Thursday, 19 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (252) - SETINGGI-TINGGI MENJUNJUNG KASIH KERANA IA ADALAH SEBUAH ANUGERAH



    • DIAN

      Kadang-kadang sama ada sedar atau tiada kita ini sebenarnya
      ibarat sepucuk dian membakar diri bagi menerangi yang lain
      meski kita punya hak yang kian pupus siapa yang peduli?


      17 Julai 2012

       ·  ·  · 9 hours ago

      • You and 5 others like this.

        • IZINKAN LILINKU BERCAHAYA BIARPUN HATI TERLUKA

          Lilin...
          kau adalah aku
          aku sedia berbakti dengan karyaku demi-Nya
          tanpa menghiraukan diriku kian malap dimamah usia
          jika api lilinku
          bertambah malap izinkan lilinku bercahaya

          Duhai angin...ku merayu padamu
          jangan kau tega meniupnya bagi padam
          aku ingin terus bercahaya
          biarpun dalam keadaan terseksa
          tapi aku ingin berjuang juga
          untuk menerangi diriku sendiri
          dan menerangi mereka yang sudi dengan cahaya
          yang cuma tinggal berbaki ini

          Duhai angin jika kau tiup
          kerana marahmu padaku
          apalah salahku....
          apalah dosaku padamu
          kerana aku cumalah lilin
          yang berjuang bersedirian
          ingin mencari jalan-jalan pulang
          biarpun hati terluka
          diitiupmu tanpa henti
          kucuba pertahankan juga
          agar terus menyala..menyala apinya
          menerangi diriku sendiri dan di sekelilingku yang sudi
          dengan harapan hadirlah
          Cahaya dari segala Cahaya
          Cahaya dari segenap penjuru
          Cahaya Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
          Cahaya yang terus menerus meresap
          ke kalbu roh dan jasad
          inilah Cahaya yang kudambakan seumur hidupku

          Maka dari itu duhai angin...
          aku tahu aku tak sehebatmu
          aku tak sesempurna imanmu
          aku cumalah hamba
          yang hanya ingin
          menghabiskan usiaku
          bersama-sama mereka
          yang ingin pulang ke Pangkuan Ilahi

          Dan dengan belas ehsanmu
          izinkan aku menjadi lilin
          biarpun masih malap apinya dan terseksa
          jangan diseksa aku lagi dengan tiupanmu yang menyakitkan aku
          kerana sepanjang kau bertiup kencang tak pernah pun aku
          menghalangmu kerana aku sentiasa cerminkan diriku tak sesempurnamu...dan aku mengalah pada kesempurnaamu itu
          kerana jika aku menghalangmu berdosalah aku pada Allah SWT
          kerana apa yang kau miliki itu adalah kurniaan dari-Nya
          makanya bertiuplah bertiuplah hingga kau tenang
          tapi janganlah sesekali kau tiupkankan api lilinku
          yang malap ini..izinkanlah api malapnya bercahaya
          biarpun dalam keadaan derita dan terseksa
          tanda kau juga menghargai Kurniaan Allah Azzawajallah padaku

          Karya Putri Rimba Niagara
          19 Julai 2012

          9 hours ago · Edited ·  · 2


    • YA MARHABAN YA RAMADHAN UNTUK RAJA BRUNEI

      Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
      Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
      Patik dari benua Malaysia
      Dan wakil dari rakyat Malaysia & Indonesia
      Mengucapkan selamat menyambut
      Ya Marhaban Ya Ramadhan
      Moga semua amalan ibadah Tuanku dan seluruh rakyat Brunei...
      Di Terima Allah Azzawajallah Aamiin

      Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
      Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
      Patek mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah
      kerana di sepanjang Tuanku memerintah Brunei...
      Rakyat Brunei hidup dalam aman dan damai
      dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah SWT
      di bumi bertuah Brunei dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada rakyat Brunei, membuatkan setiap rakyat Brunei rasa dihargai dalam penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyatnya.

