SEKALI JATUH CINTA ABADI SELAMA-NYA
Terima kasih duhai teman penawar imanku ...
Kaulah kamus kalbu hati di grup ini
Kau seperti pendeta duyung
Yang menjadi bahan rujukan penghuni duyung
Kalbumu suci dalam iman di sinari Nur Ilahi
Hati mu tiada berjerubu mencemburui
Semuanya kau kasih dalam iman
Semuanya kau hormati dalam kasih suci
Biarpun hidupmu dihabiskan dengan ilmu dunia akhirat
Yang pasti kau mahu menjadi hamba-Nya berjiwa hamba
Biarpun namamu tidak mendapat sanjungan daripada manusia
Asalkan kau dikenali oleh seluruh penghuni langit
Dan Allah Azzawajallah sentiasa meredhaimu
Itulah yang kau dambakan dalam hidupmu
Sepanjangan masa dan tanpa batas waktu
Untuk terus-menerus bernafas
Dalam kalimah suci-Nya
Agar menjadi bukti cintamu pada-Nya
Kekasih yang kau puja
Seumur hidupmu
Sehingga nafas terakhirmu
Kaulah hamba suci moga keikhlasanmu mencintai-Nya
Dibalas menjadi roh suci dengan ketenangan pabila
Di hari Pertemuanmu dengan Kekasihmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Indahnya di saat itu..
Hanya DIA dan kau yang mengerti...
Itulah CINTA YANG KAU DAMBAKAN
Di kala hidup di dunia dulu
Dan direalitikan cintamu
Bukan hayalan tapi
Pastinya realiti
Kerana bila DIA berjanji pasti ditepati
Dugaan yang diberikan padamu
Adalah lambang cinta-Nya padamu
Sekali kau jatuh cinta pada-Nya
Tak akan terpadam
Abadi selamanya
Itulah cinta yang kau, aku dan semua para kekasih-NYa
Dambakan selagi jantung berdetak
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Julai 2012- KARYAKU ADALAH JIWAKU
Duhai teman penawar iman...
Di kala kau klik karya ku
Di situlah jiwaku
Semua jiwaku ada terangkum di karyaku
Cuma mereka yang memahami saja jiwaku
Akan mengklik karyaku
Karyaku ...
Meng-Agungkan-Nya
Mencintai dan mengasihi semua yang
Ada di langit dan di bumi
Kerana-Nya
Terima kasih kerana sudi mengklik karyaku kerana-Nya
Moga aku, kau dan semua yang membaca karya-karyaku
Mendapat SINAR NUR HIDAYAH KASIH-NYA
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Julai 2012 Cakarawala Sumber Inspirasi Saya
Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.
Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.
Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.
Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.
Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!
Saya Bahagia
Hidup saya indah…
Seindah bulan di langit.
Hidup saya terang
Seterang bintang bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
Seceria pelangi yang berwarna-warni.
Hidup saya bahagia
sebahagia matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.
Hidup saya setia...
Sesetia pengedaran bumi yang
berputar mengikut paksinya.
Hidup saya aman...
Seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit masing-masing.
Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan musnahlah segalanya.
Justeru saya tidak mahu begitu!
Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
Dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!
Karya: Putri Rimba Niagara
15 Julai 2012MARHABAN YA RAMADHAN
Ya Ramadhan
Rebana....berlagulah
dan seruling berbisiklah
dalam tarian ulek
di buai ombak seroja
bisik berbisik di Muntaha
lihat....dan dengar
pedang berdenting di Uhud
kapankan kedahagaan
dan balut lilit kelaparan
mari kita berpesta di Bulan kePanasan
Marhaban Ya Ramadhan
biar ku lontarkan sauh keEgoan
terhenti di sini
ku mendengar sendiri paluan rebana
dan memPialakan tiupan seruling
Marhaban Ya kebisuan....Marhaban Ya keSendirian....
aku di sini mengHakikatkan Ramadhan ....
AwaL
Unlike · · Unfollow Post · July 10 at 6:01pm near Kuala Lumpur
You and Fatimah Bt Husin Tim like this.
MARHABAN YA RAMADHAN
aku di sini mengHakikatkan Ramadhan
untuk kulontarkan sauh keEgoan
yang telah sebati dalam roh dan jasadku
kuhanyutkan keEgoan di ombak seroja
biar berdenting pedang di Uhud
menebas mati segala keEgoanku
barulah aman roh dan jasadku
Bila keegoaan sudah mati di kalbu
Marhaban Ya Ramadhan
Kutunggumu penuh rindu
Iman yang kudus kubalut lilit kelaparan
Dan tak akan kubiarkan
Marhaban Ya Kebisuan...
Marhaban Ya keSendirian
Marhaban Ya Ramadhan
aku di sini mengHakikatkan Ramadhan
moga Piala Lailatul Qadar berjaya kuraih
syukur 80 tahun amalan memberi makna
dunia akhiratku
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012
Yesterday at 8:02am · Edited · Like · 1
KARYA : AWAL N AKHIR & PUTRI RIMBA NIAGARA
15 Julai 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)
15 Julai 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment