Monday, 3 October 2011

JANGAN KUNCI HATI DI DALAM HATIMU







  • JANGAN KUNCI HATI DI DALAM HATIMU

    Duhai kawan...
    Jangan kunci hatimu di dalam hati
    Kerana akan payah membukanya

    Kuncilah hatimu dalam peti
    Kerana kuncinya ada padamu
    Jika hatimu sejuk senang dibuka
    Senang kau maafkan aku

    Duhai kawan hatimu akan
    Menjadi sesejuk salju
    Jika mendapat Nur Hidayah kasihNya
    Lantas mudah saja kau membuka hatimu
    Untuk memaafkanku

    Antara peti dan hati
    Kupilih hati
    Kerana
    Kau akan maafkan aku dengan setulusnya

    Moga kau dan aku saling muhasabah diri
    Kerana kita saling tak sempurna!

    Karya Rha NS
    3 Oktober 2011
    · · 2 hours ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 
;