Monday, 3 October 2011

DERMALAH ORGAN UNTUK MENYEMPURNAKAN SEBUAH KEHIDUPAN INSAN


  •                                                                                       

    DUA SAHABAT SEDANG MEMBICARAKAN TENTANG ISU PENDERMAAN ORGAN

    MARIA : Kau tak terpanggil ke nak menderma organ?

    SITI : Aku takutlah...

    MARIA : Apa yang kau takutkan?

    SITI : Sebab aku takut mati

    MARIA : Yang hidup pasti mati..takut atau tak akan mati

    SITI : Tukar tajuk lain boleh tak? Aku belum bersedia
    nak matilah

    MARIA : Kalau malaikat maut datang ...boleh ke kau kata
    aku belum bersedia?

    SITI: Tak boleh

    MARIA: Kenapa pulak tak boleh?

    SITI : Malaikat patuh kepada TuhanNya Tuhanku juga
    Bila tiba masanya tak dilewatkan tak dicepatkan
    walaupun sesaat. Engkau tak tahu ke itukan masuk
    Rukun Iman yang wajib umat Islam percaya?

    MARIA : Tahu ustazah. Sebab kita sama-sama tahu kita
    jangan ubah tajuk ye... kita bincangkan tajuk derma organ ini
    dari hati ke hati. Macam mana ustazah?

    SITI : Engkau ni...aku baru pandai sikit engkau dah panggil
    aku ustazah... tak apalah oleh kerana kita sama-sama akan
    mati dan setiap yang bernyawa itu akan mati kita bincangkan ye
    tapi penuh berhati-hati agar tidak disalah ertikan
    Aku ikut pemahaman aku...kalau aku salah engkau betulkan atau
    siapa-siapa yang lebih arif nanti akan betulkan apa yang kita
    bicarakan ini ye...

    MARIA : Aku pun macam engkau juga kalau aku salah kau betulkan
    atau siapa-siapa yang pandai betulkan agar tak disalah ertikan
    Apa pendapat engkau tentang isu pendermaan organ Siti?

    SITI : Aku akan dermakan semua organ aku selagi mana boleh
    digunakan oleh mereka yang memerlukan. Sebabkan apa...aku pernah
    dengar isteri Rasullullah meminta Rasulullah menjualkan tulang-
    belulangnya jika ianya boleh menegakkan agama Allah di muka bumi.

    MARIA : Masya-Allah sampai ke situ kau fikir Siti?

    SITI : Engkau pulak nak derma organ apa?

    MARIA: Semua aku derma kecuali hati..

    SITI : Kenapa?

    MARIA: Kerana hatiku telah kuberikan pada Allah

    SITI : Masa tu kan kita dah mati ...hati kau itu kan
    akan musnah juga

    MARIA: Kitakan ada dua hati...

    SITI:  Dua hati?

    MARIA: Satukan hati nampak dan satu hati tak nampak
    Hati yang tak nampak inilah samada diterima Allah
    atau tak...Betul tak?

    SITI: Betul...Betul...Betul...

    Karya Rha NS
    3 Oktober 2011
    · · 10 minutes ago near Kuala Lumpur


0 comments:

Post a Comment

 
;