Wednesday, 21 March 2012

MARTABATKAN SASTERA NEGARA OLEH SAZALEE SULAIMAN



MARTABATKAN SASTERA NEGARA

Kau fikir...kau tulis
kau ilhamkan...kau lakarkan
dalam sebuah kanvas berlayarkan maya
namun nilainya; tiada.

Kau mainkan...kata-kata
kau coretkan...kau layarkan
sungguh indah sentuhannya mewarnai laman maya
namun seninya; tiada juga.

Kenapa?...Kerana engkau tiada kesungguhannya
dalam menjaga
apa yang engkau hasilkan
hilang tajwidnya...hilang tatabahasanya
yang ada...hanyalah sebuah mainan kata-kata
yang ada...hanyalah mainan emosi berbicara
yang ada...hanya dipandang sepi para pembacanya.

Kenapa?
Ya!...Kenapa?

Sebabnya!
Mana tajuknya?...Sebagai pembuka bicara
kerana tanpa tajuknya...hasilmu umpama pengemis
yang meminta ehsan para pembaca.
Datangnya; menggerunkan
anggota badannya ada
tapi kepalanya tiada
untuk menjadi cagaran akan maksud bidalannya
sungguh menggerunkan; betul?
Pembaca gerun untuk menafsirkan maksud bicaranya.

Mana tandatangannya?...Sebagai penutup bicara
kerana tanpa tandatangannya...hasilmu umpama pemandu lori sampah
tidak mampu ke mana-mana; sebabnya!
Mana kakinya untuk menekan 'pedal minyak'?
Mana kakinya untuk menekan 'pedal break'?
Walaupun 'bergearkan' otomatik
tapi masih perlukan kaki untuk menggerakkannya
perlukan kaki untuk memberikan 'noda berangkara'
kalau tidak akan membusuklah sampah memenuhi perut lori
tanpa digerakkan ke tempat pembuangan sampah.

Percayakah?...Apa yang aku katakan ini!
Kalau tak percaya...ya! Tidak apa-apa!
Tepuklah dada tanyalah selera...bersedawakah ianya.

Sekian...terima kasih dariku
sekadar berbicara bermakna...bicara bernasihat sahaja
untuk melihat hasil karya yang bermutu tinggi; nilainya
seraya memartabatkan sastera untuk negara
demi negara...yang aku cinta.

ss-z/spl/pm...21-mac-2012.

http://sangpujanggalangit.blogspot.com/2012/03/martabatkan-sastera-negara.html
sangpujanggalangit.blogspot.com
koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika ti...
 ·  ·  ·  · 15 hours ago near Sandakan, Sabah
  • 3 people like this.
    • Rabeah Mohd Ali Aku percaya karyamu amat tinggi nilainya sebab itu namamu disanjung di seluruh pelosok dunia kerana sesempurna yang engkau mahu...dunia pembaca mahu....makanya dunia sastera mempertabatkan karyamu...tahniah sahabatku....moga namamu dijulang di persada dunia sastera yang kau mahukan dan engkaulah yang mempertabatkan dunia sastera negara....dan aku doakan moga kau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara!
      about an hour ago ·  ·  1
    • Sazalee Sulaiman tidak sampai ke situ cita2nya...sekadar ikhlas dlm memberi pandangan sahaja agar kita BERSAMA2 memartabatkan satera kita...milik kita sebagai rakyat Malaysia
      about an hour ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali  Sejujurnya niatmu ikhlas dan murni...
      Tapi berapa kerat sangatkah yang akan menyokong usaha murnimu itu? Bilang sama aku....adakah penulis di Malaysia ini boleh hidup dengan hasil penulisannya? Kalau ada cuma sedikit sekali jika hendak dibandingkan ramainya penulis di Malaysia ini...
      Mereka tidak boleh menjadi penulis sepenuh masa .jika mahu menampung kehidupan...mereka harus bekerja untuk menanggung nafkah keluarga...kalau menulis sepenuh masa berapa pula dibayar royalti penulisan mereka...
      Yang peliknya penulis sesama penulis pun tak memberi sokongan... ada budaya cantas mencantas...masing-masing tidak boleh melihat kelebihan karya rakan penulis serasa karya sendiri yang hebat...sedangkan semuanya hebat kerana setiap bakat adalah kurniaan Allah SWT cuma gaya penulisan yang berbeda....
      Nama aje ada persatuan penulis...cuba kau buktikan padaku persatuan penulis mana yang bisa mengangkat karya ahli-ahlinya hingga ahlinya bisa hidup dengan hasil karyanya...betullah katamu karya penulis seperti sampah terbuang yang tiada nilaian....tapi itu kata mereka...kata Tuhan siapa yang tahu...mungkin yang dikatakan sampah itu menjadi permata berharga siapa tahu? Tuah ayam nampak di kaki...Tuah manusia siapa yang tahu? Jika pun tak dihargai di negara sendiri...dan karya yang dikatakan sampah iu dikutip oleh negara lain ...jangan pula salah menyalahkan kerna salahkan sendiri kerana napa tidak hargai malah dikatakan sampah terbuang...selagi rakan penulis tidak menghargai dan persatuan penulis menyepikan dan kerajaan sepikan juga....tunggulah...tunggulah jawapan ...dan jawablah sendiri...
      59 minutes ago · 
    • Sazalee Sulaiman jawapannya...adakah pendakwah akan merasa kebosanan dalam mendakwah kepada semua insan...inilah dakwahku...terima kasih
      57 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Moga apa yang kau perjuangkan Allah SWT makbulkan duhai rakan seperjunganku...
      53 minutes ago ·  ·  1
    • Sazalee Sulaiman insyaallah...dengan keizinan Allah SWT...semuga ada yang menerimanya dengan hati dan minda terbuka...amin
      52 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Kalau kau yakin yang kau perjuangkan itu ikhlas keranaNya Allah sentiasa bersamamu yakinlah biarpun kau berjuang keseorangan...dalam kubur pun seorang juga....
      49 minutes ago ·  ·  1
    • Sazalee Sulaiman terima kasih kerana dakwah tidak akan pernah berkesudahan cuma mati yang akan memisahkannya...
      47 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali APABILA MEMIKIRKAN MATI HIDUP AMAT BERERTI BUKAN KEUNTUNGAN DUNIA MENJADI MATLAMAT HIDUP TAPI BEKALAN UNTUK DIBAWA HARI MATI...KERNA DI SITU BARU BERMULANYA SEGALA PERKIRAAN UNTUNG NASIB ATAU RUGI SATU PENYESALAN YANG SUDAH TIDAK TERTEBUS LAGI... JIKA BERUNTUNG...UNTUNGLAH SELAMANYA BERKAT KEPERCAYAAN MEMBAWA BEKALAN DI HARI MATI.
      39 minutes ago ·  ·  1
    • Sazalee Sulaiman dan ingatlah harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama dan amalan dan dakwahnya kepada semua insan...kalau baik pembawaan insan yang didakwahnya maka pahala lah ganjarannya...insyaallah
      36 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Aamin...justeru salinglah memberi sokongan demi matlamat yang satu ...bekalan di hari mati....
      31 minutes ago ·  ·  1
    • Sazalee Sulaiman insyaallah...dakwah yang terbaik adalah dengan sentiasa ingat mengingatkan sesama kita...insyaallah
      29 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Aamin Ya Rabbal A'Lamin
       ·  1

      (PETIKAN DARIPADA GROUP OMBAK RINDU)
                 21 Mac 2012


0 comments:

Post a Comment

 
;