Monday, 16 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (221) - KITALAH PELAKAR ALUNAN PUSAKA BANGSA...MEMARTABATKAN KESENIAN YANG ADA

































masih ada dayaku


lukisan kanvasku
tiada henti
tidak mungkin berhenti
walau menyulur datangku
aku gagahi
dengan tekad tersemat
kupalit menjadi lambang bererti
kukumpul segala dayaku
kerna aku sedar
aku sentiasa berperang
antara hatiku sendiri
ilhamnya sentiasa ada
tersemat untuk diluahi
semerbak mewangi
luhur dari ketulusan hati


By : Lisa Arif

  • You, Ahmad Tajuddin and 73 others like this.
  • 2 shares

    • Hendar Suhendar wajah masa depan ketua.hahahha
      June 30 at 3:59pm ·  · 2

    • Lisa Arif hehe
      milik lisa tuuu

      June 30 at 4:00pm ·  · 1

    • Venny Mariani Wijaya sebuah wajah akhir dari semua kehidupan di dunia g yg cantik g yang juga yg jelek. pd akhirnya jd tengkorak juga yg kayak gini nih??
      June 30 at 4:04pm ·  · 1

    • Lisa Arif tapi maintain senyumnyer
      June 30 at 4:05pm ·  · 2


    • Amirah Amir tidak berdaya lagi ...
      June 30 at 4:08pm ·  · 1

    • Lisa Arif mira
      letakjer menghiasi kamarmu
      hehe

      June 30 at 4:11pm ·  · 1

    • Amirah Amir hehe ..mimpi ngeri :P
      June 30 at 4:11pm ·  · 1

    • Lisa Arif hihiii
      jgn lupa harum sundalnyer
      ahaks

      June 30 at 4:12pm ·  · 1


    • Amirah Amir yg itu Mira kwot haha
      June 30 at 4:13pm ·  · 1

    • Lisa Arif hihiii
      miraaaaaa

      June 30 at 4:16pm ·  · 1


    • Amirah Amir berdua bersatu ahaksss .. thanks Lisa for tagging me .. your poems are fantastic .. mira ♥ it :)
      June 30 at 4:18pm ·  · 1

    • Lisa Arif hihiiii
      mira the best tau

      June 30 at 4:20pm ·  · 1


    • Amirah Amir ngee ..
      June 30 at 4:21pm ·  · 1

    • Telaga Jiwaku Terima kasih Lisa Arif
      June 30 at 4:22pm ·  · 1

    • Lisa Arif sama2
      tq abg Telaga Jiwaku
      sudi hadir


    • TANGISAN SI PUJANGGA

      aku ingin menulis
      menulis yang
      mengundang Nur Hidayah Kasih-NYa
      tapi telah disalah artikan
      katanya karyku menyakitkan hati
      ALLAHU AKHBAR!
      Telah kuberdoa pada Tuhan
      Jika aku menulis karya yang menyakitkan hati
      pembaca...rela kukakukan jemariku ini dari berpena ...tapi hingga sekarang Allah SWT sentiasa mencurah ilham kepadaku
      SYUKUR YA ALLAH...Kau saja yang memahami aku yang suka menulis sejak kecil lagi...dan aku akan menulis sehingga terhenti nafas terhentilah pena Insya Allah Aamiin. Moga karya yang kutulis ada nilaian di Sisi-Mu. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      30 Jun 2012

      June 30 at 4:45pm ·  · 1

    • Pak Aji Bani adoiii
      June 30 at 4:45pm ·  · 1

    • Yum Juri Terima kasih Lisa..♥♥♥
      June 30 at 4:46pm ·  · 1

    • KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?

      Engkau ni keturunan puteri ke?
      Engkau suka berlagak kan?
      Meluat aku...
      Weeii kau cermin sikit muka kau tu
      Harap mekap je lebih
      Buang mekap
      Tengok...
      Hodoh....
      Maka dari itu cermin sikit
      Engkau tu siapa...

      Aku sentiasa sedar diri
      Aku siapa
      Yang tak secantikmu
      Yang tak semudamu
      Aku memang tak setandingmu

      Ha sedar pun
      Habis tu kenapa
      Kau berlagak macam
      Seorang puteri raja
      Tak malu ke
      Perasan?

      Salah ke aku
      Menghargai kecantikan
      Kurniaan dari Allah
      Kalau kau nak tahu
      Jika aku tak bermekap
      Wajahku hodoh
      Kalau ditarik lapisan kulit
      Wajahku ini lagi hodoh
      Seperti tengkorak berjalan
      Termasuk juga wajah
      Engkau tanpa kulit di wajah
      Engkau boleh bayangkan
      Jadi apa nak dikesahkan
      Pada kecantikan yang
      Sementara ini...

      Habis tu kenapa kau
      Berwatak seperti puteri diRaja
      Kau perasan nak jadi puteri ke
      Putera mana yang hendak
      Kau pikat dan
      Putera mana yang akan terpikat
      Denganmu
      Lainlah aku cantik dan masih muda
      Tak perlu mekap pun dah cantik
      Sekali aku senyum 10 yang terpikat
      Tapi aku tak semudah itu terpikat
      Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja

      Yelah kau cantik dan muda
      Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...

      Tak perlu kau doakan sudah ada pun
      Cinta gila-gila dengan aku
      Kerana kecantikan aku
      Aku pun anak orang berada
      Makanya kenalah setaraf denganku

      Syukur Alhamdulillah
      Moga kau bahagia sahabatku

      Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
      Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
      Yang diimpikan oleh semua orang....

      Habis yang kau berlagak macam puteri tu
      Tak pesona dunia ke tu...

      Teman...aku ini cuma
      Menghayati watakku
      Sebagai seorang puteri rimba
      Yang tinggal bersama dengan
      Penghuni rimba niagara
      Takkanlah memegang watak
      Sebagai puteri rimba pun
      Nak cemburu....
      Lainlah puteri untuk manusia
      Bolehlah kau cemburu

      Nasib baik puteri rimba
      Kalau puteri istana memang aku cemburu
      Dengan haiwan apa nak dicemburukan
      Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
      Tak nak aku....

      Tahu tak apa...
      Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
      Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
      dunia sastraku agar aku dapat berpena
      Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
      Keikhlasan sokonganmu dalam karya
      SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      30 Jun 2012

      June 30 at 4:51pm ·  · 1




      • AKU MENULIS BUKAN FANTASI ATAU ANGAN-ANGAN


        Jangan risau duhai  rakan sastraku...selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...
        aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        30 Jun 2012

        June 30 at 5:00pm ·  · 1
      • une 30 at 5:00pm ·  · 1

    • Aziz Yusuf slmt ptg lisa arif...t'ksh
      June 30 at 5:17pm ·  · 1

    • Julie Webb Apa yg Allah berikpd kechantekan tidak kekal selama2 nya,,Apabila kita meningal, Hanya lah tinggal tulang tengorak di-dalam lubang lahat.
      June 30 at 7:11pm ·  · 1

    • Hazri Ajie G menyerlah!walaupun hanya tinggal...
      June 30 at 8:10pm ·  · 1

    • Lezaihasra Lm lukislah dikanvasmu itu, jangan kau hentikan, teruskan perjuanganmu itu.. kita sama, hanya kanvas ini lukisan hati kita...tQ
      June 30 at 9:10pm ·  · 2

    • Atok Bin Sengal atok copy pic ni ya
      June 30 at 9:20pm ·  · 1

    • Leenda Han tkasih lisa sbb sudi tag kt akk..best sgt menarik. Klau bleh tag sllu pun xpe..hehe!
      June 30 at 9:24pm ·  · 1

    • ALAM TEMAN KARIBKU BERPUISI

      Sejak kecil aku minat sastera
      Suka tengok bulan
      Aku berkata-kata dengan bulan

      Suka tengok bintang
      Suka tengok taburan bintang yang bergemerlapan

      Suka tengok laut
      Rasa sayu sangat

      Tapi bila setiap kali mendung datang
      Aku pasti sedih
      Tak tahu kenapa?
      Tapi nak buat macam mana
      Tuhan sudah takdirkan mendung
      Pada langit
      Tapi aku percaya langit sentiasa redha
      Apa saja yang ditentukan oleh Pencipta-Nya

      Aku bersyukur kerana bahasa alam
      Membuatkan aku boleh berbahasa indah-indah
      Walaupun tak seindah penyair ternama...

      Terima kasih bulan bintang laut awan dan apa
      Saja yang diciptakan Tuhanku
      Bersyukur kerana kalian sudi berkawan
      Denganku walaupun tanpa suara kalian
      Tapi indahnya ciptaaan kalian
      Membuatkan suara-suara kalian
      Terdengar jelas di kalbuku
      Aku teruja untuk terus
      Mengakui betapa Bijaksanaan-NYa
      Pencipta yang mencipta kalian
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
      Indah...indah...indah...sesungguhnya indah
      Mendamaikan jiwa seniku agar terus menarikan
      Pena membaitkan puisi-puisi indah betapa
      Indahnya kejadian kalian dan betapa
      Kebijaksanaan Allah Azzawajallah
      Tiada tandingan-Nya
      ALLAHU AKHBAR

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      1 Julai 2012

      July 1 at 8:12am ·  · 1

    • Lisa Arif indah sekali alunan alammu akak pu3 rimbaku
      santun bahasa
      lengguk bicara
      damai mengungkapkan segala
      semuanya kembali kpd sang pencipta
      lisa likes sesgt
      tq hadirmu ♥

      July 1 at 8:14am ·  · 1

    • CINTA ATAS KETENTUAN-NYA

      Cinta yang didambakan
      Oleh dua insan untuk
      Mematrikan cinta
      Dalam redha Ilahi
      Membawa tragedi yang menyayat hati

      Entah apa dosanya
      Mencintai yang dicintai
      Saling cinta mencintai
      Atas dasar Cinta Atas Ketentuan-Nya

      "Berdosakah aku mencintainya," Itulah
      Yang selalu diungkapkan berulang kali
      Berkali-kali sambil memandang cincin
      Bertahtakan permata dari Syurga dari
      Bidadaranya yang diKurniakan oleh Pencipta cinta dan rindu.

      Selalu yang dilafakan , " I love u darling & I miss u darling "
      Suasana kehidupan bagaikan di Syurga
      Berkata-kata bak penghuni Syurga
      Beribadat bersama-sama
      Sebagai bekalan pulang ke negeri abadi
      Moga diterima segala amalan itu
      Dapatlah mematrikan cinta hingga ke Syurga
      Ahhh! Dunia impian setiap pasangan bidadara dan bidadari
      Yang faham apa itu Takdir Atas Ketentuan-Nya

      Sedang mahu keluar dari istana, 'Rumahku Syurgaku'
      Untuk mencari rezeki disamping untuk meringankan beban
      Bidadara yang hidup serba sederhana...
      Dia ditahan oleh sekumpulan manusia berhatikan binatang buas!
      Memukul ...menghentak ...seluruh tubuh sehingga
      Berdarah....berdarah...darah...
      Sampai separuh mati...dikerjakannya....
      Raungan si bidadari cinta tidak dihiraukan
      "Tolonglah fahami keadaan aku...
      Berdosakan aku mencintainya...aku cumalah redha atas ketentuan-Nya cinta Kurniaan-Nya kenapa harus dengki denganku? Bunuhlah aku kalau itu dapat meredakan dendam kalian yang membara-bara itu...aku sudah redha kerana Ketentuan Cintaku Bersama Bidadaraku Hanya setakat ini saja...
      LAILLAHAILLAH MUHAMMADDARRASULLALLAH"
      Setelah habis bidadari cinta menghabiskan kalimah shahadahnya ...tubuhnya yang berdarah....darah...darah...disimbahi dengan minyak tanah oleh si pendendam
      Cinta menghidupkan api langsung terbakar hanguslah tubuh bidadari cinta kerana-Nya"

      Yang menjadi kemusykilan semua orang... Cincin Cinta Permta Dari Syurga tidak hangus...malah makin bersinar-sinar....dikucup penuh dengan linangan air mata oleh si bidadara cinta...." Kanda cincin permata Syurga ini adalah tiket dinda untuk ke
      Syurga-Nya dan Insya-Allah cinta kita akan diteruskan di Syurga....makanya di hari Kematian dinda nanti redhakan saja kematian dinda...percayalah dinda akan menunggu kanda di Pintu Syurga ...biarpun kita terpisah jasad tapi cinta kita tetap
      bersatu di alam cinta redha Ilahi...I love n miss u forever n ever kanda...

