Monday, 16 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (226) - SEBUAH ANTOLOGI CINTA ANTARA DUA BENUA




    • berdiri seorang aku

      di taman ini
      aku sendiri lagi
      mencari impi
      yang belum kutemui
      akan aku jejaki
      biar pecah jemari
      namun tidak kuhenti
      kerana aku pasti
      esok masih ada lagi
      buat diriku ini
      sebuah antologi
      pengarangnya sedang berdiri
      itulah diriku sendiri

      By: Lisa Arif 
       ·  ·  ·  · about an hour ago · 

      • You and 6 others like this.

        • Md Tarmidi Abdullah Dengan kekuatan hati yg ada
          about an hour ago ·  · 1

        • Lisa Arif yes sir
          tq abg Md Tarmidi Abdullah


        • Rusdan Teh Harapan yang pasti !!!!
          about an hour ago ·  · 1

        • Lisa Arif wow
          dah pasti
          berusaha
          akan kuterjahi

          about an hour ago ·  · 1

        • GUGURAN BUNGA-BUNGA DITIUP ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA

          di taman ini
          aku tercari-cari
          siapakah
          yang bakal
          menjadi hero & heroin
          teater Bangsawan diRaja
          hasil karyaku
          yang kukarangkan sepenuh jiwa dan raga
          agar cinta legenda Bangsawan DiRaja
          Antara Dua Benua
          Adalah hadiah dariku
          Untuk Generasi Kini dan Masa Hadapan
          Rumpun Melayu Nusantara
          Antara
          Malaysia & Indonesia & Brunei
          Sentiasa berpadu dalam
          Ikatan Uhuwah persaudaraan
          Bersama memartabatkan
          Bahasa Melayu hingga
          Menggapai awan

          Tika aku menulis
          Karya novel cinta
          Di bawah pepohon rendang
          Di penuhi dengan guguran bunga-bunga
          Di tiup angin sepoi-sepoi bahasa
          Suasana aman mendamai jiwa
          SUBHANALLAH betapa indahnya
          Di kala itu ...menulis tika
          Juraian bunga-bungaan berguguran
          Seperti salji turun dari langit

          Ilhamku datang tanpa henti
          Betapa indahnya alam Ciptaan-MU Tuhan
          Aku keterujaan memuji-Mu melihat taman ini
          SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
          Indah--indah...indah...seperti berada di Taman SYURGAWI!

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          17 Julai 2012

          8 minutes ago · 


    • jika kebenaran itu memeritkan
      akan kutelan jua
      biar terbakar tekakku
      namun aku bangga
      satu halangan telah kuredahi
      dengan hati dan kakiku sendiri
       ·  ·  ·  · about an hour ago · 

      • You and 4 others like this.

        • KAU CUCU KAULAH MOYANG
          MENYATUKAN KASIH PADA IBU PERTIWI ABAD ZAMAN TERDAHULU
          BERSAMA ABAD KINI DAN ABAD AKAN DATANG

          Kau tak perlu takut apa-apa lagi sayang...
          Teruskan perjuanganmu membela anak bangsa
          Tak kira siapapunmu itulah tanggungjawabmu seorang
          Yang bergelar hamba ...
          Kaulah pewaris bangsa
          Yang dinantikan abad ke 21
          Dan akan menjadi legenda pada abad akan datang
          Kau lah cucu yang bertanggungjawab
          Kaulah moyang yang pengasih penyayang pada anak bangsamu
          Dan pada anak cucu Bangsa Rumpun Melayu Nusantara

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          17 Julai 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALL LISA ARIFF & PUTRI RIMBA NIAGARA)
    17 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;