Monday, 16 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (224) - TOLONG BUANGKAN SELUMBAR DI HATIKU




    • tolong buangkan selumbar di hatiku

      seninya sebesar mata jarum
      peritnya terasa sehingga ke tulang hitam
      ngilu pedih berdenyutdenyut
      dibiarkan sakit bertambah sakit
      dibuang sukar tersiksa perit
      hendak tidak hendak
      tolonglah buangkan
      kelak bengkak bernanah
      aras deritanya akan membarah
      datanglah teman legakan sakitku
      tiada tertahan menyembam sendirian

       ·  ·  · 22 hours ago · 
      • You, Ahmad Tajuddin and 9 others like this.
        • KERANA HATIMU ADA CINTA DIA

          Duhai puteri salju cantik rupawan
          Memandang wajahmu hatiku tertawan
          Tertawan bahasa santunmu mengundang rindu
          Dalam igauanku kau selalu hadir dalam mimpiku
          Hatimu sedingin salju
          Mententeramkan imanku yang berjerubu
          Aku tak tahu ada selumbar di hatimu
          Yang kutahu kau adalah lambang cintaku yang tak pernah padam
          Di matamu
          Di wajahmu
          Di kalbumu
          Yang ada hanyalah DIA
          Kekasih yang kau puja
          Sejak azali hingga ke hujung nyawamu
          Sebab itu kau kukasih
          Kau kusayang
          Kau kurindu
          Dalam hati dalam kalbu
          Sepenuh iman mencintaimu dinda si Puteri Salju...
          Sejujurnya sayang...sejujurnya cinta...sungguh dinda
          Di hatiku hanya ada kamu
          Kerana hatimu ada CINTA DIA
          Izinkan aku menyintaimu kerana DIA
          Bersama mencintai DIA
          Pasti tenang roh dan jasad kita berdua
          Memadu kasih dan cinta-Nya
          Hingga Ke Syurga-Nya
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

          Karya Putri Rimba Niagara
          16 Julai 2012
          21 hours ago ·  · 3
    • RECENT ACTIVITY
    • Lisa Arif was tagged in RINDU DALAM SEPI's photo.
      ♥♥♥
       ·  · 22 hours ago · 
      • You, Ahmad TajuddinLisa Arif and 384 others like this.
        • DIA SEDANG MERANCANG YANG TERBAIK UNTUKMU

          Setiap pertemuan bukan perancangan kita
          Setiap perpisahan bukan kehendak kita
          Pertemuan membawa kesetiaan abadi pasti indah
          Perpisahan pasti menyakitkan dan buat hati dirundung kesedihan

          Pabila perpisahan terjadi bersangka baiklah dengan Allah Azzawajallah
          Kerana DIA sedang merancang untuk menggantikanmu yang lebih baik Untukmu makanya bersabarlah pasti jiwamu akan tenang.

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          16 Julai 2012
          12 hours ago ·  · 1
        • Shieda Qaseh betul tu, ALLAH lah yang mengetahui segala-galanya
          44 minutes ago · 
    • ‎(⁀‵⁀,) ♥
      .`⋎´ ♥¸.•°*”˜˜”*°•..♥~♥
      ... ♥¸.•°*”˜˜”*°•.♥ Bismillah ♥
      ..♥ •°*”˜˜”*°•.♥ Assalamu'alaikum & Selamat Pagi.♥
      ♥ ◠‿◠。

      Sabar itu bukan hanya dalam menghadapi masalah, musibah & ujian hidup... malah kita juga perlu bersabar dalam melakukan ibadat & amal kebajikan... Sesungguhnya bukan mudah melakukan amal kebaikan, apatahlagi untuk beristiqamah dalam melakukan ketaatan.— with Lisa Arif and 36 others.
       ·  ·  · Yesterday at 8:32am · 
    (PETIKAN DARIPADA WALL LISA ARIFF & PUTRI RIMBA NIAGARA)
    17 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;