      Ampun Tuanku sembah patik harap diampun..
      Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
      Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang kepada rakyat
      Brunei menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu yang ada
      Di Rumpun Melayu Nusantara ini.
      Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzatii
      DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Brunei...
      Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

      Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
      Rabeah Mohd Ali
      Putri Rimba Niagara
      Istana Rimba Niagara
      Malaysia/Indonesia.
      19 Julai 2012
       ·  ·  · 11 hours ago



      • ANUGERAH

        Demikianlah
        ia bukan lagi sebuah harapan
        hasil dari yang telah diperjuangkan
        tentang perjuangan hak dan milik kami
        yang dimiliki dengan keringat kami sendiri
        meski ia hanya sekangkang kera
        kerana kami inipun adalah seperti mereka juga

        Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik
        setinggi-tinggi menjunjung kasih
        kerana ia adalah sebuah anugerah
        yang amat tinggi nilainya
        demi kesejahteraan untuk meringankan beban


        16072012

         ·  ·  · 12 hours ago

        • You and 7 others like this.

          • YA MARHABAN YA RAMADHAN UNTUK RAJA BRUNEI

            Ampun Tuanku sembah patek harap diampun...
            Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
            Patek dari benua Malaysia
            Dan wakil dari rakyat Malaysia & Indonesia
            Mengucapkan selamat menyambut
            Ya Marhaban Ya Ramadhan
            Moga semua amalan ibadah Tuanku dan seluruh rakyat Brunei...
            Di Terima Allah Azzawajallah Aamiin

            Ampun Tuanku sembah patek harap diampun...
            Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
            Patek mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah
            kerana di sepanjang Tuanku memerintah Brunei...
            Rakyat Brunei hidup dalam aman dan damai
            dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah SWT
            di bumi bertuah Brunei dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada rakyat Brunei, membuatkan setiap rakyat Brunei rasa dihargai dalam penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyatnya.

            Ampun Tuanku sembah patek harap diampun..
            Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
            Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang kepada rakyat
            Brunei menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu yang ada
            Di Rumpun Melayu Nusantara ini.
            Moga Rahmat dan Kaseh Allah Robbul Idzatii
            DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Brunei...
            Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

            DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

            Ingatan tulus ikhlas daripada patek:
            Rabeah Mohd Ali
            Putri Rimba Niagara
            Istana Rimba Niagara
            Malaysia/Indonesia.
            19 Julai 2012

            12 hours ago ·  · 1



      • SUDI KE MENJADI PENGGANTI SI KUNTA SI KUNTE

        Terima kasih rakan-rakan kerana sudi membaca karya hamba dan tak jemu memberi sokongan/dukungan pada hamba...yang berada di rimba niagara ini...kalian adalah pengganti si kunta si kunte hamba yang telah mati ditelan ombak rindu yang mengganas tika mahu mencari mahkota hamba...sudi ke duhai tuan hamba yang hamba sanjungi dalam lubuk hati sepenuh jiwa hamba.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        19 Julai 2012
         ·  ·  · 13 hours ago

        • 2 people like this.

          • Haji Domeng Kunta Kunte adalah sebuah urutan tentang sebuah nostalgia perhambaan yang disudahi dengan perlawanan dan perjuangan untuk hidup warisan .... tahniah dan salam
            12 hours ago ·  · 1

          • Rabeah Mohd Ali 
            Terima kasih atas perhayatan watak si kunta si kunte dalam karya hamba..Moga Allah SWT membalas segala kebaikanmu sepanjang kau, aku dan semua rakan-rakan sastra di seluruh dunia kerana mata pena adalah perjuangan kerana mata pena adalah bekalan di akhirat nanti yang akan dihitung walaupun sebaris ayat, moga ada Nilaian di Sisi-Nya Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

            SALAM SASTRA
            SALAM YA MARHABAN YA RAMADHAN
            MAAF ZAHIR BATHIN
            JIKA ADA KARYA HAMBA
            YANG MEMBUAT HATIMU TERLUKA

            Daripada hamba di Rimba Niagara
            19 Julai 2012

            12 hours ago ·  · 1



      • DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
        DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN

        Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
        Yang DiPuja dan DiPuji oleh semua yang ada langit dan di bumi
        Yang mengaturkan hidup dan matiku
        Yang mendengar segala rintihan kalbuku
        Hanya pada-Mu aku mengadu segala isi hati
        Hanya Kau yang faham isi hatiku
        Hanya Kau penyembuh segala dukaku
        Bukan pesona dunia yang menjadi tumpuanku Ya Allah
        Tapi kadang kala aku terleka juga dengan pesona dunia
        Yang sentiasa melalaikan aku dan melekakan aku
        Makanya Ya Allah ....aku perlukan sangat
        Nur Hidayah Kasih dari-Mu
        Sentiasa memimpin aku ke jalan-jalan yang Kau Redhai
        Hingga akhir hayat hidupku
        Moga berkat segala yang Kau Redhai dalam sepanjang
        Aku berhidup ...
        Kau membalas cinta dan kaseh-Mu padaku
        Dan kalimah cintaku pada-Mu
        Menjadi saksi di akhir kalamku nanti
        Itulah yang kudambakan pada-Mu Ya Allah
        Maka Kau Perkenankanlah segala doaku Ya Allah
        Pabila bertemu dengan-Mu nanti
        Aku tersenyum penuh syukur seorang hamba pada Pencipta-Nya
        Yang sudi dan sentiasa sudi membalas cintaku tanpa ada syarat
        Yang ada cinta dibalas cinta
        Jasad dan roh terasa damai
        Sedamai air di Kali Syurga
        Dan indahnya di saat Pertemuan dengan-Mu
        Melepasi hingga ke langit ke tujuh
        Cinta Kau dan aku
        Menjadi saksi tika cinta di dunia
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
        Indah....indah...indah.. .
        Bahagia rohku di kala itu
        Hanya Kau yang memahami bahagianya aku di kala itu
        Airmata lambang cintaku pada-Mu tika di dunia dulu
        Kau balas cinta-Mu tika itu
        Mahu rasanya aku menangis penuh terharu
        Terharu betapa Kau
        Memanglah Kekasih
        Yang menepati janji
        Janji-Mu pasti
        Aku yakin itu

        Tika berhidup di dunia dulu
        Bukan Syurga-Mu yang menjadi tumpuanku
        Yang kumahukan adalah Cinta-Mu dan Rahmat Kaseh-Mu
        Maka-Nya sebelum Kau menjemputku untuk bertemu-Mu
        Berilah aku peluang membawa bekalan yang
        Kau Redhai dan ada Nilaian di Sisi-Mu
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        Ya Allah di bulan Ramadhan Yang Penuh
        Dengan Keberkatan dan segala pintu-pintu
        Syurga terbuka seluas-luas-Nya Kau makbulkan doaku ini
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        DOA SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH ROBBUL IDZATII
        DI BULAN YA MARHABAN YA RAMADHAN
        1 Ramadhan 1433H
        20 Julai 2012
         ·  ·  · 12 hours ago

        • FANTASI AKAN MENJADI REALITI

          Di belantara rimba niagara ini
          Semua penghuni rimba
          Saling berkorban
          Demi sebuah perjuangan suci
          Demi sebuah kedamaian dan keharmonian
          Seluruh penghuni rimba
          Pada Ratu Rimba Niagara
          Disandarkan segala harapan
          Hasrat suci murni
          Teruskan perjuanganmu duhai Ratu Rimba yang disayangi
          Sepenuh jiwa raga kami
          Kami sentiasa menyokongmu
          Di sebilang waktu dan masa

          Perjuanganmu suci murni
          Kau rela pertaruhkan nyawamu untuk kami
          Dan kami rela pertaruhkan nyawa kami untukmu
          Itu sumpahmu
          Itu sumpah kami

          Tinta-tintamu yang Ratu Rimba
          Curahkan di kanvas alam maya
          Untuk dibaca oleh semua penghuni alam maya
          Kami bingkaikan indah dan dipamerkan
          Di Galeri Istana Rimba Niagara
          Agar menjadi khazanah
          Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara

          Kami bangga dengan perjuanganmu Ratu Rimba Niagara
          Kau lupakan kepentinganmu sendiri
          Kau berbakti tak kira masa
          Berbahasa penuh santun penuh kasih sayang
          Tapi kau tetap juga dihina oleh mereka yang durjana
          Kau senyum dalam duka
          Kau menyambut penghinaan itu dalam redha
          Dan kami terseksa
          Dan kami bersumpah
          Dan tak akan izinkan sesiapa melukakan hatimu lagi

          Duhai Ratu Rimba Niagara Yang Dikasihi
          Di Rimba Niagara inilah
          Tempat bertunasnya
          Cinta kasih dan sayang setulus hati
          Tak akan ada kepalsuan cinta kasih dan sayang
          Semuanya setulus hati
          Tak akan ada cemburu
          Dan dendam membara
          Dan tak akan ada bahasa-bahasa yang menyakitkan hati
          Semuanya berkata seiring hati
          Bertutur dalam bahasa nan indah-indah
          Pabila mendengarnya
          Pasti tenang roh dan jasad
          Seakan kita berada di Taman-Taman Syurgawi

