- TERIMA DINDA
Terima kasih dinda...kerana kehadiranmu di saat-saat hatiku dilanda luka parah kau sudi jahit dengan benang cintamu...lalu sembuh bersama dibaluti kasihmu setulus hati. Terima kasih Ya Allah ...Kau hadirkan hamba-Mu yang ikhlas untuk merawat dukaku. Moga Allah membalas budi baikmu dinda. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
PUTRI RIMBA NIAGARA
15 Julai 2012
KASIH DAN RINDUKU TELAH DIHERET OMBAK RINDU
Sejak kematian dayangku Si Kunta Si Kunte
aku buntu
jiwaku tak menentu
hidup bagaikan tak bermakna
kerana yang aku ada cuma mereka berdua
mereka tak jemu memberi sokongan padaku
jika aku tak mampu menulis
dialah yang memegang tanganku
yang terkelepai layu
digenggam erat menyuruh aku berpena
dan daunan kasih yang dipetik di rimba niagara
tersedia di tangan ku
si kunta memberikan pen
si kunte memberikan daunan kasih
untuk kucoretkan puisi gurindam syair dan pantun
jika aku tak bangun juga mereka mulalah
menari gelek padaku
aku apa lagi tergelak-gelak
hilang sakit kepalaku
terus banyak idea
dan mereka tahu itu
adalah kelemahanku
semangatku terus ada semula ...
pernah sakit kepalaku
rasa nak meletup-letup
layar mindaku kosong
hingga aku tak boleh menulis lagi
mereka apa lagi paksa aku
telan penadol
aku pulak penakut makan ubat
mereka apa lagi
si kunta memegang kedua tanganku begitu kuat
manakala si kunte masukan ubat ke mulutku
heii...geli tangan mereka yang berbulu tu...
tapi nak buat macam mana kena telan juga panadol
Dengan izin Tuhan sakit kepalaku pun sembuh
Syukur Alhamdulillah
Mereka mahu aku sihat selalu
Agar aku boleh mengarang dan terus mengarang
Katanya kalau aku tak mengarang
Seluruh penghuni rimba
Seakan di timpa mendung
Sekarang ini buah hatiku pengarang jantungku
Telah mati lemas di ombak rindu
Ketika mahu mencari mahkotaku yang
Hilang ditelan ombak rindu
Kata mereka ...mereka akan cari sampai dapat
Mahkota itu demi kebahagiaanku dan penghuni rimba
Dengan ketiadaan mahkota itu aku tidak dapat
Ditabalkan menjadi Ratu Rimba Niagara
Aku katakan pada mereka
Aku perlukan cuma mereka
Tak perlukan pangkat Ratu
Kasih dan sayang mereka
Sudah cukup bagiku
Untuk mempelangikan keindahan hidup ini
Sekarang dengan ketiadaan mereka
Hidupku sepi
Tanpa cinta dan rindu setulus hati lagi
Makanya tanganku longlai
Untuk memegang pena
Yang bisu
Sepi dan rinduku telah diheret ombak rindu...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
15 Julai 2012BIAR AKU MENGHUKUM DIRIKU TERDERA RINDUKANMU DUHAI BULAN
Aku rindukan negaramu bulan ...
Negaramu mengajar aku arti kesetiaan kerinduan keperibadian tinggi
Sehingga aku malu dengan diriku sendiri
Adakah aku layak menjadi teman sejatimu
Kau sentiasa bersantun tinggi
Sedangkan aku selalu beremosi
Terlalu sensitif dengan jiwa seniku yang aku sendiri
Belum pasti apakah jiwa ku ini tak sekuatmu
Yang pertahankan uhkuwah sejati
Aku hukum diriku sendiri
Terpenjara dalam rinduku padamu
Sejujurnya berkata seiring hati
Tapi aku?
Ahh...demi kerana aku tak setanding kesetiaan dan kejujuranmu
Biarlah aku menghukum diriku terdera rindukanmu duhai bulan
Biarlah kita saling bersahut-sahutan di balik awal tebal
Jika itu boleh mendamaikan semua hati-hati yang merindu...
PUTRI RIMBA NIAGARA
15 Julai 2012- SEINDAH PURNAMA BERPELANGI MALAM
Rakan sastraku... kau apa kurangnya ...
Jika kau sudi ...ada masa terluangmu boleh berpuisi bersamaku
Kerana dunia puisi adalah duniaku
Puisiku tidaklah sehebat pujangga yang hebat
Janji kita berkata-kata indah...itulah puisi bagiku...
Seindah hati purnama
Pandanglah purnama
Di sana akan terbina bahasa-bahasa indah...
Seindah purnama berpelangi malam.
PUTRI RIMBA NIAGARA
15 Julai 2012
Bulan ku kelam bersama malam yang dingin Bintang ku sayup bersama lelangit yang gempita
15 Julai 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment