Thursday, 19 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (258) - MOGA SELAMAT DALAM PELAYARAN PERJUANGAN DUNIA AKHIRATMU LAKSAMANA MAS



 ·  · 
  • You and 11 others like this.
    • AKU MENITIP LAYAR PERAHU-MU

      Aku menitip layar perahuMu
      pada laut jiwa Syamtan yang semu
      tika rindu baru bangun di mata Kablan
      meniti antara qalbi Syusha

      Bilamana aku menitip layar ke perahu-Mu
      Aku kirimkan rindu tanpa jemu pada-Mu
      Agar KAU dapat membalas cintaku
      Tanpa jemu mencintai-Mu dan merindui-Mu
      Itulah sebuah pelayaran
      Yang mesti kumuat saratkan bekalan akhirat
      Moga ada Nilaian Di Sisi-Mu
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA & RAJENDRA NATH TAGORE
      15 Julai 2012
      July 15 at 9:48am ·  · 1
    • Marlen Inggit pgi hve nic day u too
      July 15 at 9:48am ·  · 1
    • Laksamana Mas Kanda Rabeah Mohd Ali , Injih....amin..nuwun
      July 15 at 9:49am ·  · 1
    • MARHABAN YA RAMADHAN

      Ya Ramadhan

      Rebana....berlagulah
      dan seruling berbisiklah
      dalam tarian ulek
      di buai ombak seroja
      bisik berbisik di Muntaha
      lihat....dan dengar
      pedang berdenting di Uhud
      kapankan kedahagaan
      dan balut lilit kelaparan
      mari kita berpesta di Bulan kePanasan
      Marhaban Ya Ramadhan
      biar ku lontarkan sauh keEgoan
      terhenti di sini
      ku mendengar sendiri paluan rebana
      dan memPialakan tiupan seruling
      Marhaban Ya kebisuan....Marhaban Ya keSendirian....
      aku di sini mengHakikatkan Ramadhan ....

      AwaL
      Unlike · · Unfollow Post · July 10 at 6:01pm near Kuala Lumpur
      You and Fatimah Bt Husin Tim like this.

      MARHABAN YA RAMADHAN

      aku di sini mengHakikatkan Ramadhan
      untuk kulontarkan sauh keEgoan
      yang telah sebati dalam roh dan jasadku

      kuhanyutkan keEgoan di ombak seroja
      biar berdenting pedang di Uhud
      menebas mati segala keEgoanku
      barulah aman roh dan jasadku
      Bila keegoaan sudah mati di kalbu

      Marhaban Ya Ramadhan
      Kutunggumu penuh rindu
      Iman yang kudus kubalut lilit kelaparan
      Dan tak akan kubiarkan
      Marhaban Ya Kebisuan...
      Marhaban Ya keSendirian

      Marhaban Ya Ramadhan
      aku di sini mengHakikatkan Ramadhan
      moga Piala Lailatul Qadar berjaya kuraih
      syukur 80 tahun amalan memberi makna
      dunia akhiratku
      Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PURI RIMBA NIAGARA
      14 Julai 2012
      July 15 at 9:50am ·  · 1
    • Laksamana Mas Marlen Inggit , Injih,..nuwun

    • Tuti Mulyadi good job, mga lancar n sukses sllu. salam...
      July 15 at 9:51am via mobile ·  · 1
    • Laksamana Mas Mbak Tuti Mulyadi , Injih...trmksh ats do'anya, amin..nuwun
    • BULAN RAMADHAN YANG DINANTI DALAM JIWA YANG HAMBA

      Ramadhan kutungggumu dengan rindu membara,
      Kau hadir hatiku gembira bukan kepalang;
      Kedatanganmu adalah hadiah dari Tuhanku Yang Maha Esa,
      Betapa Maha Agung-Nya Tuhanku Yang Maha Penyanyang.

      Allah Membuka Semua Pintu Syurga-Nya,
      Untuk diambil keberkatan oleh hamba-Nya;
      Pintu-pintu neraka ditutup serapat-Nya,
      Semua Syaitan melata disekat-Nya.

      Semua Syaitan melata disekat-Nya,
      Agar tidak mengganggu gugat hamba-hamba-Nya,
      Meraih ibadat sebanyak-banyak-Nya,
      Tanda Kasih Sayang Allah tanpa had-Nya,

      Tanda kasih sayang Allah tanpa had-Nya,
      Pada keseluruhan hamba-hamba-Nya;
      Syukurlah kita mendapat payung-Nya,
      Memayungi iman untuk ke jalan-Nya.

