam mana,
      Ambil wuduk penyejuk hati.

      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Sahabat yang selalu marah kawan-kawan lari,
      Lari tak mahu bersahabat denganmu;
      Jangan marah kalau kawanmu lari,
      Akibat marah yang ada di hatimu.
      IHihihi)

      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Kenapa ada benci di hatimu,
      Mungkin situasi jadi hati tak menentu;
      Padamkan marah di hatimu,
      Sinarkan seri bulan purnama di wajahmu.

      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Hakikatnya di hatimu ada pelangi cinta,
      Cinta sesama insan juga keluarga;
      Kau terima apa adanya,
      Moga dirimu bahagia selamanya.

      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Di sana menunggu si bunga menanti,
      Mana satu pilihan hati;
      Pilihlah yang mana satu pilihan hati,
      Kudoakan keputusan dibuat Allah restui.

      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali

      Indah sungguh perjalanan kehidupan,
      Suka dan duka lakaran hidup,
      Semuanya dilalui dengan ketabahan,
      Sebagai ujian semasa hidup.

      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali

      Kehidupan di dunia pasti diuji,
      Kesabaran paling penting;
      Cekalkan hatimu bila diuji,
      SyurgaNya dibalas tanda Kasih Sayang.
       
      hours ago ·

        • Rans Romeo waduh,... Tak pandai nak kujawab pantun bunda nich. Hehehe... Tapi saya cubalah ye..

          Bungaku bukanlah sembarang bunga,
          tapi bunga impian nan harum semerbak,
          bundaku sayang nan bijaksana,
          selalu kukenang walau tak nampak...

          2 hours ago ·

        • Rans Romeo Jauh sungguh pergi mandi,
          maksud hati hendak bertapa,
          berat sungguh menanggung budi,
          seribu tahun memang tak lupa...

          2 hours ago ·

        • Rans Romeo Bila memandang ke muka laut,
          nampaklah sampan mudik ke hulu,
          bila terkenang mulut menyebut,
          Bonda yang baik ku ingat slalu...

          2 hours ago ·

        • Rans Romeo Yang kurik hanyalah kundi,
          yang marah hanya saga,
          yang baik bonda Rabeah Mohd Ali,
          yang tampak indah jika berbahasa...

          2 hours ago ·

        • Rabeah Mohd Ali Waduh...! Tak sangka nanda pandai berpantun,
          Dalam diam ada bakat seni terpendam;
          Kebaikan ditaburkan bukan untuk mendapat pujian,
          Hanyalah kerana memanjangkan talisiraturrahim.

          2 hours ago ·

        • Rabeah Mohd Ali Malam indah diserikan rang bulan,
          Diserikan lagi taburan bintang-bintang;
          Hajat hati nak menempa kejayaan,
          Rupanya rintangan selalu menghalang.

          about an hour ago ·

        • Rabeah Mohd Ali Kutabahkan juga demiNya,
          Kutersenyum dalam luka;
          Kumengadu suka duka kepadaNya,
          Moga hidupku dalam redhaNya.

          about an hour ago ·

        • Rans Romeo Belajar dari bonda juga lah.... Hehehe.
          about an hour ago ·

        • Rabeah Mohd Ali Gimana dah layari ke blog bunda,
          Dah layari sudilah baca semuanya;
          Jangan nangis jangan tergelak tika membaca,
          Karya dari bunda untuk pembaca tersayang semuanya.

          about an hour ago ·

        • Rans Romeo Salut...!! Kepada Bondaku Rabeah Mohd Ali. Teruslah berkarya Bonda, jangan berhenti sebelum ajal menjemput, kelak banyak makna dan pelajaran yang didapat para pembaca blog bonda...
          Tetaplah menjadi Panutan buat sang pencari arti hidup yang sesungguhnya...

          Bonda is the best..

          about an hour ago ·

        • Rabeah Mohd Ali
          Si Athaya Nabila pun sudah pandai berpantun,
          Nampaknya tambah seorang lagi muridku;
          Kalau semua teman fbku pandai berpantun,
          Sukanya hati senada seirama bersamaku.


          (hihihi) Boleh menambah koleksi di blog : sasteraku duniaku nanti (hihihi)

          Apapun terima kasih atas segala sokongan nanda. Moga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikanmu nanda. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

          about an hour ago ·



  • Karya Rha NS
    6 Oktober 2011

    (PETIKAN DARIPADA RANS ROMEO WALL)

0 comments:

Post a Comment

 
;