          Maka dari itu Ratu Rimba Niagara
          Berpenalah semahumu
          Kami sentiasa akan menyokong/memberi dukungan padamu
          Dan apa yang Ratu Rimba cita-citakan
          Akan kami realitikan dengan izin-Nya jua

          Percayalah Ratu Rimba Niagara
          Bilamana Allah Azzawajallah mengatakan
          KUN FAYAKUN
          Yang fantasi akan menjadi realiti
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          18 Julai 2012
           ·  ·  · 22 hours ago


          • ALLAH BISA MENCAPAIKAN

            Berpuisi adalah suara kalbu
            Suara kalbu
            Lahir dari hati nan suci
            Lahir dari kasih sesuci embun pagi
            Makanya lahirlah pula puisi nan indah-indah
            Yang boleh menenangkan roh dan jasad
            Sebab itulah si pungguk berlagu mendayu-dayu
            Rindukan bulan walaupun tak tercapai
            Allah bisa mencapaikan
            Kerana bagi Allah tiada yang mustahil
            Bilamana DIA berkata KUN FAYAKUN

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            14 Julai 2012
             ·  ·  · July 14 at 7:25pm

          • BALADA PUNGGUK MENGGAMIT BULAN

            Maka biarlah bulan sembunyi di balik awan senyum sendiri menghindari punggok yang memandang penuh rindu membalam rasa antara dan tiada meski begitu riuhnya siulan unggas malam dan rancaknya cengkerik berdendang dalam sebuah simfoni melodi pungguk merindukan bulan dan malam terus beradu lanang dengan tenang tanpa gangguan dalam perjalanan merentas malam menuju siang
            Meski demikian ini bukanlah bererti bahawa dunia sudah kepupusan sebuah lagenda cinta antara si pungguk dan bulan di langit kerana dunia kini lebih canggih dengan falsafah dunia tanpa sempadan ataukah awan kehidupan sentiasa redup masih terus kaucumbui dalam diam mengenang kisah kasih lanang baladu lanang bersama kekasih dan kau terperusuk di pisuk lasuk kerana sepinya malam yang masih belum menjangkau hadirnya titis empun jantan kerana masih riuhnya kicau racau unggas malam dan cengkerik bersahutan tetap tidak kauhiraukan dan meski nantinya turun hujan yang mendesah ia tidak lagi meresah dalam rasa terasa membawa angin yang menderu dan ia sudah tidak lagi mengharu hiraukan simfoni cinta yang begitu mengasyikkan kerana tertutupnya bulan yang tersenyum dibalik awan maka gempitalah kutin dipalu kerana kononnya bulan dimakan rahu

            Demikianlah hujung sebuah lagenda yang belum berakhir dan terakhir maka bernyanyilah sipungguk melangui bulan dengan suara yang mendayu-dayu dalam sebuah simfoni melodi lagu rindu yang teramat sayu dan begitu syahdu bila kiranya ia dapat menggapai bulan jauh tinggi di awan


            13022012

             ·  ·  · July 14 at 11:10am

            • You and 7 others like this.

              • Haji Domeng RHD: terima kasih, masih dalam simpanan, recananya begitulah .....
                July 14 at 11:14am ·  · 1

              • CINTA DAN RINDU HANYALAH UNTUK
                PENCIPTA CINTA DAN RINDU YAKINLAH
                DENGAN SIFATNYA YANG MAHA PENGASIH
                LAGI MAHA PENYAYANG

                Demikianlah hujung sebuah lagenda yang belum berakhir dan terakhir maka bernyanyilah sipungguk melangui bulan dengan suara yang mendayu-dayu dalam sebuah simfoni melodi lagu rindu yang teramat sayu dan begitu syahdu bila kiranya ia dapat menggapai bulan jauh tinggi di awan...

                Sebuah kisah cinta lagenda abad ke- 21 sudah pun berakhir
                namun si pungguk tetap melagukan simfoni melodi lagu rindu
                teramat sayu mendayu-dayu rindukan rang bulan nun di sana

                Simfoni melodi lagu rindu sang pungguk di dengari rang bulan
                mereka berdua mendayu-dayu saling bersahutan puisi pilu
                tapi apakan daya dipisahkan angkara dendam
                sebuah rindu tak terbalas rindu maka sama-sama terdera rindu
                luka dilukai derita ditanggung akibat terlerai kasih dan rindu
                hanya ombak rindu menjadi saksi ikrar cinta
                yang menambah luka berdarah parah bernanah membarah
                sungguh simfoni kasih lagu rindu sang pungguk
                hanya tinggal melodi lagu rindu dalam cinta cuma ilusi dalam mimpi

                Janji-Nya tetap pasti
                Hidup ini bukan hanya untuk cinta yang tak pasti
                Asyik merindu rang bulan tak dibalas cinta dan rindu

                Cinta dan rindu yang pasti dibalas
                Dan abadi selama-Nya
                Cinta dan rindu hanyalah untuk
                Pencipta Cinta dan Rindu...
                SUBHANALLAH bahagia
                Kalbu roh dan jasad
                Cinta didunia keasyikan tanpa jemu
                Cinta di Akhirat keterujaan memiliki cinta-Nya
                Syukur di sejadah cinta
                Dalam linangan air mata syahdu
                Kekasih yang kupuja membalas cintaku
                Biarpun mereka tak tahu
                Tapi hati nurani dapat merasakan
                DIA membalas cintaku
                Dalam doaku
                Hanyalah mengharapkan cinta dan redha-Nya
                Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

                PUTRI RIMBA NIAGARA
                14 Julai 2012

                July 14 at 12:20pm ·  · 1

              • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Tuan Haji Domeng sahabat sasteraku ...puisimu telah tercetusnya ilham puisiku ...aku suka puisimu izinkan aku berkongsi puisimu agar dapat kubingkaikan di kalbu kamusku dan dibaca oleh peminat sastera melayu di seluruh dunia...Insya-allah Aamiin.
                July 14 at 3:48pm ·  · 1

              • Haji Domeng RMA: Skenario pungguk belum habis, meski sekarang kita berada di dunia tanpa sempadan, bulan masih mengintai pungguk dan pungguk akan terus berlagu dengan suara merdu yang syahdu. Terima kasih atas komennya dan kita akan meneruskan usaha kita dalam berpuisi.
                July 14 at 4:08pm ·  · 1

              • Rabeah Mohd Ali Berpuisi adalah suara kalbu
                Suara kalbu
                Lahir dari hati nan suci
                Lahir dari kasih sesuci embun pagi
                Makanya lahirlah pula puisi nan indah-indah
                Yang boleh menenangkan roh dan jasad
                Sebab itulah si pungguk berlagu mendayu-dayu
                Rindukan bulan walaupun tak tercapai
                Allah bisa mencapaikan
                Kerana bagi Allah tiada yang mustahil
                Bilamana DIA berkata KUN FAYAKUN

                July 14 at 7:04pm ·  · 1



                •  

              • NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

                Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Brunei
                kerana-Nya aku jatuh cinta dengan rakyat jelata Brunei
                moga cinta kerana-Nya ini boleh menjadikan Malaysia dan Brunei
                dua negara berjiran
                sehati sejiwa
                senada seirama
                berpadu kasihkan negara
                negaramu kukasih
                negaraku kau sayang
                bila kasih sudah terpatri
                tak akan ada
                benci membenci
                dengki mendengki
                dendam mendendam
                jatuh menjatuh
                yang ada
                saling mempertahan cinta bernegara
                kau pertahan negaraku
                aku pertahankan negaramu
                saling mempertahankan
                itulah lambang cinta sejati
                antara dua negara
                bila cinta sejati terpatri
                di kalbu setiap rakyat
                negaramu negaraku
                kebudayaan negaramu disanjung
                kebudayaan negaraku dijunjung

                Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

                Institusi diRaja Melayu
                Kepahlawanan Melayu
                Bangsa Melayu

                Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
                tanpa mengenal samada raja atau rakyat biasa yang penting ada semangat juang seperti kita kerana dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

                Karya Putri Rimba Niagara
                19 Julai 2012
                Like · · Unfollow Post · July 11 at 5:01pm
                DG Kumarsana Kum likes this.
                (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA & WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
                 ·  · 6 hours ago · 

              • SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA

                Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
                Terima kasih kerana memerintah negara Brunei
                Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat
                Berteduh di Negara Brunei dengan
                Rasa aman dan damai untuk meneruskan
                Perjuangan kehidupan yang sementara ini
                Menuju ke Negeri Abadi dengan bekalan
                Yang ada nilaian di Sisi-Nya
                Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

                Doa daripada : Rabeah Mohd Ali
                Putri Rimba Niagara
                Istana Rimba Niagara
                Malaysia /Indonesia
                8 Julai 2012
                Like · · Unfollow Post · July 8 at 12:44pm
                Naga Pamungkas and 2 others like this.

                (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA)
                19 Julai 2012
                 ·  · 6 hours ago · 

              • CETUSAN MINDA KATA-KATA ILHAM YANG TERCETUS SETELAH
                BERKONGSI GAMBAR DENGAN PRINCE ABDUL MALIK PEWARIS
                DIRAJA BRUNEI

                Putri Rimba shared Prince Abdul Malik's photo.

                Unlike · · Unfollow Post · Share · 2 hours ago ·
                You like this.

                IKATAN PERSAHABATAN DIRAJA ANTARA MALAYSIA & BRUNEI
                TERSIMPUL MATI HINGGA AKHIR HAYAT, INSYA-ALLAH AAMIIN.

                KEMESRAAN PERSAHABATAN UHKUWAH KERABAT DIRAJA ANTARA MALAYSIA & BRUNEI MENGERATKAN LAGI IKATAN PERSAHABATAN DUA NEGARA BERJIRAN BAIK SELAMANYA. AAMIIN.

                BUDI BAHASA YANG SANTUN SENTIASA MENJADI BUDAYA MURNI KERABAT DIRAJA MELAYU. RAKYAT MENGAGUMINYA.

                "Moga Allah SWT memberkati hidup..." on Prince Abdul Malik's photo.
                "Raja Brunei yang sentiasa dalam..." on Prince Abdul Malik's photo.

                KDYMM BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

                RAJA YANG TAAT KEPADA ALLAH SWT MENJADI SANJUNGAN RAKYAT JELATA.

                KDYMM BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

                SULTAN BRUNEI KDYMM HASSANAL BOLKIAH SEKELUARGA SENTIASA DEKAT DI HATI DAN DI JIWA RAKYAT BRUNEI.

                YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA ABDUL MALIK DI MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM KE 66

                Di wajahmu ada ketenangan
                Di hatimu ada kasih sayang
                Kasih sayang kepada rakyat jelata
                Rakyat Brunei Darussalam
                Moga kekal bertahta menjadi penyambung
                Pewaris DiRaja Brunei dan
                Idola Kerabat diRaja Seluruh Rumpun Melayu Nusantara

                Putri Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's photo.

                Happy 66th Birthday to HM Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

                Raja Adil Raja Berdaulat
                Utamakan kepentingan rakyat dari kepentingan sendiri
                Negara sejahtera rakyat bersyukur
                DiKurniakan Raja yang adil lagi saksama
                Moga Negara Brunei
                Sentiasa berada dalam Rahmat Kasih-Nya Ilahi
                Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

                "SELAMAT MENYAMBUT HARI..." on Prince Abdul Malik's photo.

                "YA MARHABAN YA RAMADHAN UNTUK..." on Prince Abdul Malik's photo.

                "MOGA CINTA PASANGAN DIRAJA..." on Prince Abdul Malik's photo.

                Putri Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's photo.

                KDYMM dan Raja Isteri.
                Like · · Unfollow Post · Share · 4 hours ago ·
                Den Mat Mangkubumi likes this.

                Sudah suratan takdir cinta tercatat di Lauhmahfuz
                Pertemuan antara dua hati Adam dan Hawa
                Seia sekata mengikat janji terpatri
                DiRedhai Allah Dalam Cinta Suratan Ketentuan-Nya.

                Putri Rimba Niagara shared Apabila hati berkata sayang,kata2 bukanlah sekadar ungkapan indah..'s photo.

                SubhanALLAH Alhamdulillah Walaa illaha illallah Allahu Akbar
                Like · · Share · 4 hours ago ·
                Den Mat Mangkubumi likes this.

                (PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK & PUTRI RIMBA NIAGARA & GRUP MEMBACA KARYA PN))
                19 Julai 2012
                 ·  · 6 hours ago · 

0 comments:

Post a Comment

 
;