      Memayungi iman menuju ke jalan-Nya,
      Amalan dibuat rasa tenang dan damai;
      Segala dibuat ikhlas tanpa terpaksa,
      Maha Agung-Nya Allah pada hamba-Nya Yang DiCintai.

      Maha Agung-Nya Alllah pada hamba-Nya Yang Dicintai,
      Dibukakan pintu-pintu Syurga penuh keberkatan ;
      Allahu Akhbar ruginya aku jika cintaku tidak Dibalasi,
      Menyesal seumur hidupku dalam keghalatan.

      Menyesal seumur hidupku dalam keghalatan,
      Kerana tidak mensyukuri cinta suci yang Kau berikan;
      Kepadaku yang sentiasa dalam kelalaian,
      Merana roh dan jasadku berpanjangan.

      Sepanjang hari bulan Ramadhan tiada dalam ketenangan,
      Membiarkan masa berlalu pergi;
      Mengumpat mengeji orang itu yang kuamalkan,
      Hinggakan aku lupa Tuhanku mengeji.

      Hinggakan aku lupa Tuhanku mengeji,
      Kuamalkan dengan rasa tanpa bersalah pada diri;
      Teman-temanku melekakan aku lagi mempengaruhi,
      Hinggakan aku terpedaya sendiri.

      Hinggakan aku terpedaya sendiri,
      Kucermin diri malunya aku;
      Kulihat rohku turut mengeji,
      Kutangisi dalam dukaku.

      Kutangisi dalam dukaku,
      Kepada Allah ku merayu;
      Ampunkan kesalahanku,
      Baru tenang roh dan jasadku.

      Baru tenang roh dan jasadku,
      Memberontak jiwaku jika kuulangi;
      Kelalaian sentiasa memburuku,
      Kutakuti dimurkai Tuhanku nanti.

      Bulan Ramadhan bulan kesabaran,
      Menguji iman meningkatkan kesabaran;
      Ketakwaan itu yang dimahukan,
      Moga Allah segera makbulkan.

      Moga Allah segera makbulkan,
      Segala permohonan yang diredhai-MU;
      Melakukan amalan dalam kesabaran,
      Penuh keikhlasan terus-terusan mencintai-Mu.

      Bulan Ramadhan segala amalan digandakan,
      Bergandaan pahala tanpa hitungan;
      Hitungan pahala semua dalam pengetahuan,
      Pengetahuan Allah terletaknya segala Kekuasaan.

      Ya Allah dengan Rahmat dan Kasih Sayang-Mu tanpa batas,
      Berilah aku peluang untuk melakukan ibadat dengan seikhlas;
      Seikhlas hati seiring iman yang tempatnya di atas,
      Kasih-Mu sentiasa kuharapkan moga cintaku Kau balas.

      Malulah aku jika cintaku Kau tidak pedulikan,
      Rasa hidup sudah tidak bermakna lagi;
      Lebih baik aku dimatikan,
      Maluku hidup di bumi-Mu ini.

      Malu aku hidup di bumi-Mu ini,
      Kerana iman takku pasakkan;
      Keduniaan bertahta di hati,
      Diriku sendiri tetap kusalahkan.

      Di bulan mulia-Mu ini aku datang kepada-MU,
      Muhasabah diri atas kelalaianku;
      Tanpa Rahmat dan kasih sayang-Mu,
      Di akhirat nanti akan menyesallah aku.

      Membawa bekalan yang tiada nilai di sisi-Mu,
      Menangis aku sepenuh alam pun tiada berguna lagi;
      Takkan Kau terima lagi penyesalanku,
      Tiada tempatku di Syuga-Mu menyesallahku sendiri.

      Sebelum aku menyesal sendiri,
      Di bulan penuh keberkatan ini;
      Semua pintu Syuga-Mu dibukai,
      Ampunkan segala kesalahanku ini.

      Ampunkanlah segala kesalahanku ini,
      Air mataku ini sebagai buktinya,
      Tanda penyesalah yang tidak terperi,
      Agar di akhirat Kau terimaku nanti.

      Pandanglah aku duhai Tuhanku,
      Dengan kasih Sayang-Mu Yang Sejati,
      Kau tidak pernah memungkiri janji-Mu,
      Akan Kau tepati bila sampai nanti.

      Mana tahu ini Ramadhan terakhirku,
      Mahu kulakukan amalan sepenuh hati;
      Hanyalah Kau menjadi tumpuanku,
      Tiada lain difikirkan hanya Kau sentiasa di hati.

      Syukurku dalam sujudku,
      MingngatiMu setiap waktu:
      Di mana-mana ada Wajah-Mu,
      Aku terpana dalam Dzat cinta-MU.

      Ya Allah Kau bukakanlah hati-hati semua sahabataku,
      Untuk memaafkan segala kesalahanku pada mereka;
      Tiada niat untuk aku menyakiti hati-hati sahabatku,
      Menjelmanya Ramadhan mereka berlembut hati memaafkanku.

      Duhai sahabat aku hamba yang ingin ke jalan-jalan Ketuhanan,
      Di bumi Allah ini aku mengembara sebelum melangkah ke akhirat;
      Dalam pengembaraan ini ingin membawa bekalan,
      Makanya berlumba-lumbalah kita membawa bekalan akhirat.

      Sempena kedatangan Ramadhan ini
      Kuhulurkan sepuluh jari kepada semua di angin lalu
      Sudilah memaafkan segala kesalahan diriku ini
      Sepanjang aku bersiaran karya dan berkomunikasi denganmu

      Tutur kata telah kususun sebaik mungkin,
      Tapi aku tetap juga insan yang tak sempurna;
      Pada kalian tetap menyakitkan dan menyeksakan,
      Makanya maafkan daku kerana kekhilafanku dalam berbicara.

      Aku tidak mahu menjadi insan,
      Yang sengaja menyakitkan hatimu;
      Yang ada di hatiku kasih berpanjangan,
      Kasihmu kasihku biarpun terpisah namun sentiasa mewangi di hatiku.

      Moga dengan luahan hatiku ini,
      Allah memaafkan segala kesalahanku;
      Mereka yang mengenaliku di alam maya dan di alam realiti,
      Juga berlembut hati memaafkan aku.

      Andaikata ini Ramadhan terakhirku,
      Barulah tenang roh dan jasadku;
      Allah dan manusia memaafkan aku,
      Itulah yang kudambakan dalam kalbu.

      Tuhanku berilah kekuatan beribadat kepadaku
      Kepada keluargaku dan semua pembaca karyaku
      Bukakanlah hati-hati kami untuk beribadat ikhlas kepada-Mu
      Makbulkan segala niat murniku keluargaku dan semua rakan alammayaku
      Masukkan kami semua ke Syurga-Mu
      Berkat beramal bersedekah jariah ke jalan-jalan-Mu
      Makbulkan doaku doa keluargaku dan doa semua rakan-rakan grupku dan fbku
      Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
      15 Julai 2012
      July 15 at 9:52am ·  · 1
    • Kanda Rabeah Mohd Ali , Injih...amin..nuwun
      July 15 at 9:53am ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali TENTANG MATI

      Kenapa takut mati?
      Takut mati mati
      Hindari mati mati
      Sihat mati
      Sakit pun mati
      Tua muda mati
      Kaya miskin mati
      Semuanya akan mati
      Mati milik semua
      Bersedia atau tidak mati
      Mati tak kira siapa
      Tak kira di mana
      Di mana-mana boleh mati
      Bersedia atau tidak mati
      Yang penting mati dalam husnul khotimah
      Mati dalam kebaikan dalam redho-Nya Ilahi
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      12 Jun 2012

      TERIMA KASIH SUARA AKHIRAT

      Kaya macam mana manusia itu
      Dia tetap miskin

      Apa maksudmu?
      Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya

      Kau lahir ke dunia ini kosong...

      Lagi aku tak faham?
      Apa maksud kosong
      Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
      Apa pulak kosong...

      Kau silap...
      Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
      Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
      Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
      Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
      Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
      Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
      Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
      Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
      Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
      Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...

      Apa maksudmu?
      Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
      Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
      Sebab aku ni pencinta harta
      Bagiku harta adalah segala-galanya
      Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
      Inikan hendak bersedekah
      Kirim salamlah
      Kalau nak kaya usaha sendirilah
      Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
      Ramai suka berkawan dengan aku
      Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
      Dan hormat gila-gila dengan aku...
      Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
      Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
      Pelik kan manusia ini..
      Cuba aku papa kedana...
      Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
      Manusia ini sukakan harta
      Sebab itu aku sukakan harta
      Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
      Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
      Dan sanjungi aku ...
      Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
      Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
      Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...

      Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
      Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
      Ha...sebab itulah aku katakan tadi
      Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
      Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
      Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
      Nak di kebumikan juga...
      Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
      Yelah nak ikut wasiat tuannya...
      Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...

      Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
      Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
      Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
      Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
      Dibeli boleh pocong-pocong
      Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
      Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
      Berminat ke nak beli...buntu aku ni...

      Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...

      Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
      Menyesal sebelum aku bergelar pocong

      Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
      Harta kau yang banyak-banyak ni
      Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
      Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
      Biarpun kau sudah berada di alam barzah
      Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
      Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
      Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
      Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
      Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
      Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
      Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
      Kau lafazkan melainkan
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
      Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
      Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
      Ke jalan-jalan Syurga-Nya

      Masya-Allah aku tak terfikir
      Sebagaimana yang kau fikir
      Terima kasih suara akhirat
      Kaulah sahabat dunia akhiratku
      Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
      DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
      Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      12 Jun 2012
      July 15 at 9:54am ·  · 1
    • MOGA ALLAH SWT MEREDHOI HIDUP MATIMU USTAZ

      Redha perlu dicari
      Bukan dinanti

      Inilah kisah yang ingin kukongsikan bersama pembaca alam maya
      Sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang ustaz kepadaku

      Ceritanya bermula begini.

      Ini pengalaman ustaz itu sendiri yang kerjayanya sebagai pendakwah mahu menyebarkan agama Allah Azzawajallah...apa yang dilakukan hanyalah mahu memcari Redha Allah SWT di kala dia hidup dan mati.

      Pengalamannya bersama Mat Rempit.
      Ustaz rela dirinya dipukul
      Disepak terajang dengan besi
      Hingga berdarah-darah
      Bengkak-bengkak urat sarafnya
      Semata ingin menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah SWT
      Berkat kesabaran ustaz
      Mat rempit itu diberi Allah SWT
      Nur Hidayah Kasih-Nya
      Mat rempit tersebut kini menjadi
      Seorang Hafiz Al-Quran
      Atas bimbingan ustaz

      Pengalamannya bersama
      Ketua Babi Hutan

      Ustaz bersama dua tiga orang
      Ingin pergi berdakwah
      Disebuah perkampungan orang asli
      Yang semuanya bukan menganuti agama Islam
      Dalam perjalanan ke sana
      Di petengahan jalan
      Kenderaan mereka dihadang oleh
      Sekumpulan babi hutan
      Ustaz keluar dari kenderaan
      Bertemu dengan ketua babi hutan
      Kerana dia sudah letakkan
      Hanya Allah sahaja yang ditakuti
      Dengan berani dia
      Berkata dengan ketua babi hutan itu

      Mata bertentangan mata
      Ketua babi hutan merenung mata ustaz
      "Duhai babi hutan sungguh pun engkau babi
      Tapi kau redha dengan asal kejadianmu
      Menjadi haiwan yang dilarang dimakan dan disentuh
      Oleh Pencipta-Mu...mulianya kamu biarpun kamu
      Bergelar babi...sifat redhamu amat tinggi...aku salut padamu babi..."
      Ketua babi hutan itu menganggukkan kepalany tanda bersyukurnya
      Dia pada Penciptanya yang mentakdirkan dia menjadi babi dan dia redha. Tergenang air mata ustaz penuh mengharu birukan jiwanya di kala itu.
      "Babi...kau redha dengan hidupmu yang selamanya haram
      Aku mahu ke seberang sana...untuk mencari redha Allah maka berilah
      aku laluan agar aku dapat menyebarkan agama Allah..."

      Ketua babi hutan menganggukkan kepalanya dan memberikan isyarat kepada semua sekumpulan babi hutan yang mengerumuni kenderaan
      ustaz ..agar pergi dari situ.

      Ustaz selamat pergi ke perkampungan orang asli dan berjaya mengislamkan sekampung orang asil tersebut.
      Syukur Alhamdulillah kepada Allah sebanyak-banyak-Nya

      Kepada ustaz pendakwah yang hidupmu penuh fisabilillah
      Kami doakan moga Allah SWT meredhai hidup dan matimu nanti
      Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      25 Mei 2012
    • oga dinda selamat dalam pelayaran perjuanganmu dan berjaya dalam segala yang dirancangkan bersama teman-temanmu. Berjaya di dunia berjaya juga di akhirat. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat. Maaf dipinta jika ada tutur kata tak seindah bahasa yang dituturkan sepanjang bersiaran di wallmu. Dengan ingatan tulus ikhlas dari kanda...Si Putri Rimba Niagara.

    • Alin Cinta palmbang'y d mna nih,,, kbtulan diriQ skrg da d plmbng,,,,
      July 15 at 10:04am via mobile ·  · 1
    • Laksamana Mas Mbak @Alin Cinta , Injih....ni msh di lampung utara, prjlanan 7 jam, ada undangan meeting dr kntraktor lokal, agenda n tempat ada ma team yg di Baturaja,...meetingna bsk, mdh2an nanti bsa OL, dlm agenda apa di Plmbang? nuwun
  • (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS & PUTRI RIMBA NIAGARA)|
    20 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;