SEKALI AKU JATUH CINTA
kau yang kurindu
langit kelam
ombak beralun sakan
angin berdesir kalut
mukamu berkerut
aku mengerti
jiwamu bergelora
aku di sini
seolah menjauh
kadang girang
kadang muram
kadang berbaur rasa
tiada tenteram
sama sepertimu
menerawang
terbang
meresah mendesah
aku tahu
engkaupun tahu
kau sentiasa tersemat di jiwa
nombor satu dalam carta hatiku
By: Lisa Arif
9 Julai 2012
AKU CUMALAH SEKADAR CINTA SANDARAN
Kasih...
Jangan kau pandai berkata manis
Katamu tak seiring janjimu
Kau lafazkan cinta
Kau lafazkan sayang
Tapi semudah itu kau lupakan
Hinggakan aku terdera rindukanmu
Rindu bayangan
Dan rindu itu diheret ganas oleh ombak rindu
Hatiku terluka parah
Hingga hatiku tertanya-tanya
Adakah kau masih mencintaiku lagi
Kerana setega itu
Kau biarkan
Pungguk rindukan bulan
Tanpa sahutan
Jika hingga berlarutan
Kau sepikan cintaku
Tahulah aku
Cinta dan kasihmu
Telah kau padamkan di jiwamu
Dan aku redha
Takdir cinta bukan milikku
Takdir cinta miliknya yang kau puja
Aku cumalah sekadar cinta sandaranmu
Kudoakan moga kau bahagia
Mematrikan cintamu dengannya hingga ke Syurga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
9 Julai 2012
CUKUPLAH WALAU SEKALI BERDETIK
itulah bermula
itulah rentetan jalan ceritaku
sekali terdetik
itulah kelangsungannya
akan kukepal
utuh kusimpan di hati
selamanya
selagi aku tidak engkau singkirkan
bersamamu kupeluk erat
jangan kau pertikaikan
kesetiaanku
bagai jasad dan nafasmu
By: Lisa Arif
CINTAMU KELAM DITELAN OMBAK RINDU
Duhai kasih...
Bagaimana hendak kupercaya lagi katamu
Mulut bicara lain hati mendustakan
Makanya aku tak pecaya lagi dengan
Setiap patah perkataanmu
Kejujuranmu puas kucari
Tapi kelam ditelan ombak rindu
Gara-gara ombak rindu yang
Selalu memisahkan kasih kita
Agar terpisah selamanya
Kau mengingatkan aku
Agar jangan terpedaya dengan
Kata-kata ombak rindu
Nah...sekarang ini
Kau yang terpedaya dengan kata-katanya
Setelah kau percaya katanya...
Kau tinggalkan aku
Tanpa mengucapkan selamat tinggal
CINTA TERLUKA...
Dan aku terima takdir ini dengan rela...
Karya Putri Rimba Niagara
10 Julai 2012
sekali aku jatuh cinta
dengan sekali
ertinya selamanya
usahlah engkau pertikai
aku kenal diriku
aku faham hatiku
kasihku bukan dipaksa
kasih bukan di bibir saja
sekali terpahat di hati
kekal selamanya
hingga bawa kemati
hatiku usah disangkal lagi
biar tiada patah sapaku
biar tiada kiriman dariku
cukuplah aku ingatkan padamu
di mana sekalipun aku berada
ke mana sekalipun aku pergi
engkaulah yang setia menemani hati ini
aku cinta padamu sungguh
By: Lisa Arif
9 Julai 2012
CINTA DI PERDU RINDU
Kalau cinta kenapa hatiku kau lukai
Kalau kasih kenapa hati bicara tak seiring kata-kata
Apalah maknanya cinta dan kasih
Tapi disakiti dan disepikan
Dan biarlah derita cintaku ini
Senasib si pungguk rindukan bulan
Tak jemu-jemu merindukan bulan
Tapi bulan terus membisu dalam sepi
Wajarkah aku terima cinta terluka
Setelah kesetiaanmu melafazkan janji
Cumalah kepalsuan...
Aku rela berputus cinta denganmu
Daripada aku putus cinta dengan Allah Robbul Idzatii
Perpisahan ini kau yang pinta
Kerana kau akui sendiri kau sudah bahagia
Di samping dia yang kau cinta...
Dan demi kebahagiaanmu itu
Biarlah aku undur diri
Dari terus-terusan melukakan
Hatimu hatiku
Dan aku mendoakan
Kebahagian untukmu
Apapun kuucapkan terima kasih
Kerana sudi singgah
Di laman cintaku
Dan cinta di antara kau dan aku itu
Kubingkaikan menjadi
Novel Cinta ...
Yang Syahdu Di Perdu Rindu
Cinta Terluka
Si Pungguk Rindukan Bulan
Seumur hidup kau dan aku
PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012
kARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment