Monday, 16 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (225) - AKU HAMBA-MU


 ·  · Share · 55 minutes ago

  • Lisa Arif and 4 others like this.
  • 1 share

    • Lisa Arif tq so nice
      45 minutes ago · 

    • Rabeah Mohd Ali CINTA MELEPASI HINGGA KE LANGIT KE TUJUH

      Duhai yang berjiwa hamba...
      Sebanyak mana pun dosamu
      Allah sentiasa mengampunkanmu
      Kerana dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
      Sentiasa muhasabah diri
      Mengaku betapa hinanya kita di Sisi-Nya
      Dan bila kau sudah tertunduk pada-Nya
      Tiada apa yang difikirkan lagi
      Dengan pesona dunia yang menipu
      Yang ada di hatimu
      DIA...DIA...DIA KEKASIH YANG KAU PUJA
      Dalam hati sepenuh jiwa
      Sepenuh iman meresap ke kalbu
      Mahu menjadi Kekasih-Nya yang setia
      Menga-Agungkan-Nya
      Di sebilang masa dan ketika

      Dan berazam menjadikan
      Kata-kata yang kau ungkapkan
      Seperti ahli Syurga
      Serasa esok mahu bertemu dengan Kekasih-Mu

      Kau begitu yakin
      ALLAH BUKAN MENGIRA BERMULANYA KAMU
      ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU

      Dengan kata-kata itulah memberi semangat
      Padamu untuk melakukan revolusi
      Ke atas imanmu yang selama ini berjerubu
      Ditutupi awal kelabu
      Kini menjadi
      Bintang yang bergemerlapan
      Dan cintamu pada-Nya
      Melepasi hingga ke langit ke tujuh
      SUBHANALLAH indah-Nya
      Pertemuan di kala itu
      Roh seorang hamba bertemu dengan
      Kekasih pujaan-Nya yang didambakan
      Menjadi realiti bukan sekadar angan-angan
      Kerana janji-Nya pasti
      Hanya yang mengerti
      Betapa indah-nya pabila
      CINTA MELEPASI HINGGA KE LANGIT KE TUJUH

      KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
      17 Julai 2012

      about a minute ago · Edited ·  · 1

      (PETIKAN DARIPADA WALL KEINDAHAN ALAM)
      17 Julai 2012
Tags: Kaká
Shared with:

0 comments:

Post a Comment

 
;