DERITA SAYANG DERITA RINDU YANG TAK TERTANGGUNG!
Tempuh hari kulihat seorang makcik... matanya merah.
Airmata mengalir deras tanpa henti. Aku menghampirinya.
"Makcik sakit ke?"
"Tak...cuma sedih je..."
"Napa"
"Anak makcik tinggalkan makcik. Dah sekolahkan dia
hingga belajar sampai universiti. Dah kerja...terus
tak mahu balik... Ini ke balasan dia pada makcik?
Makcik sangat-sangat sayangkannya walaupun dia bukan
anak makcik. Masa nak biayai pelajarannya ke
universiti sampai gadaikan geran tapak tanah rumah
makcik....jual barang kemas." Dia menangis semahunya.
Aku tergamam terharu tanpa kusedari aku menangis.
"Sabarlah makcik ye...."
"Makcik terlalu sayangkan dia....makcik terlalu rindukan
dia....!Boleh ke makcik sabar dengan sayang dan rindu makcik ni?
Kalau dia tak mahu balas segala budi baik makcik belanya tak apa
tapi balaslah kasih sayang makcik ini pun dah cukup...
Makcik sayangkan dia....makcik rindukan dia..."
Dia menangis lagi kuat mengeluarkan segala derita sayang
dan rindu yang tak tertanggung.
"Makcik banyak berdoa ye...mana tahu hatinya lembut dan pulang
ke pangkuan makcik."
Menurut cerita Puan Halimah, Rizal cumalah anak angkatnya yang
dijumpai di muka pintu rumahnya. Siapakah yang meletakkan bayi
di depan muka pintu rumahnya ....dia tidak tahu.
Atas persetujuan suaminya dia memelihara bayi muka pintu itu
memandangkan dia tidak mempunyai anak. Dipelihara dengan penuh
kasih sayang dan diberikan pendidikan sepenuhnya tapi apabila
sudah berjaya ditinggalkan ibu dan bapa angkatnya yang kini
hidup merempat kerana tanah tapak rumah yang dicagarkan untuk
membiayai pelajaran anak angkatnya tidak dapat ditebus!
Kepada Rizal anak kesayangan Puan Halimah...pulanglah kepada
ibu mu....dia sekarang amat merinduimu...takut-takut nanti
kau tak sempat melihatnya buat kali terakhir!Dan tak sempat
memohon maaf di atas kesalahanmu padanya.
Ingatlah kelahiranmu tidak diperlukan oleh kedua orang tua mu
sebab itu dibuangmu di depan muka pintu rumah Puan Halimah.
Dengan rasa kasih sayang seorang ibu yang tidak berbelah bahagi
dipeliharamu dengan penuh kasih sayang. Adakah ini balasan yang
patut ibu angkatmu terima? Fikir-fikirkanlah duhai Rizal...
Karya Rha NS
8 Oktober 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment