Tuesday, 17 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (227) - DUHAI DINDA MOGA KASIHKU KASIHMU TIDAK DIPISAHKAN OLEH OMBAK RINDU





      • .

    • di bawah hamparan teratai

      dingin itu yang kucari
      menyelimuti diri
      jauh dari keriuhan
      mendiamkan diri
      mengenali hatiku sendiri
      mempersiapkan peribadi
      apabila segar nanti
      akan kujelmakan diri
      menari tarian air yang kuminati
      meluahkan apa yang terbuku di hati
      kini biarkan aku sendiri
      meratapi seorang diri
      untuk esok yang bersinar doaku
       ·  ·  · 6 hours ago · 
      • You and 10 others like this.
        • Lantera Mashuri mencari yang indah..beriring pasrah...semoga diketemukan...walau sendirian...doa dalam harapan...
          4 hours ago ·  · 1
        • Lisa Arif tq abg Lantera Mashuri
          sesekali merenung
          klemahan & kkuatan diri
          utk esok yg lbih cerah
          4 hours ago ·  · 1
        • Lantera Mashuri dalam ramah mencari santun...dalam redha tak putus memohon....semoga ya dik...
          4 hours ago ·  · 1
        • Lisa Arif tq abang lan
          lisa dan senyum
          karib skali
          4 hours ago · 
        • Moga redha Ilahi sentiasa teruntuk untukmu si puteri saljuku..
          Bilamana kau menjelmakan dirimu aku terpempan terpesona
          Waduh...dikau tidak seperti yang kubayangkan
          Kau lebih cantik dan mempesonakan
          Alahaiii kecantikanmu seiring dengan kata-kata pujanggamu
          Yang selalu menyejukkan imanku
          Untuk terus menyintai-Nya
          Dan terus mengasihimu sepenuh benua kalbuku
          Terima kasih puteri Salju
          Syukur Ya Allah
          Kurniaan-Mu padaku si Puteri Salju nan rupawan
          Budi bahasanya ...kasihku mula bersemi di musim tengkujuh...huhuhu
          4 hours ago ·  · 1
        • Lisa Arif wallarr
          akaku Rabeah Mohd Ali ♥
          diriku seorang aku
          trima kasih
          atas kasih sayangmu
          4 hours ago ·  · 1
        • Duhai dinda si Puteri Salju
          Moga kasihku kasihmu
          Tiada yang mencemburui
          Tidak dipisahkan oleh ombak rindu
          Agar kita sentiasa
          Berpuisi bersama
          Biarpun kita tidaklah
          Sehebat pujangga
          Namun puisi kita
          Hadir dari jiwa nan suci
          Untuk sama-sama
          Mengundang rindu
          Mengundang cinta
          Rindu dan cinta hanya untuk-Nya
          Dan kita terus menjadi pemuja Cinta-Nya
          Dengan kalimah suci itu
          Insya-Allah kasih dan sayang kita
          Dari dunia terpatri hingga ke Syurga-Nya
          Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
          4 hours ago ·  · 1
        • Lisa Arif Amin
          moga berkekalan ilhamnya
          ;) ♥
          4 hours ago ·  · 1
          KARYA PUTERI SALJU & PUTRI RIMBA NIAGARA
          17 Julai 2012

          (PETIKAN DARIPADA WALL LISA ARIFF & PURI RIMBA NIAGARA)
          17  Juali 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;