Profesor Wu Zong Yu...
Biarpun aku tak mengenalimu
Dan baru pertama kali mengenalimu di sini
Hatiku rasa terharu! Penuh syahdu!
Tak sangka aku...ada juga wujud insan sepertimu
Yang bukan warganegaraku...
Memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu
Dengan rasa bangga tanpa rasa jemu tanpa berputus asas
Kau memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku
Sejak dari usia remaja hingga ke usia emas
Terkedu aku! Terharu sangat-sangat!
Dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu...
Kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku, aku pun tak tahu...
siapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu...
Yang aku tahu...
Kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
Kau berkorban masa ....tenaga...dan segalanya untuk mempertabatkan
Bahasa Kebangsaan Negaraku...
Kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
Kau terus dan terus dengan semangat kentalmu
Memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
Sehinggakan ramai rakyat negaramu yang meminati dan jatuh cinta
Pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
Mereka belajar bersungguh-sungguh setiap apa yang kau ajar
Sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
Kau akan bangga bila mereka pandai berbahasa indah
Menyusun kata-kata indah bila berkata
Itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi...
Jasa dan budimu mempertabatkan Bahasa Kebangsaan Negara kami
Amat kami hargai dan sanjungi!
Kami terharu dalam penuh syukur
Semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu ingin kami contohi
Kaulah idola kami di Malaysia ini!
Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
Sekalung tahniah daripada kami
Atas Pengkurniaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan
Moga usahamu mempertabatkan Bahasa Melayu tetap
Utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
Kalau kau boleh! Kamipun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung dan sentiasa mewangi
di hati kami biarpun kau telah tiada nanti!
Terima kasih untuk segala pengorbanan ikhlasmu itu
Kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
Profesor Wu Zong Yu!
Karya Rha NS
3 Oktober 2011
(Terima Kasih Kepada Prof. Kembara Bahasa Kerana mu Tercetusnya
Ilham Puisi ini Dan Sebagai Menghargai Prof. Berdua DiAbadikan
Puisi Profesor Wu Zong Yu & Syair Kembara Bahasa Di Dua Blog:
bukukreatifpatriotik.blogs
0 comments:
Post a Comment