Tuesday 4 October 2011

CINTA TERLUKA DILUKAI CINTA SYURGA MENANTI








  • CINTA TERLUKA DILUKAI
    CINTA SYURGA MENANTI

    Kau kata cintamu didurhakai kekasih hati
    Lalu kau terluka menangis sendirian
    Kau makan hati ...tiada siapa yang memujuk
    Kau meratap pilu kekasih hati berbulan madu di tasik rindu
    Kau berendam air mata luka berpanjangan
    Dia setega itu menzalimi cintamu
    Tapi kau masih sayang dan rindu padanya
    Mengharap ihsan cintanya kembali padamu

    Bila cintamu tak kesampaian
    Dia telah berarah cinta
    Dia telah lupakanmu
    Dan melupakanmu selamanya
    Bererti dia bukan jodoh untukmu
    Bererti dia tidak sesuai untuk memiliki cintamu
    Kerana cintamu setia dan suci

    Akan ada cinta lain bertandang di hatimu
    Untuk kau miliki dan pastinya
    Cinta itu mendapat restu keluarga mendapat restu Allah

    Cinta yang membawamu berkekalan hinga ke Syurga Insya-Allah

    Doaku sentiasa mengiringi kebahagiaanmu duhai sahabat
    yang kusayangi dunia akhirat

    Karya Rha NS
    5 Oktober 2011
    · · 5 minutes ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 
;