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      30 Jun 2012
      12 hours ago · Like · 1

      MEMAHAMI ARTI CINTA ATAS KETENTUAN-NYA

      Duhai rakan grup....
      Tak hayati ke puisi tersebut?
      Puisi tersebut menceritakan
      Si bidadara sibidadari sudah berada di alam perkahwinan
      (Contohnya - sudah memiliki cincin permatakan Syurga?)
      Tapi cintanya tak lama kerana telah dibakar oleh
      Yang dengki dengan kebahagiaan mereka...
      Api cemburu membuatkan mereka sakit hati
      Pada pasangan bidadara & bidadari

      Duhai rakan grup....
      Saya sangkakan orang puisi faham apa yang dimaksudkan
      Tapi rupanya tak faham
      Yang peliknya pujngga lain yang menulis
      Puisi berbentuk cinta jiwang-jiwang dan menyakitkan hati
      Tak pulak dipertikaikan....apa ini?

      Kita ke sini berpuisi untuk
      Menghayati keindahan
      Betapa indahnya cinta
      Yang Allah redha
      Dan sabar dengan segala bentuk
      Dugaan bilamana mereka mendengki...
      Jika dengki mendengki ini tidak dihapuskan
      Itu yang jadinya sampai membakar...
      Apa yang saya ceritanya ini adalah kisah
      Benar yang terjadi di negara saya semalam
      Mati dibakar oleh mereka yang tidak boleh
      Menerima hakikat cinta dalam ketentuan-Nya....

      Bukalah mata hatimu duhai rakan grup...
      Apa yang ingin disampaikan oleh saya
      Saya menulis puisi tersebut cinta mereka
      Sudah ada dalam redha Ilahi...
      Kenapa ini menjadi masalahmu duhai rakan grup?
      Kalau tak faham hayatilah banyak-banyak kali....ye
      Pasti faham...dan hayati juga puisi rakan-rakan mu yang lain
      Dan buat pandangan bernasmu pada puisi mereka
      Pasti mereka tak berani nak buat puisi cinta
      Yang sebelum cinta dalam redha Ilahi...
      Kalau mereka buat juga tapi rakan grup diam juga
      Bermakna rakan grup perlu muhasabah diri dan saya
      Juga muhasabah diri kerana niat baik saya salah sudah
      Disalah artikan

      Sekadar puisi pun menjadi masalah mu...
      Apa cerita ni...
      Duhai rakan grup....
      Andai kata cinta tidak menyebelahi saya
      Saya sudah redha atas cinta ketentuan-NYa
      Itulah intipati puisi tersebut mahu mempasakkan
      Kalimah tauhid kepada pembaca
      Agar redha setiap ketentuan-Nya
      Dan takkan wujud iri hati atau cemburu buta
      Kerana cemburu sanggup berbunuhan....
      Nauzubillah kalau macam itu...

      Duhai kanda werdys
      Jika takdir cinta menyebelahi dinda...dinda syukur
      Jika tiada dinda redha atas cinta adalah ketentuan-Nya
      Moga kanda juga begitu hendaknya ye...
      Barulah roh dan jasad kita akan aman
      Tak akan ada kecewa dan saling mendendami

      Duhai dinda suwandy...
      Terima kasih atas segala sokongan dinda
      Pada dunia karya kanda
      Kanda amat hargai
      Dan kanda akan bawa
      Hingga ke mati...Insya-Allah Aamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      30 Jun 2012
      12 hours ago · Like · 1

      July 1 at 8:22am ·  · 1

    • Lisa Arif jgn biarkan amarahmu terus kongkongi sastera kegilaanmu aduhai kandaku sayang
      luah dan jiruskan kembali
      dengan air hikmat
      dari telaga syurga hati kita
      segerakan padamnya
      puitismu akan lebih menyerlah

      July 1 at 8:34am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih adikku...kerana kehadiranmu di saat-saat hatiku dilanda luka parah kau sudi jahit dengan benang cintamu...lalu sembuh bersama dibaluti kasihmu setulus hati. Terima kasih Ya Allah ...Kau hadirkan hamba-Mu yang ikhlas untuk merawat dukaku. Moga Allah membalas budi baikmu adikku. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
      July 1 at 9:38am ·  · 1

    • Angin Retak kitalah pelakar alunan pusaka bangsa...memartabatkan keseniaan yang ada...budi itu adalah lakaran jiwa...mekasih adinda Lisa Arif... senyum sokmo...
      July 1 at 10:30am ·  · 1

    • (PETIKAN DARIPADA WALL LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA)
      17 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;